Monday, July 14, 2008

Melangkah Ke Alam Kampus

Tahniah dan selamat melangkah ke alam kampus kepada semua Mahasiswa Baru sesi 2008. Kebanyakan IPTA/IPTS baru sahaja menjalani minggu sual kanal, orientasi, ataupun sering kali disebut minggu haluan siswa yang meninggalkan kenangan manis mahupun pahit buat yang bergelar mahasiswa baru. Saya lebih senang dengan istilah 'sahabat' ditujukan kepada mahasiswa baru.

Perasaan syukur yang tidak terhingga dan sering kali kalimah 'syukur' ini terucap di bibir sebilangan besar ibu bapa apabila anak mereka dapat memasuki IPTA/IPTS. Hari pendaftaran merupakan hari yang penuh bermakna kerana hari tersebut adalah hari pertama sahabat-sahabat menjejakkan kaki ke IPTA diiringi keluarga tercinta.

Kehidupan di kampus tidak seperti mana kehidupan sewaktu sahabat-sahabat di sekolah menengah dahulu. Di kampus adalah suatu tempat belajar yang lebih bebas jika dibandingkan di sekolah. Kenapa saya katakan bebas, ini kerana setiap orang boleh melakukan semua perkara samada ianya baik atau pun tidak. Jika dahulu mungkin setiap pagi sahabat-sahabat dikejut untuk bangun pagi, sarapan siap terhidang sebelum melangkah ke sekolah, di tegur oleh orang tua sekiranya melakukan kesilapan. Tetapi di kampus tidak seperti itu, sahabat boleh melakukan apa sahaja yang diingini, makan apa sahaja yang di sukai, berkawan dengan sesiapa sahaja, melakukan kebaikan ataupun sebaliknya.

Sahabat sekalian, saya bukan berniat untku mengajar kalian melakukan perkara yang tidak berfaedah itu semua tetapi saya ingin memberi gambaran hidup di kampus yang lebih bergantung kepada diri sendiri. Setiap yang kita lakukanperlu difikirkan sebaik mungkin samada betul atau salah, baik atau buruk, halal atau haram sesuatu perkara itu. Ini amat penting kepada sahabat-sahabat kerana kita tidak mahu keputusan yang diambil mendatangkan kemudharatan kepada diri, menggadai maruah kita sendiri dan keluarga yang kita cintai, dan yang paling ditakuti ialah keputusan yang menyebabkan kita sengsara di akhirat kelak. Ini pesanan saya buat sahabat-sahabat kerana perasaan sayang saya terhadap sahabat sekalian selaku saudara se-Islam.

Timbalah ilmu sebanyak mungkin kerana di kampus inilah tempat paling mudah kita memperolehi ilmu, terpulang kepada diri masing-masing samada mahu mengambil ataupun tidak. Semoga sahabat sekalian berjaya di alam kampus dan juga berjaya di dunia dan di akhirat kelak.

Akhir kata, Sallam perjuangan daripada saya...

No comments: