Tuesday, July 22, 2008

TNC Azarae sedang rompak harta UM, mahasiswa sedang buat apa?

DALAM senyuman Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEP), Dr. Azarae bin Idris tentu kita tidak percaya bahawa beliau ini juga sedang membina empayar kapitalisme di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Empayar yang dibina tidak seperti bekas rakan sejawatnya, Prof. Dr. Mohd Razali bin Agus. Bekas TNC ini lebih rakus monopoli tender-tender yang sepatutnya disalurkan kepada pelajar-pelajar. Beliau bukan sahaja menguasai tender Cafe di Bangunan Perdana Siswa, malah 3 tahun berturut-turut menguasai Festival Konvokesyen (FESKUM).


Melalui penguasaan FESKUM ini, secara autamatik memberi kelebihan kepada Razali Agus mengambil rasuah dalam penjualan tender gerai secara tertutup (dalam pasaran gelap). Sebagai contih, penjualan tender gerai RM4500 kepada Restoran Syariff tahun 2005.

Harga asal tender gerai tersebut hanya RM1500, dan tender tersebut telah pun dibeli secara berperundangan/formal oleh Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Untuk membaca labih lanjut, sila ke :

http://kampusnegara.net/modules.php?name=News&file=article&sid=823

No comments: