Wednesday, July 9, 2008

Sunnah Nabi Tercabar

Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita mengenai seorang pelajar pondok yang disaman kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikalnya. Apa yang menimbulkan kekecohan ialah apabila tindakan saman tersebut dikenakan walaupun pelajar pondok terbabit memakai serban dikepalanya sehingga pelajar ini membawa kes saman tersebut ke mahkamah. Sudah menjadi kebiasaan sejak dahulu lagi mana-mana lebai, imam, ataupun sesiapa yang memakai serban apabila menaiki motosikal mereka tidak tidak boleh dikenakan saman atas kesalahan tidak memakai topi keledar dan ini telah dimaklumkan kepada semua apatah lagi polis. Apa yang ingin saya ketengahkan di sini ialah pandangan masyarakat sekarang terhadap pemakai serban seperti lebai, imam, ataupun sesiapa pun yang ingin mengikut sunnah Nabi S.A.W. ini.
Jika dibandingkan dengan zaman sebelum ini yang mana seorang yang memakai serban amat dipandang tinggi serta dihormati oleh sesiapa sahaja tidak mengira peringkat umur ataupun taraf hidup termasuklah pegawai polis sekalipun. Apa yang saya terkilan ialah polis yang menyaman itu seorang melayu dan beragama Islam. Walaupun pelajar pondok tersebut menang apabila dibicarakan dimahkamah, isu ini perlu dijadikan ingatan kepada semua terutamanya yang bergelar muslim dan perlu kepada kita mengkaji dimanakah tahap kemulian Islam dinegara kita sekarang ini. Kita bimbang suatu hari nanti masyarakat terutamanya generasi baru yang bakal menerajui negara sedikit pun tidak pandang mulia kepada golongan yang membawa risalah Islam. Sama-sama kita fikirkan dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Wassalam..

No comments: