"Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai kematian dan menyesal di Akhirat hanyalah sia-sia..."
Thursday, March 12, 2009
Tahniah! Kejayaanmu Menaikkan Nama Islam
-KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan. Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini. -
Kalau sebelum ini Siti Fatimah Mukhtar yang mendapat 17 A1 dalam peperiksaan 2006. Bagaimanapun dalam laporan akhbar harian pada waktu itu tidak disebut langsung kejayaan cemerlang pelajar sekolah agama di bawah kendalian Yayasan Islam Kelantan (Yik). Pada peperiksaan kali ini, seorang lagi pelajar di sekolah yang sama membuktikan kejayaannya belajar di sekolah aliran agama.
Perkara yang baik ini sepatutnya di war-warkan keseluruh negara kerana kita berbangga di atas kejayaan anak Melayu yang beragama Islam. Mereka ini patut dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar di negara ini. Sistem pembelajaran yang berjalan di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Perempuan ini perlu ditiru oleh sekolah-sekolah di Malaysia. Seorang anak itu baik sekiranya keluarganya menerapkan akhlak yang baik, manakala pelajar itu berjaya dan cemerlang sekiranya sekolah dan guru-gurunya adalah cemerlang.
Masyarakat perlu tahu apa rahsia kejayaan mereka, bagaimana mereka belajar di sekolah, apa yang mereka lakukan di luar waktu sekolah, bagaimana sistem di sekolah mereka, dan banyak lagi perkara yang perlu dilihat dan dikaji sekiranya mahu anak-anak kita dan generasi akan datang mendapat kejayaan seperti mereka.
Apa yang penting adalah mereka ini bukan berjaya dari segi akademik semata-mata, tetapi mereka juga pastinya cemerlang dari sudut akhlak Islamnya. Walaupun seseorang itu cemerlang akademiknya, dapat 30 A1 sekalipun tetapi akhlaknya tiada, maka kejayaan itu tiada maknanya. Akhlak itu lebih penting dari kecerdikan dan kepintaran. Orang yang pintar dan tidak mempunyai akhlak Islamiah akan menipu mereka yang bodoh dan kurang bijak tetapi sekiranya seseorang itu mempunyai akhlak dan tidak mempunyai kepintaran maka dia akan disenangi oleh masyarakat, ini satu contoh mudah jika dibandingkan dalam dua situasi tadi.
Yang cantiknya ialah pintar dan berakhlak. Mereka ini bukan sahaja pintar dari segi pemikirannya tetapi dalam masa yang sama mereka mempunyai akhlak yang mulia. Oleh itu, sebagai ibu dan bapa, tentu sekali mahu melihat anak-anak kita bukan hanya berjaya di dunia semata-mata tetapi kejayaan di akhirat kelak lebih utama. Mereka yang menghantar anak-anak ke sekolah ugama perlu bersyukur kerana mereka telah berusaha untuk melihat anak-anak mereka berjaya di dunia dan akhirat.
Jangan pandang serong dan remeh terhadap sekolah ugama, memang tidak dapat dinafikan terdapat pelajar-pelajar di sekolah ugama yang terbabit dengan kes-kes jenanyah. Tetapi kita perlu ingat bahawa di sekolah ugama juga mempunyai pelajar yang pelbagai watak. Walaupun terdapat kes-kes yang sebegini namun bilangannya amat sedikit jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah biasa yang jauh lebih banyak kes-kes yang membabitkan jenanyah dan keruntuhan akhlak yang membimbangkan kita semua.
Tahniah saya ucapkan kepada Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal dan pelajar-pelajar yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Teruskan usaha kalian, tenaga kalian diperlukan di masa hadapan untuk memimpin masyarakat dan negara. Moga kalian berjaya di dunia dan akhirat. Insya'Allah, Amien..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment