Showing posts with label Forum. Show all posts
Showing posts with label Forum. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Mata Wang Masa Depan


Wang atau duit merupakan satu benda yang bernilai bagi kebanyakan masyarakat kita hari ini. Boleh dikatakan "segalanya memerlukan wang". Tetapi sejauh manakah nilai dan harga bagi setiap wang yang ada ditangan kita hari ini?

Benar, jika setongkol wang kertas merah dicampak nescaya berebut manusia yang ingin mendapatkannya. Tetapi jika yang dicampak itu duit yang telah dikoyak-koyak, adakah manusia akan berebut seperti tadi? Mungkin tidak, kalau ada pun mungkin seorang atau dua yang akan mengambil bahagian. Kenapa? Ya, wangnya sudah dikoyak maka sudah tidak ada nilai lagi. Tapi boleh dicamtumkan dengan menggunakan pelekat plastik lutsinar. Ya, tapi cubalah pergi ke kedai atau pasar raya dan beli barang menggunakan wang itu. Kalau terima bertuah kamu, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mungkin semua atau sebilangan besar pasar raya atau kedai tidak mahu wang itu. Lihat, nilainya sudah tiada.

Bukan saya reka cerita tetapi saya pernah laluinya sendiri dimana saya ingin membayar minyak di Petronas dan wang RM5 saya koyak sedikit lalu diminta wang yang lain, tidak mahu wang yang koyak walaupun itu dilihat sebagai wang. Jadi, usah bangga kalau punya wang banyak tetapi koyak. Mungkin gurauan, tetapi hakikatnya benar.

Habis tu macam mana sekarang? Kebimbangan dan kesedaran ini yang patut ada pada diri kita sekarang. Kesedaran perlu ada tindakan susulan, dan kita beruntung hari ini kerana sudah ada pihak yang berusaha untuk keluar dari permasalahan ini. Dengan mengeluarkan mata wang dinar dan dirham khususnya di Kelantan.

Apa itu Dinar dan apa itu Dirham? Dinar ialah koin emas syariah yang mana berat untuk 1 Dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%). Manakala Dirham itu koin perak syariah seberat 2.975g untuk 1 Dirham perak tulen (99.9%). Satu mata wang yang benar-benar bernilai kerana ianya bukan kertas ataupun seperti syiling yang kita guna sekarang sebaliknya ketulan emas dan perak. Jika pecah berkecai pun masih bernilai untuk dijual atau digadai.

Perkataan Dinar dan Dirham sebenarnya tidak asing bagi kita umat Islam kerana ianya disebut di dalam al-Quran, lihatlah Surah Ali-Imran ayat 75 dan Surah Yusof ayat 20. Dan menarik tentang Dinar dalam hadis Rasulullah S.A.W, hadis daripada Urwah bin Abi Al-Ja'd Al-Bariqi, beliau berkata : "Sesungguhnya Nabi S.A.W memberinya 1 dinar untuk membeli seekor kambing, lalu dia membeli untuk Nabi S.A.W. dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor dengan harga 1 Dinar dan membawa 1 ekor kambing dan 1 Dinar kepada Nabi S.A.W. Lalu Nabi S.A.W. mendoakannya: "Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu akan untung juga."" Hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi.

Berdasarkan kisah dalam hadis tersebut, Nabi S.A.W membeli seekor kambing dengan 1 Dinar dizamannya dan 1 Dinar yang sama juga boleh digunakan untuk membeli seekor kambing. Mata wang yang inflasinya sifar, berbanding dengan mata wang kita sekarang sekiranya Nabi S.A.W dapat membeli seekor kambing dengan RM10 dizamannya, nescaya dengan nilai RM10 yang sama kita tidak dapat untuk membeli seekor kambing kerana kambing dizaman kita mungkin hanya dapat dibeli dengan harga RM700 seekor. Kalian nampak kelebihannya? Jelas sekali.

Sudah tiba masanya untuk kita menembalikan mata wang syariah dalam kehidupan kita. Bukan bergantung kepada mata wang dunia yang penuh dengan muslihat pihak tertentu yang sengaja mencipta wang kertas yang tidak ada nilai langsung sebenarnya. Walaupun penggunaannya masih lagi tidak meluas dalam negara kita tetapi yakinlah bahawa ianya akan menjadi mata wang utama negara dan dunia pada masa akan datang.


Untuk maklumat tentang Dinar dan Dirham boleh ke :
http://islamicmint.com.my/Linkatau search je Dinar atau Dinar Kelantan untuk maklumat lebih.

Sunday, May 30, 2010

Mati dirempuh jentolak Israel

Rachel Corrie yang memperjuangkan kemanusian dan membela rakyat palestin sehingga danggup menggadaikan nyawanya sendiri. Dia seorang warga US yang bersungguh-sungguh dalam usahanya untuk membela. Bagaimana dengan kita selaku ummat Islam...?



Sunday, May 2, 2010

Jangan berat untuk menulis sahabat...

Budaya menulis tidak begitu ditekankan sangat di negara kita berbanding negara Indonesia yang begitu terkehadapan dalam bidang penulisan ini.

Telah banyak kitab-kitab muktabar yang telah diterjemahkan oleh penterjemah-perterjemah Indonesia yang tidak pernah jemu dalam menterjemahkan kitab-kitab tersebut. Dan semakin hari semakin bertambah bilangan penulis-penulis yang mampu mengenengahkan penulisan masing-masing.

Kita perlu sedari bahawa penulisan merupakan satu method atau uslub dakwah yang mampu memberi kesan kepada mad'u kita. Terlalu banyak ruang penulisan yang boleh kita salurkan seperti menulis di akhbar dan majalah, juga penulisan di blog, web, facebook dan banyak lagi ruang yang mampu digunakan.

Tetapi sayangnya tidak ramai yang menggunakan peluang dan ruang yang ada ini untuk tujuan dakwah, malah hanya sekadar menghilangkan bosan dan mengisi masa terluang, tidak kurang juga cuma untuk seronok-seronok. Sekarang kita perlu ubah mindset kita, menulislah untuk dakwah. Penulisan kita akan kekal, selagi mana orang lain dapat manfaat daripada apa yang kita tulis itu, selagi itulah pahala kita akan berterusan walaupun kita telah meninggal dunia..

Mula lah untuk menulis, Kota Rom tidak akan siap dalam masa satu hari. Bermula dengan sedikit dahulu. Dengan kesabaran kita moga terus dan terus dalam penulisan dakwah ini.

Monday, April 19, 2010

Wanginya tak mau pergi...

Kalian pernah mendengar kisah pemuda yang sentiasa wangi walaupun tidak memakai minyak wangi..? Oo.. Tak ramai yang tahu kisahnya. Baik saya akan kongsi dengan kalian. Kisah ini saya petik dari buku 'ZERO to HERO' karya Solikhin Abu Izzudin. Bagus bangat penulisannya, rugi tak baca.

Kisahnya begini. Nama pemuda ini adalah Abu Bakar Al Misky, Abu Bakar yang tubuhnya selalu wangi seharum minyak miski. Suatu hari ia ditanya : "Sungguh kami selalu mencium bau wangi darimu, apa sebabnya sih?"

Dengan bersahaja ia menjawab : "Demi Allah sudah bertahun-tahun aku tidak memakai minyak wangi. Adapun aroma wewangi tubuh sebabnya begini. Suatu ketika ada seorang wanita yang memperdayaiku. Ia memasukkan aku ke dalam rumahnya lalu ia mengunci pintu-pintunya. Selanjutnya ia pun merayuku dengan berbagai cara untuk memperdayaiku dan menjerumuskanku..."

(Bayangkan bila kamu yang mengalami hal itu? Hmm...)

"Aku pun bingung dan tertekan dengan tipu dayanya, aku lalu berkata kepadanya, "Aku mau ke belakang terlebih dahulu". Aku meminta ia mengirim pembantunya untuk menyertaiku ke toilet. Ia pun setuju. Ketika aku masuk kamar kecil, aku ambil kotoran dan aku lumurkan ke seluruh tubuhku. Selanjutnya aku pun ke tempat wanita itu dalam keadaan yang berlumuran dengan kotoran. Nah, ketika ia melihatku ia pun kaget, lalu ia memerintahkan pembantunya untuk mengeluarkan aku. Lalu aku pergi dan membersihkan diri, dan pada malam harinya aku bermimpi melihat seseorang berkata kepadaku :

"Engkau telah melakukan apa yang belum pernah dilakukan seseorang selainmu. Sungguh aku menjadikan baumu wangi di dunia dan di akherat".

Maka, pada pagi harinya aku terbangun dengan kesturi yang keluar dariku. Yang demikian itu terus berlanjutan sampai sekarang."

Benar-benar mengharukan bukan? Coba kita perhatikan wahai pembaca yang budiman, betapa dasyatnya balasan bagi seseorang yang menjaga kesucian dirinya. Allah memuliakannya dengan anugerah terindah. Tubuhnya seharum minyak kesturi sebagai buah akhlak terpuji, menjaga takwa diri meski rayuan gombal menghampiri, dan mampu menjaga diri saat wanita cantik menawarkan diri.

Inilah kenikmatan terindah buah dari menghindari nikmat birahi. Awalnya sakit kerana harus manahan diri, lalu kreatif mencari solusi dan berakhir dengan nikmat dari Allah Rabbul Izzati. Itulah Abu BAkar Al-Misky, pemuda cerdas yang kreatif meluarbiasakan diri dengan cara terbaru, maka tubuhnya pun semerbak wangi sepanjang hari.

Sunday, April 18, 2010

Fitnah dunia.. mampukah kita menghadapinya..??

Jika kalian sedar dan tidak hanya hidup dalam kelenaan kenikmatan dunia. Kalian akan perasan akan fitnah dunia yang semakin hari semakin dasyat. Masyarakat semakin melaju mengejar kecanggihan teknologi sehinggakan ada yang tidak mampu untuk seiring dengan perkembangan itu.

Dunia tanpa sempadan memudahkan lagi dakyah dan anasir liar masuk keruang-ruang yang sedia menerimanya dibantu oleh kelajuan sistem penghantaran 3G, 4G dan seangkatan dengannya masuk kedalam fikiran setiap golongan masyarakat yang tidak mahu ketinggalan arus kemodenan.

Fitnah ini juga sengaja diciptakan oleh mereka yang tidak ada pegangan agama dan berniat untuk menghancurkan Islam dan memusnahkan Iman yang ada dalam diri muslimin mahupun muslimat. Serangan yang dilancarkan bertalu-talu sehingga 'Haji Fulan bin Fulan' tercampak kopiahnya dan 'Hajjah Fulanah binti Fulan' tidak cukup kain dibuatnya.

Jika musuh menyerang kita dengan 'bazuka', apakah kita ingin berperisaikan 'perisai lutsinar FRU' dan cukup dengan memakai 'baju kalis api BOMBA' semata-mata. Mungkin kita akan lakukan sedemikian, kerana kita tidak tahu apa sentaja musuh dan kesan peluru itu bila hinggap pada 'kubu' kita.

Oleh itu, pertama.. kalian harus tahu bentuk serangan musuh, apa senjatanya, apa kesannya bila terkena sasaran, apa yang boleh melawan dan menyekatnya.

Kedua.. Persiapkan diri untuk menghadapi dan melawan serangan musuh. Jika musuh guna bazuka, jangan kita cukup dengan M-16, tingkatkan juga senjata kita sekurang-kurangnya pakai 'bazuka' juga. Pahang dok..? Maknanya fitnah ini sukar disekat jika tahap keimanan kita berada pada tahap yang biasa. Ia perlu dipertingkatkan juga supaya setanding dengan serangan fitnah tersebut, dan yang penting tidak mudah tumbang dan mampu untuk melawan.

Pernah kalian dengar lagu yang pernah dinyanyikan oleh kumpulan seniorku Suara Firdaus UTM..? Owh.. ada yang belom.. Nyanyinya begini..

Umat Islam harus cemerlang,
hari ini mesti lebih baik dari semalam..

Jangan buang masa
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah maha kuasa
kita punya kuasa tenaga
do'a sebagai senjata
Umat Islam sentiasa Boleh
Umat Islam sentiasa Boleh...

Umat Islam zaman lampau
taat perintah Rasulullah
bersama berusaha
bersatu tuju wawasan
dunia dan akhirat
wawasan dunia dan akhirat...

Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia...

Wawasan diri
penuhi dada dengan ilmu
wawasan agama
bekalan masa depan dan akhirat
kuat usaha jujur dan amanah
sentiasa mengharap keredhoaan Allah...

Aqidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
ulama' warisan anbiya'
pegangan mereka harus diikut
ajaran sesat wajib dihindar...

Kalian juga saudaraku, ayuh persiapkan diri untuk menghadapi ujian ini.
Bersihkan hati, ikhlaskan niat, tingkatkan kesabaran, sentisa berdamping dengan 'Robbi', bangkitkan semangat jihad dalam diri masing-masing. Juga jangan lupa saling pesan-berpesan. 'Our mission is' membuka semula dunia yang penuh dengan kegelapan kepada 'nur Islam'. Insya'Allah... It's not play-play but it's serious.

Thursday, April 15, 2010

Untuk Mujahidah... (siri 2)

Adapun beberapa tadzkirah/peringatan dan nasehat untuk mujahidah dakwah* :

Pertama, sesungguhnya fungsi seorang daiyah bukanlah memukul dan menegur manusia dengan keras. Bukan pula mengorek aib dan mencela mereka.
"Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu adalah Yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (Qs. an-Nahl [16]: 125)

Kedua, jalan dakwah ini penuh dengan rintangan.
Jalan dakwah tidak semulus jalan tol. Pejuang dakwah muslimah tentu pernah merasakan mendapat deraan, cobaan dan permasalahan dengan kadar dan tingkat berbeda-beda. Pemenang sejati adalah yang sabar melaluinya, menghadapinya dengan segala hikmah. Tidak sedikit yang akhirnya menyerah, putus asa bahkan kabur dari gelanggang dakwah kerana tidak sabar. Ia pikir dakwah mudah dilalui dengan instan, cepat menghasilkan. Padahal Nabi Nuh AS saja yang berdakwah selama 5 abad dan notabene ia adalah seorang Rasul hanya mendapatkan sedikit sekali pengikut. Hal ini terjadi disemua lini dakwah. Sesungguhnya fokus utaam bukanlah pada result/hasil namun pada process/proses, kerana Allah sangat menghargai sebuah proses yang dilakukan hamba-Nya apalagi jika itu berbuah keredhoan-Nya.
"Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu sabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan" Ali-Imran [3]: 186

Tuesday, April 13, 2010

Untuk Mujahidah... (siri 1)

Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah, wassola tuwassalamu 'ala Rasulillah..
Moga kalian sihat..

Kali ini saya ingin berkongsi penulisan sahabat kita yang saya kira dapat kita ambil khususnya mereka yang bergelar ahli gerakan dakwah. Saya tampilkan secara bersiri supaya ianya dapat kita hayati satu-persatu, Insya'Allah..
(saya tidak akan mengubah sedikit pun penulisan asal beliau dan terdapat perkataan yang mungkin sangkaan kalian saya silap menulisnya, sebenarnya itu penulisan asalnya. Saya tidak mahu mengubahnya.)
___________________________________________________________


Bismillahirrahmanirrahim,
Sungguh beruntung menjadi orang yang terpilih, menjadi seorang da'i. Mau tidak mau, suka tidak suka kerena ia tidak hidup sendiri. Ada orang lain yang menjadi obyek dakwahnya. Keluarga, anak-anak, tetangga, teman sekolah, kampus, kerja dan siapa saja yang berinteraksi dengannya. Ia tidak dapat mengelak, ketika disadari bahwa ia adalah seorang muslimah maka ia membawa panji keislamannya. Ketika ia adalah seorang mahasiswi di kampusnya maka ia wajib menjaga nama baik almamaternya. Ketika ia adalah kader dakwah maka ia membawa identitasnya dan segala tindak-tanduk yang ia perbuat akan mencerminkan wajihahnya tersebut. Meskipun ada khauf (takut) ketika terbayang bahwa kita belum mampu mengemban amanah ini dengan baik, di satu sisi saya yakin ia juga menyimpan rija (harapan) agar bisa menjadi satu bagian dari batu bata penyusun peradapan tegaknya Al-Islam di bumi ini.

Dalam firman Allah Surah Fushsilat (41:33) "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal shalih, dan berkata, 'Sesunggunya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?'". Ayat ini menjadi pilar bagi pada aktivis muslimah untuk selalu mambekali diri lalu terjun dengan ikhlas hanya mengharap ridho Allah di setiap geraknya. Ia tidak akan meremehkan sekecil apapun amal sholeh untuk fastabiqul khoirot, berlomba-lomba dalam kebajikan. Keistiqomahannya akan selalu diuji seiring dengan perjalanan karir dakwahnya.

(Bersambung...)

Sunday, March 21, 2010

Subhanallah...



Maher Zain - Open Your Eyes

Wednesday, February 10, 2010

Kesenangan itu...

Assalamu'alaikum.. Buat teman-teman, moga sentiasa berada di dalam redha Ar-Rahim. Terlebih dahulu saya ingin mohon maaf kepada teman-teman kerana sudah agak lama tidak bersua di alam maya ini melalui penulisan untuk perkongsian idea kerdil yang dimiliki. Boleh saja saya beralasan sibuk, tetapi setiap daripada kita mempunyai waktu yang sama iaitu 24 jam. Jadi tak perlulah beralasan, cuba belajar untuk tidak beralasan.

Tahniah juga saya ucapkan kepada teman-teman yang tidak jemu-jemu di dalam perkongsian idea yang telah disampaikan melalui blog masing-masing. Mohon dari Allah supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang riak dan munafik dalam berkata-kata, Na'uzubillah.

Dengan ruang waktu yang terbatas ini ingin saya berbicara soal kehidupan kita hari ini. Saya yakin ada dikalangan teman-teman yang pernah mengalaminya apa yang ingin saya sebut pada kali ini, soal ujian hidup.

Kita tidak boleh lari dari ujian atau rintangan dalam kehidupan, setiap dari kita akan melaluinya cuma mungkin ada yang belum lagi diuji. Ujian ini biasa juga teman-teman menyebutnya mehnah dan tribulasi atau ranjau kehidupan. Perkara pertama yang saya mahu nyatakan.. Ujian, rintangan, mahnah dan tribulasi itu semua datang daripada Allah. Ujian itu merupakan tarbiah dari Allah dan mereka aktivis dakwah juga pejuang Islam pasti akan diuji. Allah telah sebut dalam Al-Quran..

Aliff lam mim. Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa "kami telah beriman" dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka Allah mengetahui orang-orang ynag benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Al-Angkabut : 1-3)

Jadi ayat di atas sudah cukup untuk kita menerima hakikat bahawa Allah akan menguji kita dan kenapa kita diuji. Soalnya disini bagaimana bentuk dan rupa ujian itu?

Untuk kita lebih jelas, bukalah kitab-kitab sirah, hadis dan tafsir Al-quran. Banyak diceritakan tentang ujian-ujian yang Allah datangkan kepada hambanya. Lihatlah bagaimana Nabi dan para sahabat diuji dalam usaha menyebarkan ajaran Allah. Hinggakan ada yang dibuang daerah, dipenjara dan dibunuh. Ingat, orang yang paling dasyat diuji ialah para Nabi kita.


"Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi kemudian yang paling baik selepasnya, kemudian orang yang paling baik selepas itu."

Dengan ujian-ujian yang berat dan dasyat seperti itu, para aktivis dakwah akan mepersiapkan diri untuk menghadapinya. Alhamdulillah, ada yang mampu menghadapinya dan sebenarnya mereka yang mampu hanya sedikit.

Tetapi yang lebih menakutkan saya dan mungkin teman-teman ialah bila Allah uji kita dengan kesengan, kemewahan, pangkat dan harta. Masya'allah.. takut sangat, takut tak mampu hadapinya dan akan hanyut dengan semua itu.

Kadang-kadang kita keliru kesenangan yang datang, adakah itu balasan dari Allah atas pengorbanan yang telah kita lakukan untuk Islam atau ianya suatu ujian. Ramai yang gugur dan kalah dengan ujian ini. Mungkin ianya peluang dan kemudahan untuk gerak kerja Islam tetapi bila sudah lama kelamaan lain pula yang berlaku, kesenangan yang dipikul Islam disepak-sepak

Peganglah jawatan yang penting supaya dengan kuasa yang ada dapatlah kita melaksanakan syariat Islam dan menyekat segala kebatilan. Carilah kekayaan supaya dengan kekayaan itu memudahkan akan gerak kerja dakwah dan Islam lebih kuat. Tetapi kenapa bila dah pegang jawatan yang tinggi dan bila sudah bergelar jutawan kamu lupakan janji kamu untuk Islam.! Yang sedihnya ada yang mengejar semua itu sehingga mengabaikan kewajipan sebagai orang Islam apatah lagi tanggungjawab sebagai aktivis dakwah. Astaghfirullah..

Bila ditanya, kenapa sudah lama tidak terlibat dengan gerak kerja? Jawabnya, "maaf syekh.. ana sibuk, banyak pulak kerja kena buat".

Saya tidak nafikan, tidak semua seperti itu kerana ada yang pegang jawatan dan bergelar jutawan tetapi masih tetap dalam perjuangan. Tetapi hakikatnya sangat sedikit yang macam ni.

Nak dengar satu cerita tak? Mungkin ada yang dah pernah dengar cerita ini.
Ada seekor monyet telah memanjat satu pokok kelapa yang sangat tinggi. Bila sampai di puncak pokok kelapa itu tiba-tiba datang tiga jenis angin iaitu angin ribut, angin taufan, angin puting beliung. Ketiga-tiga angin tersebut merempuh pokok kelapa itu dan si monyet tidak jatuh apatah lagi diterbangkan kerana ia memeluk dengan sekuat-kuatnya pada pokok kelapa itu. Angin itu berlalu pergi dan si monyet masih selamat berada di puncak pokok kelapa itu.

Tidak lama kemudian, datang satu angin yang sepoi-sepoi bahasa. Fuuh, sangat lembut tiupan angin itu sehingga mengasyikkan. Oleh kerana terlalu asyik, si monyet tidak perasan yang dia sudah melepaskan tangannya dari pokok kelapa. Apa lagi, jatuhlah si monyet itu ke tanah dan ... K, cukup stakat itu ceritanya. Jadi, apa yang teman-teman dapat daripada cerita tadi.?
Yup, kesimpulannya jangan teman-teman jadi monyet.

Bila kita diuji dengan kesusahan dan kepahitan, semakin erat pegangan kita pada Islam, semakin teguh pendirian kita dalam menyatakan kebenaran, bertambah berani kita dalam mempertahankan Islam, semakin tajam dan kreatif pemikiran kita, semakin erat ukhuwah kita dan semakin dekat diri kita dengan Allah.

Dan bila kita diuji dengan kesenangan, kemewahan, pangkat, kekayaan. Semakin kaku kita dalam menyuarakan kebenaran, semakin hilang keberanian kita dalam mempertikaikan kebatilan, semakin tumpul pemikiran kita dalam memikirkan permaslahan ummah, semakin jauh kita dengan sahabat seperjuangan dan semakin longgar hubungan kita dengan Allah.

Tolong, jangan jadi seperti itu. Teman-teman dan saya pun, minta pada Allah supaya kita diberi kakuatan dalam menghadapi ujian ini. Dan ingat Allah, Allah sayang pada kita.


"Sesungguhnya Allah s.w.t., apabila mengasihi satu kaum, dicubanya mereka itu (dengan berbagai cubaan), barang siapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanNya, barang siapa yang benci (marah) maka baginya kemurkaan Allah s.w.t."

Cukuplah untuk kali ini, perkongsian ini untuk memberi peringatan kepada saya dan teman-teman kerana sebahagian besar apa yang saya nyatakan itu benar-benar berlaku. Terima kasih kerana sanggup membacanya. Ma'assalam..

Sunday, December 13, 2009

Suburkan Kembali Ruh Jihad Dalam Jiwa Umat Islam

Selagi mana semangat Jihad tidak ada dalam jiwa kita, selagi itu Islam tidak akan menang dan selagi itu Palestine tidak akan menjadi milik kita.

Kenyataan di atas berdasarkan fakta sejarah:

1- Kedudukan Islam teguh di Madinah ketika mana Nabi Muahammad menjadi pemimpin di negara tersebut. Penduduk Madinah dan para sahabat mendapat tarbiah terus dari Nabi dan dibekalkan semangat juang yang tinggi sehingga dapat mempertahankan Madinah dari ancaman musuh. Sehingga Kota Makkah dapat dibuka dan dikuasai oleh orang
Islam.

2- Islam dapat ber
kembang ke negara-negara besar iaitu Rom dan Farsi kerana tentera Islam mampu berhadapan dan menewaskan tentera negara tersebut pada zaman Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar.

3- Sultan Salahuddin Al-Ayubi dapat merebut kembali Jurusalem dari cengkaman tentera Salib pada tahun 1193.

4- Pembukaan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya pada 29 Mei 1453.





Umat Islam perlu memiliki Ruh seperti mereka. Jangan sampai musuh islam terus menyutik racun perosak ke dalam tubuh badan kita melalui hiburan, gaya hidup, dan makanan. Kita kesuntukan masa, kesedaran perlu diberi segera kepada mereka yang masih terlena dengan mainan musuh-musuh Islam. Ayuh! Bangkitlah wahai umat Islam!!!

Tuesday, August 18, 2009

Ahlan Wasahlan Yaa Romadhaan..

Moga kita dapat tidak membiarkan Ramadhan kali ini berlalu dengan begitu sahaja.
Ajal maut di tangan Allah. Kita tidak tahu bila nyawa kita akan ditarik.
Beramal ibadatlah sebaik mungkin. Moga segala amal yang kita lakukan diterima Allah.




Bersemangatlah kalian seperti mana semangat dan keyakinan yang telah ditunjukkan oleh orang Islam terdahulu yang yakin dengan perjuangan Islam.

Hidup Mulia Atau Mati Sebagai Syuhada'

Monday, August 10, 2009

Mungkin Manusia Labih Teruk Dari Anjing

Subhanallah.. Anjing pun tahu jawab Azan. Kita pun kadang-kadang susah hendak jawab Azan, bukan sahaja malas nak jawab tetapi bukan main rancak lagi bersembang.

Astagfirullah.. Bukan saya nak kata kat sape-sape pun, tetapi sebagai peringatan kepada diri dan anda semua.

Mau ngak kita berubah kepada yang lebih baik. Moga hari ini lebih elok dari semalam, yuk.



Sungguh comel bila dia jawab Azan..

Thursday, August 6, 2009

Jangan Terlalu Asyik Dengan Keseronokan Dunia

Terima Kasih Allah.!!

Alhamdulillah, syukur kepada Dia yang masih memberi peluang kepada saya dan kalian untuk hidup di atas muka bumi yang hanya sementara ini. Syukur juga di atas nikmat yang dikurniakan kepada kita semua, tidak putus-putus nikmatNya, Terima Kasih Allah..

Sudah lama rasanya tidak bertemu kalian di alam maya ini. Bukan tidak mahu, tetapi akibat kekangan waktu, bukan bermaksud saya menyalahkan waktu, tetapi menunjukkan betapa terbatas dan lemahnya kita selaku hamba kepada Dia.

Semoga kalian sihat. Kepada yang kurang sihat, bersyukurlah kerana Allah ingin memberi kebaikan kepada kalian. Bila Allah ingin memberi kebaikan, maka Dia akan uji kalian. Betapa berungtung mereka yang bersabar apabila didatangi ujian atau musibah. Sebenarnya Allah sangat sayang kepada kita selaku hambaNya.

Saya dan beberapa orang sahabat berpeluang melalui kerja yang memenatkan tetapi sangat menyeronokkan. Ya, Konsert Antara Dunia membekalkan pengalaman baru kepada kami, yang paling penting banyak yang kami belajar di dalam menjayakan program yang saya kira program yang agak besar, apatah lagi melibatkan orang ternama iaitu abang-abang dari RABBANI Records.

Cabaran kepada kami apabila konsert ini diadakan di Stadium Melawati Shah Alam. Kerana memang bermasalah sekiranya kerusi di dalam stadium tidak dipenuhi oleh penonton semasa konsert nanti. Tetapi kerja n penat kami yang kami terima sangat kecil jika dibandingkan dengan MT konsert dan mereka yang seangkatan dengannya. Saya sangat kagum dengan mereka, tidak mengenal erti penat dan jemu. Walaupun ramai dikalangan mereka adalah muslimat, tetapi gerak kerja kadang-kadang mengalahkan muslimin, ini dari hasil pemerhatian saya. Dan mereka lakukan gerak kerja bukan kerana nama dan mahu dibayar, tetapi semata-mata kerana Allah, kerana ingin melihat Islam tersebar luas ke pelusuk dunia.

Konsert ini tidak akan berjaya tanpa bantuan dari Allah. Sangat luar biasa penonton yang hadir pada malam konsert itu berlangsung. Apa yang menarik ialah, konsert pada malam itu sarat dengan pengisian rohani juga pengkobaran semangat Jihad. Kerana bukan sekadar nasyid tetapi pentomin dan sesi muhasabah yang saya kira banyak memberi kesan kepada yang hadir.

Saya pun tidak pernah terbayang akan pentarbiahan yang sebegitu rupa di dalam konsert tersebut. Persembahan Shoutul Harokah memang tepat pada masanya, lagu yang dinyanyikan pengubat dan memberi semangat kepada sahabat-sahabat yang telah berjuang pada siang hari itu. Tahniah GAMIS kerana berani menganjurkan KAD'09 dan terima kasih RABBANI kerana tunjuk ajar yang diberikan. SYUKRAN YA ALLAH.

Moga konsert sebegini diteruskan. Tok Guru sudah menganjurkan di Kelantan, GAMIS telah menganjurkan di Selangor, Insya'Allah ianya akan disusuli oleh negeri yang lain. Moga laungan AllahuAkbar bergema di setiap tempat. Apa yang penting, perlu kuat dan berani dalam memperjuangkan ISLAM.

Koleksi Gambar KAD'09

Sunday, July 26, 2009

Jom Bersama Menjayakan KAD'09


Saksikan Pertemuan 4 Gergasi Nasyid

RABBANI RAIHAN HIJJAZ

SHOUTUL HAROKAH (Indonesia) NIBRAS (Mekah)


Dalam 'KONSERT ANTARA DUNIA' ATAU (KAD'09)


Anjuran Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) & Rabbani Production

Pada 1 OGOS 2009

7mlm-11mlm

Stadium Melawati Shah Alam

Dirasmikan Oleh : Ulama' Yang Disegani Dalam Atau Luar Negara..

Harga Tikit : Dewasa & Mahasiswa = RM 10
Kanak-kanak = RM 5
VIP = RM 50
2 VIP 4 Kanak-kanak = RM 100


Untuk Tempahan Sila Hubungi : Qahhar 019-6288614 , Anie 013-3796023

Karnival Jualan bermula 31 JULAI - 1 OGOS

Bawa bersama: Kawan-kawan, mak-abah, adik-kakak, atok-nenek, sedara-mara, jiran-jiran, murid-guru.

Monday, July 20, 2009

Peluang Dakwah Lebih Besar Melalui Konsert

Dakwah menjadi satu kewajiban ke atas setiap orang yang telah mengucap dua Kalimah Syahadah, Kerana Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Ali-Imran pada ayat 110;


yang bermaksud :

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang maruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."

Dakwah bukan suatu perkara yang kecil dan sempit, ramai yang menyangka dakwah tertumpu kepada majlis ilmu, kuliah, ceramah seperti yang diadakan di surau atau di masjid sahaja, malah bagi mereka hanya yang berjubah dan berkopiah sahaja yang perlu menjalankan amanah yang berat ini. Tetapi anggapan mereka salah kerana ayat di atas jelas menerangkan bahawa semua orang Islam perlu memikul amanah ini sama ada dalam keadaan susah atau senang. Juga dalam masa yang sama terus-menerus beriman kepada Allah.

Perlu kita ingat bahawa orang yang beriman atau mukmin berbeza dengan orang yang Islam atau muslim. Saya sudah menerangkan perkara ini pada penulisan yang sudah dan tentu sudah ramai yang memahaminya. Walau apa pun, sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa memang ada perbezaan antara mukmin dan muslim. Secara mudahnya orang yang hanya melakukan apa yang ternyata dalam rukun Islam dan tidak menerima apa yang terkandung dalam rukun Iman, maka dia hanya Muslim tetapi belum lagi Mukmin.

Cara atau method dakwah perlu pelbagai supaya Islam dapat tersebar kesegenap ruang yang ada dan meresap masuk kedalam hati setiap orang. Kadang-kadang kita terlalu memilih jenis dan watak seseorang itu untuk di dakwah dan yang lebih bermasalah lagi apabila kita menganggap orang yang telah berlumuran dengan maksiat ini sudah terlambat untuk di dakwah dan perlu dijauhi. Memang tidak dinafikan bahawa setiap daripada kita tidak mampu untuk mendekati semua jenis orang tetapi masih ada kaedah lain yang dapat membantu untuk dakwah itu tersebar.

Contohnya, sekiranya orang itu tidak suka ke masjid sudah tentu dakwah tidak akan sampai kepadanya sekiranya hanya mengadakan majlis ilmu di masjid walau pun setiap hari. Jadi, mereka ini perlu di dekati dengan cara berkunjung kerumahnya atau terus ke tempat yang biasa dikunjunginya. Dan banyak lagi cara yang boleh kita lakukan, tentu kalian sudah nampak langkah-langkahnya.

Jadi, apa yang saya ingin tekankan di sini ialah kita tidak boleh memandang ringan usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh mereka walau pun tidaklah seperti mana para alim ulama' berdakwah. Walau pun dia seorang petani atau nelayan, kerana hanya mereka yang memahami kehidupan sebagai petani dan nelayan. Begitu juga Yusuf Islam, berapa ramai yang memeluk Islam kerana dengan hanya mendengar lagunya.

Konsert berunsurkan dakwah juga merupakan penyumbang besar kepada dakwah dalam mengajak orang ramai mendekati Islam. Lagu Munajat dan Malam MilikKu yang telah di Nyanyikan oleh Rabbani telah menitiskan air mata non-muslim yang mendengarnya. Walau pun konsert hanya 3 hingga 4 jam berlangsung, tetapi kesannya lebih besar daripada ceramah selama seminggu jika caranya dan penyampaiannya betul-betul mengikut Islam.

Jadi bersama kita menyeru mereka yang suka kepada hiburan ini hadir ke konsert-konsert nasyid dan Islamic yang kita adakan. Hidayah milik Allah, tetapi kita yang perlu berusaha. Memang pedih dan banyak tribulasi dalam berdakwah, bersabarlah.

Sunday, July 12, 2009

Generasi Muda Islam Mampu Melakukan Perubahan



Ayuh bangkit Wahai Orang Muda!! Demi Islam Tercinta!!

Tuesday, June 23, 2009

Sistem Pendidikan Kita Mampu Melahirkan Pakar dan Cerdik Pandai

Pendidikan tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan. Sekiranya ianya berjauhan antara satu sama lain maka akan ada masalah pada kehidupan seseorang itu.

Memang benar, tanpa pendidikan pun seseorang itu boleh hidup tetapi sangat ketara perbezaannya. Sebagai contoh, Orang yang mendapat pendidikan berkaitan kedoktoran atau kejururawatan daripada seseorang yang pakar tentang ilmu perubatan tentu dia tahu bagaimana untuk merawat orang yang sakit. Berbeza dengan orang yang tidak mendapat pendidikan kedoktoran, dia tidak akan tahu bagaimana untuk merawat orang yang sakit apatah lagi jika melibatkan pembedahan. Nampakkan?

Kalau yang tadi tidak mendapat pendidikan langsung tetapi kali ini bagaimana pula kalau yang mendapat pendidikan daripada yang bukan pakar perubatan tetapi main logik akal je. Yang ini lagi bermasalah kerana kemungkinan dapat merawat orang yang sakit dan kemungkinan rawatannya akan menyebabkan pesakit terbunuh.

Saya ingin membawa anda untuk melihat kehidupan anak-anak dan remaja sekolah di negara kita hari ini. Apa yang kita lihat, kehidupan mereka mejoritinya tidak lagi menggambarkan seorang muslim. Jauh sekali sekiranya kita hendak lihat masyarakat muslim dalam sebuah negara yang katanya negara Islam. Walaupun mereka telah diberi pendidikan bermula dari umur 5 atau 6 tahun tetapi kes-kes gejala sosial dan jenyah semakin meningkat seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua polis negara baru-baru ini. Semacam ada yang tidak kena dengan pendidikan di sekolah-sekolah dalam negara kita hari ini.

Apa yang saya mahu tekankan pada penulisan saya kali ini adalah berkaitan pendidikan Islam dalam kehidupan masyarakat hari ini. Walaupun sudah ada mata pelajaran ini di sekolah menengah mahu pun di sekolah agama, namun ia seperti tidak memainkan peranan besar dalam kehidupan masyarakat hari ini. Kenapa begini? Adakah kerana pelajar sekadar belajar hanya untuk dibawa ke dalam peperiksaan sekolah, mereka tidak benar-benar mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam kehidupan harian. Namun mungkin juga masalah ini datang dari guru yang mengajar. Kebanyakan guru hari ini datang ke sekolah atas dasar disiplin sekolah yang mendesak mereka untuk datang, masuk kelas, habiskan silibus mata pelajaran kemudian siapkan laporan, pulang apabila tamat waktu sekolah dan terima gaji bila tiba masanya. Saya tidak maksudkan semua guru cuma sebilangan besar sahaja dan mereka mungkin tidak mendapat pendidikan untuk menjadi seorang guru yang bercirikan Islam.

Berbeza dengan guru-guru pondok dahulu apatah lagi yang bergelar tok guru. Mereka benar-benar mengamalkan disiplin ilmu yang berteraskan Islam dan mereka sangat disegani lagi dihormati oleh anak muridnya juga masyarakat sekeliling. Tetapi hari ini guru yang terpaksa senyap apabila murid bersuara dan yang lebih dasyat apabila sudah wujud gejala guru dibuli dan dibelasah oleh anak murid sendiri. Perkara ini bukan perkara yang remeh tetapi ia mengambarkan betapa negara akan mengalami kehancuran nilai-nilai kemanusian.

Oleh kerana itu, sesuatu perlu dilakukan untuk merawat masyarakat kita pada hari ini terutamanya golongan pelajar yang semakin parah kerana mereka bakal mengambil alih kepimpinan negara suatu masa nanti. Contoh yang saya bawa di awal tulisan saya iaitu hanya yang mencipta mampu membaiki ciptaannya. Maksudnya, hanya dengan pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah mampu menyelamatkan manusia dari kebinasaan.

Tapi ustaz, kenapa yang ambil pendidikan Islam pun 2x5 teruknya? Perubahan perlu dilakukan. Mungkin langkah pertama dengan mengkaji balik silibus yang terdapat dalam mata pelajaran pendidikan Islam itu. Kedua dengan sistem atau disiplin sekolah dengan sistem Islam. Seterusnya, semua mata pelajaran termasuk sains dan matematik perlu berkait langsung dengan ilmu Islam atau lebih tepat lagi proses pengajaran dan pembelajaran menyentuh isi kandungan al-Quran dan as-Sunnah. Cuba bayangkan sekiranya sistem pendidikan Islam dititik beratkan dalam sistem kehidupan, betapa saya merasakan harmoninya hidup. Gejala sosial dapat dapat dibanteras, jenayah dapat diatasi dan suasana pemelajaran sentiasa harmoni dan mendapat Rahmat dan Berkat. Maka akan tumbuhlah pakar-pakar dan cerdik pandai yang berakhlak Islamiah seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan. Wow, amat menarik sekali.!

Akhir kalam, bersama kita ke arah merejuvenasi pendidikan Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah ke arah impian yang telah saya pacakkan di atas.

Friday, June 12, 2009

Bidadari

Bidadari adalah wanita syurga yang disediakan sebagai ganjaran bagi hamba-hambaNya yang taat. Tiada kata seindah bahasa yang dapat menggambarkan kecantikan bidadari. Kejelitaannya tidak dapat dikiaskan dengan benda-benda di dunia ini. Keharumannya tidak ada menyamai sesuatu pun wangian yang ada di alam ini. Segala kenikmatan terkumpul di dalamnya yang tidak pernah terlintas di mata dan hati.

Bidadari salah satu perbendaharaan kenikmatan syurga yang ghaib dan misteri, namun ia wujud yang sentiasa menanti dan merindui para kekasihnya. Bidadari sebagai isteri yang suci, disudut matanya penuh keindahan, sebaya umurnya, sangat putih, cantik berseri wajahnya, gadis-gadis remaja dan sekiranya bidadari ini meludah di samudera nescaya airnya menjadi tawar, kerana tawarnya ludah bidadari. Begitulah keistimewaan bidadari yang Allah s.w.t janjikan bagi insan yang beriman.

Menikmati taman kenikmatan syurgawi merupakan impian setiap insan, kerana sesungguhnya tiada kenikmatan yang paling bermakna melainkan kenikmatan menghirup kebahagiaan di akhirat nanti. Semoga kita termasuk insan yang diredhaiNya, insya'Allah.

Friday, June 5, 2009

Tarbiah vs Hiburan

Mungkin tidak ramai yang biasa dengan istilah tarbiah kerana mungkin segolongan kecil sahaja yang memahaminya, apatah lagi yang bukan Islam. Berbeza dengan istilah hiburan kerana jarang-jarang dan kadang-kadang orang sahaja yang tidak mengetahuinya.

Tarbiah bermaksud pendidikan atau boleh juga dikatakan latihan. Bila disebut tarbiah islamiah ia menunjukkan pendidikan yang berteraskan islam. Bila disebut program tarbiah, maknanya ia bukan program yang biasa malah ia bermatlamatkan Islam dan bersumberkan islam. Program tarbiah untuk beri kesedaran, kefahaman dengan lebih terperinci tentang islam. Dan tarbiah ini suatu perkara yang menyusahkan dan membebankan.

Hiburan ialah perkara yang dapat menyenangkan hati. Maka ia lebih dekat dengan jiwa masyarakat kita pada hari ini. Tidak hairanlah kalau kanak-kanak 3 tahun pun dah pandai menyanyi dan menari apatah lagi orang tua. Ye lah, mana tidaknya buka sahaja tv penuh dengan hiburan apa lagi kalau pasang astro, macam-macam ada.

Apabila hiburan lebih banyak diberi berbanding tarbiah, maka akan timbul masalah dalam masyarakat kerana tarbiah sebagai batas atau pengawal yang mampu memimpin dalam diri masyarakat itu amat sedikit. Apa berlaku jika tiada pemimpin dalam negara, tentu negara akan kucar kacir kan? Jadi tarbiah perlu dilebihkan dalam diri masyarakat supaya mereka mampu mengawal hiburan, bukan hiburan yang akan mengawal mereka.

Benar, tidak semua hiburan itu tidak elok. Bak kata abang Raihan, 'berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah'. Yang saya maksudkan di sini ialah hiburan yang tiada menafaatnya malah mendatangkan mudharat kepada iman masyarakat. Makin berhibur makin susah untuk bersolat apakan lagi qiam, tidak punya waktu untuk membaca al-Quran, tidak pernah ambil tahu isu semasa, sehingga derhaka kepada ibu bapa, bercampur lelaki perempuan, makin berani mendedahkan aurat, dan macam-macam lagi kalau kita perhatikan. Kalau nak berhibur, biarlah yang dapat menambahkan keimanan, paling tidak pun dapat kebaikan bukannya mudharat.

Tarbiah boleh didapati dengan pelbagai cara. Majlis-majlis ilmu itu tarbiah, program islamic juga tarbiah. Yang menariknya bentuk tarbiah lebih kepada praktikal. Contohnya apabila kita hendak menunaikan solat di masjid, tetapi masjid itu jauh mungkin 15 atau 20 minit jika berjalan kaki, namun kita tetap berjalan kaki kerana tiada kenderaan maka itu merupakan tarbiah. Bila perkara yang susah itu selalu dilakukan maka ianya akan menjadi biasa. Qiam itu susah namun akan mampu kita lakukan bila ianya selalu diulang.

Apa yang saya ingin tekankan, tarbiah itu perlu samada kita yang mentarbiah mahupun kita yang ditarbiah.