Friday, June 6, 2008

Kaji semula kenaikan harga minyak

Asiah binti HasanLajnah Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)Assalamualaikum w.b.t.Sebagai seorang pengguna selaku mahasiswa saya merasa terpanggil untuk turut memberi respon terhadap isu hangat ketika ini iaitu kenaikan harga minyak 78 sen menjadikan harga petrol RM 2.70 seliter dan kenaikan RM1 bagi diesel menjadikannya RM2.58 seliter. Saya berpandangan pemberian RM625 dan RM150 kepada pemilik kenderaan yang berkaitan adalah bagus namun ia bukanlah satu penyelesaian jangka panjang sedangkan pengguna masih lagi menanggung beban memandangkan minyak kenderaan perlu diisi selalu.Jika sebelum ini hangat membincangkan kenaikan harga beras yang melampau disebabkan kekurangan bekalan padi dan beras, yang mana dirasakan sangat terbeban dengan perkara demikian. Belum pun hilang bebanan kenaikan harga beras, hari ini kita dikejutkan pula dengan kenaikan mendadak dan dirasakan sangat tinggi terhadap harga petrol dan diesel. Hal ini amat dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan para mahasiswa.Saya mewakili suara mahasiswa yang lain, apa yang dirasai sangat membebankan kami sebagai seorang pelajar yang menggunakan kenderaan berulang-alik di dalam kampus serta harga barangan lain yang turut naik seperti makanan dan keperluan. Sangat besar harapan kami sekiranya kenaikan ini hanya sementara dan kenyataan Perdana Menteri bahawa kenaikan ini akan dikaji secara bulanan akan memberikan khabar gembira kepada semua pengguna di Malaysia iaitu akan berlaku penurunan harga petrol dan diesel ini serta barangan lain.Kenaikan harga minyak dunia dikatakan faktor kenaikan harga minyak di Negara kita. Apa yang kami sebagai mahasiswa harapkan agar pihak kerajaan dapat menyediakan jalan alternatif yang dapat mengurangkan bebanan rakyat memandangkan Negara Malaysia merupakan Negara pengeluar minyak. Bagi golongan berpendapatan tinggi mungkin kurang merasai kenaikan ini namun bagi golongan berpendapatan rendah dan mahasiswa sangat-sangat merasai hal ini. Ditambah pula dengan harga barangan lain yang turut meningkat. Tidak mustahil dengan kenaikan lagi harga minyak ini menyebabkan harag barangan keperluan lain turut meningkat. Apa yang ditakuti kos sara hidup meningkat dan berlaku inflasi yang tinggi.Saya menyokong kenyataan saudara Mohamad Ghazali Zainal Abidin yang menyatakan bahawa kerajaan perlu menagguhkan seketika projek jambatan kedua Pulau Pinang dan koridor wilayah ekonomi dan mengutamakan kebajikan rakyat pada masa ini.Saya tidak merasakan pengguna membazir selama ini dalam penggunaan minyak, elektrik dan barangan lain kerana sememangnya pengguna akan membeli barangan keperluan sesuai dengan tahap penggunaan mereka.

1 comment:

Abdullah said...

Salam.. Saya amat tidak bersetuju dengan cara kerajaan sekarang ini menaikkan harga minyak. Kesan daripada keputusan Perdana Menteri, Dolah Badawi tersebut benar-benar mengacau bilaukan masyarakat. Masyarakat seolah-olah dipermainkan sesuka hati oleh sang pengusa yang tidak sedar akan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat.