Wednesday, January 14, 2009

Bersama Melawan Kekejaman Israel

Zionis Israel semakin mengganas walaupun seluruh dunia mengecam dan mengutuk tindakan menggila Israel ke atas bumi Palestine. Apa yang ingin saya nyatakan di sini bahawa kebangkitan masyarakat atau rakyat biasa blum kuat untuk melawan rejim zionis Israel malah perlu kepada tindakan dan aksi di peringkat pimpinan negara seluruh dunia. Apabila orang yang mempunyai kuasa bersama2 bertindak melawan dan melumpuhkan kemaraan tentera Israel daripada terus mengganas, ianya lebih memberi impak.

Hari ini pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei mengeluarkan fatwa mengharamkan pembelian produk buatan Israel atau mengadakan urusan perdagangan dengan negara Yahudi tersebut. Jadi, kerajaan perlu menyekat segala barangn yang sebelum ini mengimport barangan dari yahudi dan sekutu-sekutu kuat mereka. Kita perlu menutup pili paip bukan mengikat saluran paip yang keluar dari pili kerana mungkin akan berlaku kebocoran, samalah dengan apa yang perlu kerajaan lakukan. Jangan hanya rakyat yang tiap hari berdemontrasi tetapi pemimpin negara hanya menyokong tindakan rakyatnya tampa usaha yang semaksimum untuk melawan Israel.

Sudah mencecah lebih 975 orang yang terkorban dan kira-kira 4,400 lagi cedera. Adakah kita hanya berada di kedudukan yang sama sedangkan tentera Israel terus mara ke Utara Gaza? Wahai umat dunia! Pertingkatkan usaha dan tindakan kalian. Wahai pemimpin-pemimpin negara yang mengaku Islam! Bertindaklah dengan kuasa yang ada pada kalian. Hantarkan tentera-tentera daripada negara kalian untuk bertempur dengan tentera Yahudi Laknatullahi'alaih. Jangan biarkan yahudi terus mara untuj menguasai dunia! Usah kalian takut dalam membela maruah rakyat Palestin. Yakinlah dengan bantuan Allah!

ALLAHUAKBAR!!!

Friday, January 2, 2009

Meneruskan Perjuangan Rasulullah..

Himpunan aman membantah kekejaman zionis perlu diteruskan untuk menyatakan bahawa rakyat Palestin bukan keseorangan dalam mempertahankan Aqidah Islam. Bermula himpunan yang telah diadakan pada 30 Disember 2008 yang mana telah menggabungkan badan-badan NGO dan pertubuhan Islam telah berjaya mengumpul orang seramai lebih 500 orang yang hadir ke perhimpunana tersebut termasuk satu rombongan dari Negeri Kedah.

Dan Intifadha ini berterusan apabila kita lihat pada 2 Januari 2008 menyaksikan lebih ramai badan-badan ngo serta pertubuhan yang mengadakan perhimpunan ini iaitu di Masjid Negara setelah selesai solat jumaat dan hajat. Juga negeri yang mengadakan Intifadha menentang kezaliman Zionis terhadap bumi Gaza juga ialah gabungan badan NGO dan Pewrtubuhan di Kedah dan Pahang. Kampus-kampus juga tidak hanya berdiam diri tetapa turut bersama dengan gerakan Islam yang lain seperti UIA dan UTM, Skudai.
video

Thursday, January 1, 2009

SIAPA AKU?

Siapa Aku? (Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin)
Contributed by wewr on Friday, December 22 @ 11:01:35 MYT
Topic: Sastera Palestin
SIAPA AKU?
(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.



Note: nukilan : wewr