Showing posts with label Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah. Show all posts

Saturday, April 18, 2009

Jangan Pandang Mudah Bab Solat..


Assalamu'ailaikum...
Alhamdulillah, Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Saya sempat bersama dalam satu kuliah Maghrib yang diadakan disalah sebuah surau di kawasan Gombak. Ustaz pada malam itu menghuraikan tafsir al-Quran daripada Surah An-Nisa' ayat 23. Ayat tersebut berkaitan dengan solat. Agak menarik huraiannya sehinggakan saya kusyuk sekali mendengarnya. Saya akan cuba berkongsi apa yang saya dapat dalam kuliah pada malam itu.

Solat itu amat penting bagi orang yang berakal, ianya rukun yang ke-2 daripada 5 dalam rukun Islam. Solat itu tiang agama, siapa yang mengerjakannya bererti dia telah mendirikan agama manakala siapa yang tidak solat bererti dia telah meruntuhkan agamanya, iaitu agama Islam. Betapa teruknya orang yang meruntuhkan agamanya sendiri.

Sekarang ini, orang yang tidak solat mengejek-ejek orang yang bersolat. Mereka yang mengejek ini tidak merasa malu melakukan sedemikian rupa kerana mereka tergolong dalam kelompok mejoriti atau kumpulan yang ramai. Kalau dalam pilihanraya, yang mejoriti itu diterima dan menang, tetapi dalam Islam tidak semestinya yang mejoriti itu kuat dan betul malah kita perlu berada dalam kelompok minoriti, golongan yang sedikit.

Solat itu doa, dengan ini bila kita bersolat bererti kita sedang berdoa kepada Allah. Saya pernah terbaca satu majalah yang menyatakan sekiranya kamu hendak dengar bicara Allah, bacalah al-Quran dan sekiranya kamu hendak berbicara dengan Allah, solatlah dengan khusyuk. Jadi, Solat itu merupakan perhubungan kita dengan Allah.

Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Pada zaman Rasulullah, pejuang-pejuang agama Allah sedikit pun tidak takut kepada mata pedang musuh. Apa yang menyebabkan mereka begitu berani sekali, malah berlumba untuk mati dalam peperangan yang disertai? Inilah kekuatan orang yang khusyuk dalam solat mereka. Solat itu juga zikir, didalam solat kita mengulang-ulang pujian kita kepada Allah.

Pernahkah kita dengar istilah berjihad dalan solat? Mungkin tidak ramai yang pernah mendengarnya, dalam solat juga sebenarnya kita sedang berperang dengan iblis yang sentiasa berusaha untuk merosakkan solat kita. Iblis dan syaitan suka menyerang orang yang solat daripada orang yang tidak solat. Nak tahu kenapa? Kerana orang yang tidak solat itu 2 x 5 dengan depa (syaitan dan iblis).

Solat juga perlu kepada persediaan, jangan buat sambil lewa saja dan jangan emergency selalu (masbuk). Solat itu berat bagi orang yang belum merasai nikmat solat, oleh itu macam-macam alasan yang diberi kain kotor la, tiada seluar panjang, belum mandi la, ada-ada saja lasan meraka. Mungkin di dunia boleh lagi beralasan, tetapi adakah kita boleh beralasan bila depan Allah di akhirat kelah, cuba la kalau hendak rasa penampar Allah.

Ada ladu dulu-dulu yang mungkin terkena dengan kita, liriknya berbunyi:

Zohor kesibukan,
Asar kejalanan,
Maghrib keletihan,
Isyak ketiduran,
Subuh kesiangan.

Satu kisah, seorang hamba Allah yang tertinggal solat berjamaah dengan tidak sengaja, dengan kata lain hamba Allah ini solat berseorangan. Dia berasa sangat bersalah, sehinggakan dia menaiki ke puncak bukit kemudian bajunya ditanggal. Hamba Allah tersebut bergolek turun ke kaki bukit dengan cara membalik-balikan badannya sehinggakan badannya dipenuhi luka-luka dan darah lalu dia berkata " rasalah wahai nafsu!!". Betapa hebat iman yang ada padanya, adakah kita bolh sampai ketahap itu?

Apa yang menyedihkan hari ini adalah betapa masih ramai masyarakat kita khususnya di Malaysia ini yang tidak bersolat, tidak kira golongan remaja mahu pun mereka yang bergelar mak bapa. Jadi, siapa lagi yang akan mengajak mereka untuk sama-sama mendirikan agama kalau bukan kita.

Buat kalian para pembaca dan diri yang menulis.. Tiada panggilan yang lebih penting selain daripada panggilan "Hayya 'Alas Solah", kerana ia adalah panggilan Ilahi, Tuhan sekalian alam.

Wallahu A'lam...

Monday, July 14, 2008

10 Penyebab Kerosakan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil saarapan pagi, pars gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

Ia kan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

Pengambilan gula berlebihan akan menggagu penyerapan proten dan nutrisi. Selain daripada itu, ia kan menggangu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan menjadi kurang aktif.

6. Terlebih tidur

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mangakibatkan sel-sel- otak akan mati.

7. Menutupmuka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon diksida berbanding oksigen dan ini kan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja ketika kitaberada di dalam keadaan kurang sihat

Bekerja semasa anda kurangsihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

Berfikir adalah salah satu cara terbaik untuk elatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

Jarang berfikir menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincanagan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.