Friday, June 5, 2009

Tarbiah vs Hiburan

Mungkin tidak ramai yang biasa dengan istilah tarbiah kerana mungkin segolongan kecil sahaja yang memahaminya, apatah lagi yang bukan Islam. Berbeza dengan istilah hiburan kerana jarang-jarang dan kadang-kadang orang sahaja yang tidak mengetahuinya.

Tarbiah bermaksud pendidikan atau boleh juga dikatakan latihan. Bila disebut tarbiah islamiah ia menunjukkan pendidikan yang berteraskan islam. Bila disebut program tarbiah, maknanya ia bukan program yang biasa malah ia bermatlamatkan Islam dan bersumberkan islam. Program tarbiah untuk beri kesedaran, kefahaman dengan lebih terperinci tentang islam. Dan tarbiah ini suatu perkara yang menyusahkan dan membebankan.

Hiburan ialah perkara yang dapat menyenangkan hati. Maka ia lebih dekat dengan jiwa masyarakat kita pada hari ini. Tidak hairanlah kalau kanak-kanak 3 tahun pun dah pandai menyanyi dan menari apatah lagi orang tua. Ye lah, mana tidaknya buka sahaja tv penuh dengan hiburan apa lagi kalau pasang astro, macam-macam ada.

Apabila hiburan lebih banyak diberi berbanding tarbiah, maka akan timbul masalah dalam masyarakat kerana tarbiah sebagai batas atau pengawal yang mampu memimpin dalam diri masyarakat itu amat sedikit. Apa berlaku jika tiada pemimpin dalam negara, tentu negara akan kucar kacir kan? Jadi tarbiah perlu dilebihkan dalam diri masyarakat supaya mereka mampu mengawal hiburan, bukan hiburan yang akan mengawal mereka.

Benar, tidak semua hiburan itu tidak elok. Bak kata abang Raihan, 'berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah'. Yang saya maksudkan di sini ialah hiburan yang tiada menafaatnya malah mendatangkan mudharat kepada iman masyarakat. Makin berhibur makin susah untuk bersolat apakan lagi qiam, tidak punya waktu untuk membaca al-Quran, tidak pernah ambil tahu isu semasa, sehingga derhaka kepada ibu bapa, bercampur lelaki perempuan, makin berani mendedahkan aurat, dan macam-macam lagi kalau kita perhatikan. Kalau nak berhibur, biarlah yang dapat menambahkan keimanan, paling tidak pun dapat kebaikan bukannya mudharat.

Tarbiah boleh didapati dengan pelbagai cara. Majlis-majlis ilmu itu tarbiah, program islamic juga tarbiah. Yang menariknya bentuk tarbiah lebih kepada praktikal. Contohnya apabila kita hendak menunaikan solat di masjid, tetapi masjid itu jauh mungkin 15 atau 20 minit jika berjalan kaki, namun kita tetap berjalan kaki kerana tiada kenderaan maka itu merupakan tarbiah. Bila perkara yang susah itu selalu dilakukan maka ianya akan menjadi biasa. Qiam itu susah namun akan mampu kita lakukan bila ianya selalu diulang.

Apa yang saya ingin tekankan, tarbiah itu perlu samada kita yang mentarbiah mahupun kita yang ditarbiah.

No comments: