Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah di atas kemenangan yang telah dikurniakan kepada PAS di Bukit Gantang.
Tahniah saya ucapkan kepada mereka dari pimpinan hingga ke akar umbi yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kemengan itu berpihak kepada Parti Islam Se-Malaysia.
Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, namun dengan kesabaran dan berkat doa mereka para alim Ulama, maka Allah memberi kemenangan kepada mereka.
Janji Allah pasti berlaku. Firman Allah dalam al-Quran, " Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap) menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun. Tetapi barang siapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik."
(Surah An-Nur, 24:55)
Tahniah juga buat PKR yang telah menang di Bukit Selambau dengan izin Allah. Walaupun calon di Bukit Selambau ini dari kaum India, namun ianya tidak menjadi penghalang buat kaum lain untuk menyumbang tenaga demi meraih kemenangan.
Begitu juga apa yang berlaku di Bukit Gantang, kaum yang bukan beragama Islam dapat bersama memberi sokongan kepada Dato' Seri Nizar. Apa yang menyeronokkan ialah orang PAS bertakbir mereka juga bertakbir.
Rakyat lebih mempercayai Pakatan Rakyat (PR) daripada UMNO. Walau siapa pun calon UMNO itu, rakyat yang sedar dan masih berpijak di bumi yang nyata tetap akan menolaknya kerana UMNO tidak boleh diharap. Oleh itu, nasihat saya kepada mereka yang bakal terpaksa menjadi calon UMNO perlu fikir-fikirkan, rakyat yang sedar tidak akan memilih kamu.
Dan akhirnya, tahniah jugalah buat UMNO kerana telah menang di Batang Ai kerana sedar mereka akan kalah di 2 bukit. Walau apa pun UMNO perlu bersyukur kerana masih ada masyarakat yang prihatin dan simpati terhadapnya. Namun ianya mungkin hanya buat sementara waktu. Insya'Allah, suatu hari nanti masyarakat ini tergolong dalam kalangan orang yang sedar.
Allah Maha Adil, dan setiap yang berlaku ada hikmah di sebalik kejadian.
Mencapai kemenangan lebih mudah daripada mengisi kemenangan.
Moga Islam terus di sanjung.
No comments:
Post a Comment