Tuesday, June 23, 2009

Sistem Pendidikan Kita Mampu Melahirkan Pakar dan Cerdik Pandai

Pendidikan tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan. Sekiranya ianya berjauhan antara satu sama lain maka akan ada masalah pada kehidupan seseorang itu.

Memang benar, tanpa pendidikan pun seseorang itu boleh hidup tetapi sangat ketara perbezaannya. Sebagai contoh, Orang yang mendapat pendidikan berkaitan kedoktoran atau kejururawatan daripada seseorang yang pakar tentang ilmu perubatan tentu dia tahu bagaimana untuk merawat orang yang sakit. Berbeza dengan orang yang tidak mendapat pendidikan kedoktoran, dia tidak akan tahu bagaimana untuk merawat orang yang sakit apatah lagi jika melibatkan pembedahan. Nampakkan?

Kalau yang tadi tidak mendapat pendidikan langsung tetapi kali ini bagaimana pula kalau yang mendapat pendidikan daripada yang bukan pakar perubatan tetapi main logik akal je. Yang ini lagi bermasalah kerana kemungkinan dapat merawat orang yang sakit dan kemungkinan rawatannya akan menyebabkan pesakit terbunuh.

Saya ingin membawa anda untuk melihat kehidupan anak-anak dan remaja sekolah di negara kita hari ini. Apa yang kita lihat, kehidupan mereka mejoritinya tidak lagi menggambarkan seorang muslim. Jauh sekali sekiranya kita hendak lihat masyarakat muslim dalam sebuah negara yang katanya negara Islam. Walaupun mereka telah diberi pendidikan bermula dari umur 5 atau 6 tahun tetapi kes-kes gejala sosial dan jenyah semakin meningkat seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua polis negara baru-baru ini. Semacam ada yang tidak kena dengan pendidikan di sekolah-sekolah dalam negara kita hari ini.

Apa yang saya mahu tekankan pada penulisan saya kali ini adalah berkaitan pendidikan Islam dalam kehidupan masyarakat hari ini. Walaupun sudah ada mata pelajaran ini di sekolah menengah mahu pun di sekolah agama, namun ia seperti tidak memainkan peranan besar dalam kehidupan masyarakat hari ini. Kenapa begini? Adakah kerana pelajar sekadar belajar hanya untuk dibawa ke dalam peperiksaan sekolah, mereka tidak benar-benar mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam kehidupan harian. Namun mungkin juga masalah ini datang dari guru yang mengajar. Kebanyakan guru hari ini datang ke sekolah atas dasar disiplin sekolah yang mendesak mereka untuk datang, masuk kelas, habiskan silibus mata pelajaran kemudian siapkan laporan, pulang apabila tamat waktu sekolah dan terima gaji bila tiba masanya. Saya tidak maksudkan semua guru cuma sebilangan besar sahaja dan mereka mungkin tidak mendapat pendidikan untuk menjadi seorang guru yang bercirikan Islam.

Berbeza dengan guru-guru pondok dahulu apatah lagi yang bergelar tok guru. Mereka benar-benar mengamalkan disiplin ilmu yang berteraskan Islam dan mereka sangat disegani lagi dihormati oleh anak muridnya juga masyarakat sekeliling. Tetapi hari ini guru yang terpaksa senyap apabila murid bersuara dan yang lebih dasyat apabila sudah wujud gejala guru dibuli dan dibelasah oleh anak murid sendiri. Perkara ini bukan perkara yang remeh tetapi ia mengambarkan betapa negara akan mengalami kehancuran nilai-nilai kemanusian.

Oleh kerana itu, sesuatu perlu dilakukan untuk merawat masyarakat kita pada hari ini terutamanya golongan pelajar yang semakin parah kerana mereka bakal mengambil alih kepimpinan negara suatu masa nanti. Contoh yang saya bawa di awal tulisan saya iaitu hanya yang mencipta mampu membaiki ciptaannya. Maksudnya, hanya dengan pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah mampu menyelamatkan manusia dari kebinasaan.

Tapi ustaz, kenapa yang ambil pendidikan Islam pun 2x5 teruknya? Perubahan perlu dilakukan. Mungkin langkah pertama dengan mengkaji balik silibus yang terdapat dalam mata pelajaran pendidikan Islam itu. Kedua dengan sistem atau disiplin sekolah dengan sistem Islam. Seterusnya, semua mata pelajaran termasuk sains dan matematik perlu berkait langsung dengan ilmu Islam atau lebih tepat lagi proses pengajaran dan pembelajaran menyentuh isi kandungan al-Quran dan as-Sunnah. Cuba bayangkan sekiranya sistem pendidikan Islam dititik beratkan dalam sistem kehidupan, betapa saya merasakan harmoninya hidup. Gejala sosial dapat dapat dibanteras, jenayah dapat diatasi dan suasana pemelajaran sentiasa harmoni dan mendapat Rahmat dan Berkat. Maka akan tumbuhlah pakar-pakar dan cerdik pandai yang berakhlak Islamiah seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan. Wow, amat menarik sekali.!

Akhir kalam, bersama kita ke arah merejuvenasi pendidikan Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah ke arah impian yang telah saya pacakkan di atas.

2 comments:

ziddy said...

saya setuju dengan pendapat awak. saya akui ilmu agama saya kurang. tapi dengan ilmu yang sikit inilah saya jumpe apa yang diajar dalam Islam itu adalah sains sebenarnya.

banyak ilmu dalam sains ada dalam hadis dan alQuran. contohnya kalau siapa faham konsep fizik kuantum, dia akan faham tentang Maha Adil Allah dan Maha Pemurah Allah.

Laila_Suria said...

salam..em,pendapat ana..guru memainkan peranan yg pntg sbnrnya..so,kt kena latih guru2 ni supaya mampu membawa pelajar supaya pergi lebih jauh tanpa menunggu sistem pendidikan yang diharapkan utkberubah.