Wednesday, June 22, 2011

Mata Wang Masa Depan


Wang atau duit merupakan satu benda yang bernilai bagi kebanyakan masyarakat kita hari ini. Boleh dikatakan "segalanya memerlukan wang". Tetapi sejauh manakah nilai dan harga bagi setiap wang yang ada ditangan kita hari ini?

Benar, jika setongkol wang kertas merah dicampak nescaya berebut manusia yang ingin mendapatkannya. Tetapi jika yang dicampak itu duit yang telah dikoyak-koyak, adakah manusia akan berebut seperti tadi? Mungkin tidak, kalau ada pun mungkin seorang atau dua yang akan mengambil bahagian. Kenapa? Ya, wangnya sudah dikoyak maka sudah tidak ada nilai lagi. Tapi boleh dicamtumkan dengan menggunakan pelekat plastik lutsinar. Ya, tapi cubalah pergi ke kedai atau pasar raya dan beli barang menggunakan wang itu. Kalau terima bertuah kamu, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mungkin semua atau sebilangan besar pasar raya atau kedai tidak mahu wang itu. Lihat, nilainya sudah tiada.

Bukan saya reka cerita tetapi saya pernah laluinya sendiri dimana saya ingin membayar minyak di Petronas dan wang RM5 saya koyak sedikit lalu diminta wang yang lain, tidak mahu wang yang koyak walaupun itu dilihat sebagai wang. Jadi, usah bangga kalau punya wang banyak tetapi koyak. Mungkin gurauan, tetapi hakikatnya benar.

Habis tu macam mana sekarang? Kebimbangan dan kesedaran ini yang patut ada pada diri kita sekarang. Kesedaran perlu ada tindakan susulan, dan kita beruntung hari ini kerana sudah ada pihak yang berusaha untuk keluar dari permasalahan ini. Dengan mengeluarkan mata wang dinar dan dirham khususnya di Kelantan.

Apa itu Dinar dan apa itu Dirham? Dinar ialah koin emas syariah yang mana berat untuk 1 Dinar ialah 4.25g emas berketulenan 22k (91.7%). Manakala Dirham itu koin perak syariah seberat 2.975g untuk 1 Dirham perak tulen (99.9%). Satu mata wang yang benar-benar bernilai kerana ianya bukan kertas ataupun seperti syiling yang kita guna sekarang sebaliknya ketulan emas dan perak. Jika pecah berkecai pun masih bernilai untuk dijual atau digadai.

Perkataan Dinar dan Dirham sebenarnya tidak asing bagi kita umat Islam kerana ianya disebut di dalam al-Quran, lihatlah Surah Ali-Imran ayat 75 dan Surah Yusof ayat 20. Dan menarik tentang Dinar dalam hadis Rasulullah S.A.W, hadis daripada Urwah bin Abi Al-Ja'd Al-Bariqi, beliau berkata : "Sesungguhnya Nabi S.A.W memberinya 1 dinar untuk membeli seekor kambing, lalu dia membeli untuk Nabi S.A.W. dua kambing dengan wang tersebut. Maka ia jual seekor dengan harga 1 Dinar dan membawa 1 ekor kambing dan 1 Dinar kepada Nabi S.A.W. Lalu Nabi S.A.W. mendoakannya: "Dia (Urwah ini), seandainya membeli debu tentu akan untung juga."" Hadis riwayat Abu Daud dan Tarmizi.

Berdasarkan kisah dalam hadis tersebut, Nabi S.A.W membeli seekor kambing dengan 1 Dinar dizamannya dan 1 Dinar yang sama juga boleh digunakan untuk membeli seekor kambing. Mata wang yang inflasinya sifar, berbanding dengan mata wang kita sekarang sekiranya Nabi S.A.W dapat membeli seekor kambing dengan RM10 dizamannya, nescaya dengan nilai RM10 yang sama kita tidak dapat untuk membeli seekor kambing kerana kambing dizaman kita mungkin hanya dapat dibeli dengan harga RM700 seekor. Kalian nampak kelebihannya? Jelas sekali.

Sudah tiba masanya untuk kita menembalikan mata wang syariah dalam kehidupan kita. Bukan bergantung kepada mata wang dunia yang penuh dengan muslihat pihak tertentu yang sengaja mencipta wang kertas yang tidak ada nilai langsung sebenarnya. Walaupun penggunaannya masih lagi tidak meluas dalam negara kita tetapi yakinlah bahawa ianya akan menjadi mata wang utama negara dan dunia pada masa akan datang.


Untuk maklumat tentang Dinar dan Dirham boleh ke :
http://islamicmint.com.my/Linkatau search je Dinar atau Dinar Kelantan untuk maklumat lebih.