Sunday, December 13, 2009

Suburkan Kembali Ruh Jihad Dalam Jiwa Umat Islam

Selagi mana semangat Jihad tidak ada dalam jiwa kita, selagi itu Islam tidak akan menang dan selagi itu Palestine tidak akan menjadi milik kita.

Kenyataan di atas berdasarkan fakta sejarah:

1- Kedudukan Islam teguh di Madinah ketika mana Nabi Muahammad menjadi pemimpin di negara tersebut. Penduduk Madinah dan para sahabat mendapat tarbiah terus dari Nabi dan dibekalkan semangat juang yang tinggi sehingga dapat mempertahankan Madinah dari ancaman musuh. Sehingga Kota Makkah dapat dibuka dan dikuasai oleh orang
Islam.

2- Islam dapat ber
kembang ke negara-negara besar iaitu Rom dan Farsi kerana tentera Islam mampu berhadapan dan menewaskan tentera negara tersebut pada zaman Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar.

3- Sultan Salahuddin Al-Ayubi dapat merebut kembali Jurusalem dari cengkaman tentera Salib pada tahun 1193.

4- Pembukaan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya pada 29 Mei 1453.





Umat Islam perlu memiliki Ruh seperti mereka. Jangan sampai musuh islam terus menyutik racun perosak ke dalam tubuh badan kita melalui hiburan, gaya hidup, dan makanan. Kita kesuntukan masa, kesedaran perlu diberi segera kepada mereka yang masih terlena dengan mainan musuh-musuh Islam. Ayuh! Bangkitlah wahai umat Islam!!!

"Mempersiapkan Umat Menghadapi Era Imprealisme Baru"



Sempena kunjungan Dr. Wahbah al-Zuhaili ke Malaysia maka SHURA akan mengadakan pada 23 December 2009 ini di Bangunan Perpustakaan negeri Selangor suatu program penting iaitu "Persidangan Meja Bulat Pimpinan NGO Islam.

Dr Wahbah akan membentangkan kertas kerja penting bertajuk: "Mempersiapkan Umat Menghadapi Era Imprealisme Baru"

Tuesday, August 18, 2009

Ahlan Wasahlan Yaa Romadhaan..

Moga kita dapat tidak membiarkan Ramadhan kali ini berlalu dengan begitu sahaja.
Ajal maut di tangan Allah. Kita tidak tahu bila nyawa kita akan ditarik.
Beramal ibadatlah sebaik mungkin. Moga segala amal yang kita lakukan diterima Allah.




Bersemangatlah kalian seperti mana semangat dan keyakinan yang telah ditunjukkan oleh orang Islam terdahulu yang yakin dengan perjuangan Islam.

Hidup Mulia Atau Mati Sebagai Syuhada'

Monday, August 10, 2009

Mungkin Manusia Labih Teruk Dari Anjing

Subhanallah.. Anjing pun tahu jawab Azan. Kita pun kadang-kadang susah hendak jawab Azan, bukan sahaja malas nak jawab tetapi bukan main rancak lagi bersembang.

Astagfirullah.. Bukan saya nak kata kat sape-sape pun, tetapi sebagai peringatan kepada diri dan anda semua.

Mau ngak kita berubah kepada yang lebih baik. Moga hari ini lebih elok dari semalam, yuk.



Sungguh comel bila dia jawab Azan..

Thursday, August 6, 2009

Jangan Terlalu Asyik Dengan Keseronokan Dunia

Terima Kasih Allah.!!

Alhamdulillah, syukur kepada Dia yang masih memberi peluang kepada saya dan kalian untuk hidup di atas muka bumi yang hanya sementara ini. Syukur juga di atas nikmat yang dikurniakan kepada kita semua, tidak putus-putus nikmatNya, Terima Kasih Allah..

Sudah lama rasanya tidak bertemu kalian di alam maya ini. Bukan tidak mahu, tetapi akibat kekangan waktu, bukan bermaksud saya menyalahkan waktu, tetapi menunjukkan betapa terbatas dan lemahnya kita selaku hamba kepada Dia.

Semoga kalian sihat. Kepada yang kurang sihat, bersyukurlah kerana Allah ingin memberi kebaikan kepada kalian. Bila Allah ingin memberi kebaikan, maka Dia akan uji kalian. Betapa berungtung mereka yang bersabar apabila didatangi ujian atau musibah. Sebenarnya Allah sangat sayang kepada kita selaku hambaNya.

Saya dan beberapa orang sahabat berpeluang melalui kerja yang memenatkan tetapi sangat menyeronokkan. Ya, Konsert Antara Dunia membekalkan pengalaman baru kepada kami, yang paling penting banyak yang kami belajar di dalam menjayakan program yang saya kira program yang agak besar, apatah lagi melibatkan orang ternama iaitu abang-abang dari RABBANI Records.

Cabaran kepada kami apabila konsert ini diadakan di Stadium Melawati Shah Alam. Kerana memang bermasalah sekiranya kerusi di dalam stadium tidak dipenuhi oleh penonton semasa konsert nanti. Tetapi kerja n penat kami yang kami terima sangat kecil jika dibandingkan dengan MT konsert dan mereka yang seangkatan dengannya. Saya sangat kagum dengan mereka, tidak mengenal erti penat dan jemu. Walaupun ramai dikalangan mereka adalah muslimat, tetapi gerak kerja kadang-kadang mengalahkan muslimin, ini dari hasil pemerhatian saya. Dan mereka lakukan gerak kerja bukan kerana nama dan mahu dibayar, tetapi semata-mata kerana Allah, kerana ingin melihat Islam tersebar luas ke pelusuk dunia.

Konsert ini tidak akan berjaya tanpa bantuan dari Allah. Sangat luar biasa penonton yang hadir pada malam konsert itu berlangsung. Apa yang menarik ialah, konsert pada malam itu sarat dengan pengisian rohani juga pengkobaran semangat Jihad. Kerana bukan sekadar nasyid tetapi pentomin dan sesi muhasabah yang saya kira banyak memberi kesan kepada yang hadir.

Saya pun tidak pernah terbayang akan pentarbiahan yang sebegitu rupa di dalam konsert tersebut. Persembahan Shoutul Harokah memang tepat pada masanya, lagu yang dinyanyikan pengubat dan memberi semangat kepada sahabat-sahabat yang telah berjuang pada siang hari itu. Tahniah GAMIS kerana berani menganjurkan KAD'09 dan terima kasih RABBANI kerana tunjuk ajar yang diberikan. SYUKRAN YA ALLAH.

Moga konsert sebegini diteruskan. Tok Guru sudah menganjurkan di Kelantan, GAMIS telah menganjurkan di Selangor, Insya'Allah ianya akan disusuli oleh negeri yang lain. Moga laungan AllahuAkbar bergema di setiap tempat. Apa yang penting, perlu kuat dan berani dalam memperjuangkan ISLAM.

Koleksi Gambar KAD'09

Sunday, July 26, 2009

Jom Bersama Menjayakan KAD'09


Saksikan Pertemuan 4 Gergasi Nasyid

RABBANI RAIHAN HIJJAZ

SHOUTUL HAROKAH (Indonesia) NIBRAS (Mekah)


Dalam 'KONSERT ANTARA DUNIA' ATAU (KAD'09)


Anjuran Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) & Rabbani Production

Pada 1 OGOS 2009

7mlm-11mlm

Stadium Melawati Shah Alam

Dirasmikan Oleh : Ulama' Yang Disegani Dalam Atau Luar Negara..

Harga Tikit : Dewasa & Mahasiswa = RM 10
Kanak-kanak = RM 5
VIP = RM 50
2 VIP 4 Kanak-kanak = RM 100


Untuk Tempahan Sila Hubungi : Qahhar 019-6288614 , Anie 013-3796023

Karnival Jualan bermula 31 JULAI - 1 OGOS

Bawa bersama: Kawan-kawan, mak-abah, adik-kakak, atok-nenek, sedara-mara, jiran-jiran, murid-guru.

Monday, July 20, 2009

Peluang Dakwah Lebih Besar Melalui Konsert

Dakwah menjadi satu kewajiban ke atas setiap orang yang telah mengucap dua Kalimah Syahadah, Kerana Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Ali-Imran pada ayat 110;


yang bermaksud :

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang maruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik."

Dakwah bukan suatu perkara yang kecil dan sempit, ramai yang menyangka dakwah tertumpu kepada majlis ilmu, kuliah, ceramah seperti yang diadakan di surau atau di masjid sahaja, malah bagi mereka hanya yang berjubah dan berkopiah sahaja yang perlu menjalankan amanah yang berat ini. Tetapi anggapan mereka salah kerana ayat di atas jelas menerangkan bahawa semua orang Islam perlu memikul amanah ini sama ada dalam keadaan susah atau senang. Juga dalam masa yang sama terus-menerus beriman kepada Allah.

Perlu kita ingat bahawa orang yang beriman atau mukmin berbeza dengan orang yang Islam atau muslim. Saya sudah menerangkan perkara ini pada penulisan yang sudah dan tentu sudah ramai yang memahaminya. Walau apa pun, sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa memang ada perbezaan antara mukmin dan muslim. Secara mudahnya orang yang hanya melakukan apa yang ternyata dalam rukun Islam dan tidak menerima apa yang terkandung dalam rukun Iman, maka dia hanya Muslim tetapi belum lagi Mukmin.

Cara atau method dakwah perlu pelbagai supaya Islam dapat tersebar kesegenap ruang yang ada dan meresap masuk kedalam hati setiap orang. Kadang-kadang kita terlalu memilih jenis dan watak seseorang itu untuk di dakwah dan yang lebih bermasalah lagi apabila kita menganggap orang yang telah berlumuran dengan maksiat ini sudah terlambat untuk di dakwah dan perlu dijauhi. Memang tidak dinafikan bahawa setiap daripada kita tidak mampu untuk mendekati semua jenis orang tetapi masih ada kaedah lain yang dapat membantu untuk dakwah itu tersebar.

Contohnya, sekiranya orang itu tidak suka ke masjid sudah tentu dakwah tidak akan sampai kepadanya sekiranya hanya mengadakan majlis ilmu di masjid walau pun setiap hari. Jadi, mereka ini perlu di dekati dengan cara berkunjung kerumahnya atau terus ke tempat yang biasa dikunjunginya. Dan banyak lagi cara yang boleh kita lakukan, tentu kalian sudah nampak langkah-langkahnya.

Jadi, apa yang saya ingin tekankan di sini ialah kita tidak boleh memandang ringan usaha-usaha dakwah yang dilakukan oleh mereka walau pun tidaklah seperti mana para alim ulama' berdakwah. Walau pun dia seorang petani atau nelayan, kerana hanya mereka yang memahami kehidupan sebagai petani dan nelayan. Begitu juga Yusuf Islam, berapa ramai yang memeluk Islam kerana dengan hanya mendengar lagunya.

Konsert berunsurkan dakwah juga merupakan penyumbang besar kepada dakwah dalam mengajak orang ramai mendekati Islam. Lagu Munajat dan Malam MilikKu yang telah di Nyanyikan oleh Rabbani telah menitiskan air mata non-muslim yang mendengarnya. Walau pun konsert hanya 3 hingga 4 jam berlangsung, tetapi kesannya lebih besar daripada ceramah selama seminggu jika caranya dan penyampaiannya betul-betul mengikut Islam.

Jadi bersama kita menyeru mereka yang suka kepada hiburan ini hadir ke konsert-konsert nasyid dan Islamic yang kita adakan. Hidayah milik Allah, tetapi kita yang perlu berusaha. Memang pedih dan banyak tribulasi dalam berdakwah, bersabarlah.

Sunday, July 12, 2009

Generasi Muda Islam Mampu Melakukan Perubahan



Ayuh bangkit Wahai Orang Muda!! Demi Islam Tercinta!!

Tahniah Anak Muda


Tahniah buat Gabungan Mahasiswa ISlam SeMalaysia (GAMIS) kerana berjaya menganjurkan Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-SPIN'09) dengan kehadiran seramai lebih 300 orang peserta dari pelbagai agensi dan tempat. Kongres ini telah dirasmikan oleh YB. Dato Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor) dan walau pun kongres ini berlangsung di Muzium Sultan Shah Alam namun ia tidak bermaksud hasil atau resolusi daripada kongres ini akan menjadi barang pameran di muzium tersebut tetapi akan dan mampu memeberi suntikan baru kepada sistem pendidikan di Malaysia.

Semangat yang ditunjukkan oleh pimpinan gamis dan pelaksana kongres membuktikan bahawa mereka benar-benar ikhlas berjuang untuk menyelamatkan generasi masyarakat Malaysia yang mengikuti sistem pembelajaran sekarang ini. Kerana setiap daripada kita sudah semestinya dapat melihat lihat dengan mata kepala kita sendiri apa yang telah berlaku ke atas masysrakat sekarang khususnya remaja-remaja yang masih di alam persekolahan. Walau pun pelbagai halangan dan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh mereka beberapa bulan sebelum terlaksananya kongres ini dengan beberapa pihak yang tidak mahu memberi kerjasama malah terdapat beberapa siri untuk menggagalkan kongres yang murni ini. Namun halangan-halangan yang datang berjaya di atasi dengan pertolongan daripada Allah S.W.T.

Semoga mereka dapat merialisasikan resolusi yang telah disepakati oleh mejoriti yang hadir. Malah sebenarnya tugas ini ialah tugas kita bersama dalam memastikan Sistem Pendidikan di negara kita akan berubah kepada sistem yang Islamic, Insya'Allah. Moga generasi yang bakal memimpin negara ini ialah mereka yang mendapat pendidikan atau tarbiah Islam yang sebenar.

Islam memimpin perubahan.

Tuesday, June 23, 2009

Sistem Pendidikan Kita Mampu Melahirkan Pakar dan Cerdik Pandai

Pendidikan tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan. Sekiranya ianya berjauhan antara satu sama lain maka akan ada masalah pada kehidupan seseorang itu.

Memang benar, tanpa pendidikan pun seseorang itu boleh hidup tetapi sangat ketara perbezaannya. Sebagai contoh, Orang yang mendapat pendidikan berkaitan kedoktoran atau kejururawatan daripada seseorang yang pakar tentang ilmu perubatan tentu dia tahu bagaimana untuk merawat orang yang sakit. Berbeza dengan orang yang tidak mendapat pendidikan kedoktoran, dia tidak akan tahu bagaimana untuk merawat orang yang sakit apatah lagi jika melibatkan pembedahan. Nampakkan?

Kalau yang tadi tidak mendapat pendidikan langsung tetapi kali ini bagaimana pula kalau yang mendapat pendidikan daripada yang bukan pakar perubatan tetapi main logik akal je. Yang ini lagi bermasalah kerana kemungkinan dapat merawat orang yang sakit dan kemungkinan rawatannya akan menyebabkan pesakit terbunuh.

Saya ingin membawa anda untuk melihat kehidupan anak-anak dan remaja sekolah di negara kita hari ini. Apa yang kita lihat, kehidupan mereka mejoritinya tidak lagi menggambarkan seorang muslim. Jauh sekali sekiranya kita hendak lihat masyarakat muslim dalam sebuah negara yang katanya negara Islam. Walaupun mereka telah diberi pendidikan bermula dari umur 5 atau 6 tahun tetapi kes-kes gejala sosial dan jenyah semakin meningkat seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua polis negara baru-baru ini. Semacam ada yang tidak kena dengan pendidikan di sekolah-sekolah dalam negara kita hari ini.

Apa yang saya mahu tekankan pada penulisan saya kali ini adalah berkaitan pendidikan Islam dalam kehidupan masyarakat hari ini. Walaupun sudah ada mata pelajaran ini di sekolah menengah mahu pun di sekolah agama, namun ia seperti tidak memainkan peranan besar dalam kehidupan masyarakat hari ini. Kenapa begini? Adakah kerana pelajar sekadar belajar hanya untuk dibawa ke dalam peperiksaan sekolah, mereka tidak benar-benar mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam kehidupan harian. Namun mungkin juga masalah ini datang dari guru yang mengajar. Kebanyakan guru hari ini datang ke sekolah atas dasar disiplin sekolah yang mendesak mereka untuk datang, masuk kelas, habiskan silibus mata pelajaran kemudian siapkan laporan, pulang apabila tamat waktu sekolah dan terima gaji bila tiba masanya. Saya tidak maksudkan semua guru cuma sebilangan besar sahaja dan mereka mungkin tidak mendapat pendidikan untuk menjadi seorang guru yang bercirikan Islam.

Berbeza dengan guru-guru pondok dahulu apatah lagi yang bergelar tok guru. Mereka benar-benar mengamalkan disiplin ilmu yang berteraskan Islam dan mereka sangat disegani lagi dihormati oleh anak muridnya juga masyarakat sekeliling. Tetapi hari ini guru yang terpaksa senyap apabila murid bersuara dan yang lebih dasyat apabila sudah wujud gejala guru dibuli dan dibelasah oleh anak murid sendiri. Perkara ini bukan perkara yang remeh tetapi ia mengambarkan betapa negara akan mengalami kehancuran nilai-nilai kemanusian.

Oleh kerana itu, sesuatu perlu dilakukan untuk merawat masyarakat kita pada hari ini terutamanya golongan pelajar yang semakin parah kerana mereka bakal mengambil alih kepimpinan negara suatu masa nanti. Contoh yang saya bawa di awal tulisan saya iaitu hanya yang mencipta mampu membaiki ciptaannya. Maksudnya, hanya dengan pendidikan yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah mampu menyelamatkan manusia dari kebinasaan.

Tapi ustaz, kenapa yang ambil pendidikan Islam pun 2x5 teruknya? Perubahan perlu dilakukan. Mungkin langkah pertama dengan mengkaji balik silibus yang terdapat dalam mata pelajaran pendidikan Islam itu. Kedua dengan sistem atau disiplin sekolah dengan sistem Islam. Seterusnya, semua mata pelajaran termasuk sains dan matematik perlu berkait langsung dengan ilmu Islam atau lebih tepat lagi proses pengajaran dan pembelajaran menyentuh isi kandungan al-Quran dan as-Sunnah. Cuba bayangkan sekiranya sistem pendidikan Islam dititik beratkan dalam sistem kehidupan, betapa saya merasakan harmoninya hidup. Gejala sosial dapat dapat dibanteras, jenayah dapat diatasi dan suasana pemelajaran sentiasa harmoni dan mendapat Rahmat dan Berkat. Maka akan tumbuhlah pakar-pakar dan cerdik pandai yang berakhlak Islamiah seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan. Wow, amat menarik sekali.!

Akhir kalam, bersama kita ke arah merejuvenasi pendidikan Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah ke arah impian yang telah saya pacakkan di atas.

Saturday, June 13, 2009

Serangan Melampau

Serangan yang dilakukan ke atas jemaah yang sedang mengerjakan solat di masjid baru-baru ini boleh saya katakan serangan yang melampau. Sudah lama berlaku pergolakan di Selatan Thailand tetapi kali ini mereka yang tidak punyai perasaan sanggup menjadikan masjid sebagai tempat serangan, tidak ubah seperti zionis Israel lakukan terhadap penduduk islam di Palastin.

Sebagai umat islam, kita amat bersimpati di atas kejadian yang menimpa umat islam si seberang sana. Umat Islam di Selatan Thailand juga merupakan saudara kita sama seperti saudara kita di Palastin. Bantulah saudara kita, paling tidak pun kita mampu berdoa untuk keselamatan mereka. Saya memuji Gerakan Islam di Malaysia, apabila pemimpinnya Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyatakan, "PAS bersedia untuk memainkan peranan penting untuk menyelesaikan konflik di Selatan Thailand jika mendapat jemputan".

Selatan Thailand bergolak lagi pada 9 Jun lalu bila 11 jemaah ditembak ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, Sungai Golok kira-kira pukul 8.50 malam (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.

Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.

Kami pemuda Islam Malaysia mengutuk tindakan kejam pengganas ke atas umat Islam di Selatan Thailand.

Friday, June 12, 2009

Bidadari

Bidadari adalah wanita syurga yang disediakan sebagai ganjaran bagi hamba-hambaNya yang taat. Tiada kata seindah bahasa yang dapat menggambarkan kecantikan bidadari. Kejelitaannya tidak dapat dikiaskan dengan benda-benda di dunia ini. Keharumannya tidak ada menyamai sesuatu pun wangian yang ada di alam ini. Segala kenikmatan terkumpul di dalamnya yang tidak pernah terlintas di mata dan hati.

Bidadari salah satu perbendaharaan kenikmatan syurga yang ghaib dan misteri, namun ia wujud yang sentiasa menanti dan merindui para kekasihnya. Bidadari sebagai isteri yang suci, disudut matanya penuh keindahan, sebaya umurnya, sangat putih, cantik berseri wajahnya, gadis-gadis remaja dan sekiranya bidadari ini meludah di samudera nescaya airnya menjadi tawar, kerana tawarnya ludah bidadari. Begitulah keistimewaan bidadari yang Allah s.w.t janjikan bagi insan yang beriman.

Menikmati taman kenikmatan syurgawi merupakan impian setiap insan, kerana sesungguhnya tiada kenikmatan yang paling bermakna melainkan kenikmatan menghirup kebahagiaan di akhirat nanti. Semoga kita termasuk insan yang diredhaiNya, insya'Allah.

Friday, June 5, 2009

Tarbiah vs Hiburan

Mungkin tidak ramai yang biasa dengan istilah tarbiah kerana mungkin segolongan kecil sahaja yang memahaminya, apatah lagi yang bukan Islam. Berbeza dengan istilah hiburan kerana jarang-jarang dan kadang-kadang orang sahaja yang tidak mengetahuinya.

Tarbiah bermaksud pendidikan atau boleh juga dikatakan latihan. Bila disebut tarbiah islamiah ia menunjukkan pendidikan yang berteraskan islam. Bila disebut program tarbiah, maknanya ia bukan program yang biasa malah ia bermatlamatkan Islam dan bersumberkan islam. Program tarbiah untuk beri kesedaran, kefahaman dengan lebih terperinci tentang islam. Dan tarbiah ini suatu perkara yang menyusahkan dan membebankan.

Hiburan ialah perkara yang dapat menyenangkan hati. Maka ia lebih dekat dengan jiwa masyarakat kita pada hari ini. Tidak hairanlah kalau kanak-kanak 3 tahun pun dah pandai menyanyi dan menari apatah lagi orang tua. Ye lah, mana tidaknya buka sahaja tv penuh dengan hiburan apa lagi kalau pasang astro, macam-macam ada.

Apabila hiburan lebih banyak diberi berbanding tarbiah, maka akan timbul masalah dalam masyarakat kerana tarbiah sebagai batas atau pengawal yang mampu memimpin dalam diri masyarakat itu amat sedikit. Apa berlaku jika tiada pemimpin dalam negara, tentu negara akan kucar kacir kan? Jadi tarbiah perlu dilebihkan dalam diri masyarakat supaya mereka mampu mengawal hiburan, bukan hiburan yang akan mengawal mereka.

Benar, tidak semua hiburan itu tidak elok. Bak kata abang Raihan, 'berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah'. Yang saya maksudkan di sini ialah hiburan yang tiada menafaatnya malah mendatangkan mudharat kepada iman masyarakat. Makin berhibur makin susah untuk bersolat apakan lagi qiam, tidak punya waktu untuk membaca al-Quran, tidak pernah ambil tahu isu semasa, sehingga derhaka kepada ibu bapa, bercampur lelaki perempuan, makin berani mendedahkan aurat, dan macam-macam lagi kalau kita perhatikan. Kalau nak berhibur, biarlah yang dapat menambahkan keimanan, paling tidak pun dapat kebaikan bukannya mudharat.

Tarbiah boleh didapati dengan pelbagai cara. Majlis-majlis ilmu itu tarbiah, program islamic juga tarbiah. Yang menariknya bentuk tarbiah lebih kepada praktikal. Contohnya apabila kita hendak menunaikan solat di masjid, tetapi masjid itu jauh mungkin 15 atau 20 minit jika berjalan kaki, namun kita tetap berjalan kaki kerana tiada kenderaan maka itu merupakan tarbiah. Bila perkara yang susah itu selalu dilakukan maka ianya akan menjadi biasa. Qiam itu susah namun akan mampu kita lakukan bila ianya selalu diulang.

Apa yang saya ingin tekankan, tarbiah itu perlu samada kita yang mentarbiah mahupun kita yang ditarbiah.

Monday, May 18, 2009

Laungan Takbir Meruntuhkan Dinding Kota

Abu Ubaidah al-Jarrah dan pasukan tenteranya sampai ke pinggir kota Hims. Mereka dapati benteng kota itu dikawal ketat beribu-ribu tentera Rom. Abu Ubaidah al-Jarrah mendapat tahu, Raja Kaisar Herculis sudah berpindah ke kota Antakia. Walaupun raja Rom itu sudah berpindah, Abu Ubaidah tetap berazam mahu menakluk kota Hims kerana itu arahan daripada Khalidah Umar al-Khatab. Beliau memerintahkan tenteranya berkhemah di luar kota.

Ketika itu musim sejuk. Kesejukan hingga mencengkam ke tulang. Tentera Islam hanya berbaju nipis dan berselipar. Mereka menderita kesejukan. Keadaan bertambah parah apabila malam menjelma. Hanya unggun api dapat memanaskan tubuh mereka yang kesejukan. Ramai antara mereka yang mengalami kekejangan otot akibat kesejukan. Namun keadaan itu tidak sedikit pun menggugat ketabahan mereka supaya terus bertahan.

Panglima Vartanius memerhati ke luar kota. Dia terkejut walaupun cuaca sejuk melanda. Dia hairan melihat keadaan tentera Islam. Mereka masih bertahan dalam kesejukan tanpa pakaian yang lengkap serta tiada apa yang dapat memanaskan badan kecuali unggun api yang hanya dipasang pada waktu malam. Sedangkan tentera Rom memakai kasut but, ramai antaranya yang tercabut jari kaki akibat kesejukan melampau.

Walaupun keadaan tentera Islam yang serba kekurangan, dengan kekuatan yang dikurniakan oleh Allah mereka masih mampu bertempur dengan tentera bantuan yang dihantar oleh Raja Kaisar Herculis. Pertempuran yang berlaku di luar kota Hims itu berakhir dengan kemenangan kepada tentera Islam. Panglima Vartanius memgambil keputusan untuk meninggalkan kota Hims dan mengarahkan pasukannya berundur ke kota Aleppo kerana yakin bahawa mereka akan terbunuh sekiranya masih mahu bertahan di dalam kota tersebut.

Di dalam kota Hims, masih ramai penduduk serta tentera Rom yang sedang bertahan di situ. Mereka bimbang tentera Islam dapat memasuki ke dalam kota itu lalu mengunci pintu kota dengan lebih kuat. Kemudian mereka berlindung di dalam gereja-gereja sambil ditenangkan oleh paderi-paderi. Keadaan di luar kota membimbangkan penduduk kota Hims. Mereka semakin diburu ketakutan apabila mereka mengetahui pasukan tentera Rom tewas dan Panglima Vartanius melarikan diri ke kota Aleppo. Kini, kota Hims diibaratkan seperti kapal tanpa nahkoda. Tentera Rom yang mengunci diri di dalam rumah dan gereja, enggan membukanya.

Walaupun tentera Islam sudah dapat mengalahkan tentera Rom yang mempertahankan kota Hims tetapi masih tidak dapat memasuki kota tersebut. Setelah perbincangan dibuat bersama panglima-panglima yang ada termasuk Khalid bin Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah mencadangkan supaya mereka memohon kepada Allah.

Malam itu selepas solat isyak, Abu Ubaidah al-Jarrah bersama tentera Islam melakukan sembahyang hajat di luar kota Hims. Kemudian mereka bertakbir beramai-ramai. Suara takbir bergema ke angkasa. Menakutkan tentera Rom yang berlindung di dalam kota. Tentera Islam terus bertakbir sambil memohon ditunjukkan jalan bagi memasuki kota Hims.

Dengan kehendak Allah. Berlaku gegaran sehingga kota Hims bergegar. Tentera Islam terus bertakbir dan gegaran itu terasa semakin kuat. Di dalam kota Hims, keadaan pada masa itu menjadi kelam-kabut dan tunggang-langgang. Orang ramai bertempiaran lari kerana takut. Tentera Islam pula menganggap itu adalah pertolongan daripada Allah lalu terus melaung takbir sepenuh hati.

Gegaran bertambah kuat dan akhirnya dinding kota itu runtuh. Tentera Islam yang menyaksikan kejadiam itu memuji kekuasaan Allah yang ditunjukkan kuasa-Nya yang maha hebat. Habuk debu berterbangan hingga tidak dapat melihat antara satu sama lain. Apabila keadaan menjadi seperti sediakala, tentera Islam segera memasuki kota Hims.

Ramai tentera Rom terkorban kerana tidak sempat melarikan diri semasa berada di atas benteng kota. Manakala tentera yang masih hidup menyerah diri. Kebanyakan mereka masih terkejut dan takut dengan peristiwa yang baru berlaku. Jerit-pekik dan tangis wanita serta kanak-kanak menguasai kota yang sudah runtuh. Orang ramai mulai mencari adik-beradik dan saudara-mara yang tertimbus di bawah runtuhan rumah dan juga kota. Malam yang gelap menyukarkan pencarian mangsa-mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan kota. Kerja-kerja itu dihentikan dan disambung keesokan hari.

"Maha suci Allah! Sesungguhnya ini kejadian luar biasa. Sangat luar biasa," kata Amru yang masih tergamam.

"Sesungguhnya Allah tidak mempersiakan doa yang kita pohon. Alhamdulillah, akhirnya kota Hims berjaya kita takluk dengan kekuasaan-Nya. Sesunggugnya tiada seorang manusia yang dapat menandingi kekuasaan dan kehebatanNya. Sekiranya ada yang menidakkan, dia manusia yang dilaknat Allah. Nauzubillah," ungkap Abu Ubaidah penuh bermakna.

Wednesday, April 29, 2009

Aku Kagum Dengan Dia

Assalamu'alaikum.. Semoga Allah terus merahmati kita semua. Sudah lama rasanya tidak tidak menulis, sehari seperti seminggu dan seminggu seperti sebulan.

Hari ini perasaanku berjaya mendesakku untuk menulis tentang peristiwa yang aku temui 5 hari yang lalu. Sebenarnya, aku enggan menceritakannya di dalam blog ini. Tetapi dengan perkongsian ini dapat meningkatkan iman kita.



Kedengaran suara seorang perempuan Indonesia meminta tolong dari luar masjid. Suara itu memecahkan suasana pagi juga mengejutkan mereka yang berada di dalam masjid itu.

Memang menjadi kebiasaan setiap pagi selepas waktu subuh, ada la beberapa orang pak cik yang meluangkan waktu untuk membaca Kitab Suci Al-Quran dan juga bertafakur serta memuji Allah. Mereka segera mendapatkan suara itu untuk mengetahui apa yang berlaku.

Aku juga terus bangun dan segera ke arah suara itu muncul. Entah kenapa tiba-tiba saja hatiku rasa kurang enak. Masya'Allah, aku terkejut melihat seorang lelaki yang berdarah di kepala dan juga perutnya yang sudah dibalut dengan bajunya sendiri. Lelaki indonesia itu ialah suami kepada perempuan yang meminta tolong sebentar tadi.

''Suami saya ditikam orang, tolong pak, hantarkan ke hospital.'' Beritahu isteri lelaki tersebut sambil menangis.
''Kami nak pergi kerja.Tadi ada 4 orang india belasah seorang lelaki cina, saya berhenti la tanya apa hal? Tiba-tiba mereka besah saya, mereka pukul kepala saya dengan botol dan tikam perut saya dengan botol tadi yang sudah pecah.'' sambung lelaki itu sambil tangannya menutup luka diperutnya daripada lebih banyak darah yang keluar.

''Cepat la hantar dia ke hospital, dah banyak darah yang keluar tu.'' Rayu isterinya kepada orang ramai sambil sebak kesedihan. ''Jangan risau, tak apa, ini semua takdir Allah.'' Kata lelaki itu dalam keadaan menahan kesakitan untuk menenangkan isterinya. Aku tidak pula mendengar dia mengutuk atau memaki hamun orang yang membelasahnya sebaliknya mengulangi menyebut kalimah-kalimah membesarkan Allah. Dengan takdir Allah, ada seorang pak arab yang kebetulan ada di masjid itu merelakan diri untuk menghantar lelaki itu ke hospital, lalu terus berkejar mengambil keretanya.

'Alhamdulillah, lelaki ini dapat dibawa kehospital dengan adanya kereta pak arab ni.' Bisikku di dalam hati. Ketika lelaki tadi dibawa untuk naik ke kenderaan berupa Toyota Hilux, sempat lelaki itu meminta izin kepada tuan punya Hilux,''biarlah saya duduk di belakang ni je, nanti kotor kereta bila saya duduk di dalam''. Walaupun dalam keadaan yang parah, masih sempat untuk dia membalas budi tanda syukur kepada Allah.

''Tak apa, masuk dalam.'' Kata pak arab dengan sebutan melayu arabnya. '' Tapi saya tak tahu jalan ke hospital.'' Sambung pak arab itu. ''Saya boleh tunjukkan.'' Jawabku ringkas lalu terus masuk dan duduk di sebelah lelaki yang parah itu. Kereta terus dipandu laju menuju ke hospital.

Semasa dalam perjalanan ke hospital, isteri lelaki tadi yang ada bersama masih merisaukan keselamatan suaminya kerana melihat darah yang tidak henti keluar dari luka di perutnya. Ye lah, siapa yang tidak sayangkan suami. Aku terkejut kecil bila ternampak cebisan daging yang berada dibawah bahagian lukanya. Dia cuba untuk menyembunyikan kesakitan yang dialami untuk merisaukan isterinya. ''Tak apa, mungkin ini darah kotor yang keluar, semua ini kehendak Allah.'' sekali lagi lelaki itu cuba menenangkan isterinya. Kata-kata tersebut benar-benar menyentuh perasaanku. ''Ya Allah, mulianya hati lelaki ini. Ya Allah, selamatkanlah dia.'' Bicaraku di dalam hati.

Lelaki itu selamat sampai di HKL lalu dia dibawa wad kecemasan. Sedang beliau ditolak dengan katil beroda ke dalam wad, sempat lagi dia mengangkat tangan serta memberi salam kepada kami.

Dalam perjalanan pulang, saya dan Mustofa iaitu pak arab yang bersama saya memuji sikap lelaki indon tadi. Kami kagum dengan keberanian dan juga kemulian hatinya. Sehingga ke hari ini, aku masih tidak dapat melupakan lelaki itu dengan kata-katanya, walau dia kelihatan agak biasa pada hari musibah menimpanya dengan berbaju t-shirt dan berseluar jean. Secara jujur 'aku kagum dengan dia' aku kagum dengan keimanan yang dia miliki. Semoga sentiasa mendapat redha Allah.

Thursday, April 23, 2009

Jangan Pandang Remeh Sesuatu Amalan Baik

"Apa gunanya kalau saya membaca al-Quran tetapi tidak memahaminya?" Tanya seorang murid.

"Bacalah dahulu, perlahan-lahan nanti Tok akan ajar maknanya," jawab gurunya.

Murid itu pun terus membeca. Hari demi hari. Bulan demi bulan. Lama kelamaan dia berasa jemu dan datang nenemui gurunya semula.

"Tok, saya masih berasa usaha membaca tanpa memahami makna al-Quran ini sesuatu yang tidak berfaedah," katanya.

"Baiklah. Tok akan menyuruh kamu melakukan satu pekerjaan yang lebih bermakna," kata Tok Guru tersebut. Wajah murid itu kembali ceria.

Tok guru menyerahkan sebuah raga dan berkata, "Kamu cedok air di sungai itu dengan raga ini, dan curahkan airnya ke dalam kolah madrasah kita."

Si Murid kehairanan. Mesti ada sesuatu yang luar biasa akan berlaku, detik hatinya. Dia ke sungai dan mencedok air dan secara tergesa-gesa dia berlari untuk menuangkan air ke dalam kolah. Namun sebaik sampai, air telah habis, menitis keluar dari celah-celah raga yang jarang itu. Begitulah dilakukannya berukang-ulang kali. Air menitis keluar dari celah raga dan kolah masih tidak dapat dipenuhi.

"Tok, perbuatan ini lebih tidak bermakna. Kalau Tok gantikan raga ini dengan timba, barulah ia boleh menampung air dan kolah akan penuh!"

Tok guru tersenyum. "Setiap yang tok ruruh pasti ada maknanya," katanya perlahan.

"Apa maknanya Tok?"

Menimba air dengan raga samalah dengan membaca al-Quran walaupun tidak memahami maknanya," jawab Tok guru.

"Sama-sama tidak ada faedahnya. Begitu?"

"Tidak, sama-sama ada faedahnya," pintas tok guru.

Anak muridnya jadi lebih hairan.

"Cuba kamu tengok raga yang kamu gunakan sejak tadi itu. Mulanya kotor, tetapi sekarang bukankah sudah bersih? Walaupun air di kolah tidak penuh tetapi raga yang kamu gunakan sudah bersih. Betul tak?"

"Betul Tok," jawab anak murid mengiakan.

"Ha, begitulah juga hati kamu ketika membaca al-Quran berulang-ulang kali. Walaupun belum memahami maknanya, tetapi paling tidak hati itu akan bersih daripada kelalaian dan ganguan syaitan.

Muridnya mengangguk. Hebat, rupa-rupanya Tok Gurunya mendidik, bukan sekadar mengajar!

Tuesday, April 21, 2009

Surat Dari Sang Pencipta Kepada Hambanya


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Saat (hari kiamat) semakin dekat, bulan pun terbelah.

Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat suatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata, "(Ini adalah) sihir yang terus menerus."

Dan mereka mendustakan (Muhammad) dan mengikuti keinginannya, padahal setiap urusan telah ada ketetapannya.

Dan sungguh, telah datang kepada merekabeberapa kisah yang di dalamnya terdapat ancaman (terhadap kekafiran),

(itulah) suatu hikmah yang sempurna tetapi peringatan-peringatan itu tidak berguna (bagi mereka),

maka berpalinglah engkau (Muhammad) dari mereka pada hari (ketika) penyeru (malaikat) mengajak (mereka) kepada sesuatu yang tidak menyenangkan (hari pembalasan),

pandangan mereka tertunduk, ketika mereka keluar dari kuburan, seakan-akan mereka belalang yang berterbangan,

dengan patuh mereka segera datang kepada penyeru itu. Orang-orang kafir berkata, "Ini adalah hari yang sulit."

Sebelum mereka kaum Nuh juga telah mendustakan (rasul),maka mereka mendustakan hamba Kami (Nuh) dan mengatakan, "Dia orang gila!" Lalu diusirnya dengan ancaman.

Maka dia (Nuh) mengadu pada Tuhannya, "Sesungguhnya aku telah dikalahkan, maka tolonglah (aku)."

Lalu kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang tercurah,

dan Kami jadikan bumi menyemburkan mata-mata air maka bertemulah (air-air) itu sehingga (meluap menimbulkan) keadaan (bencana) yang telah ditetapkan.

Dan Kami anggkut dia (Nuh) ke atas (kapal) yang terbuat dari papan dan pasak,

yang belayar dengan pemeliharaan (pengawasan) Kami sebagai balasan bagi orang yang telah diingkari (kaumnya).

Dan sungguh, kapal itu telah kami jadikan sebagai tanda (pelajaran). Maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?

Maka betapa dasyatnya azab-Ku dan peringatan-Ku!

Dan sungguh telah Kami mudahkan Al-Qur'an untuk peringatan, maka adakah ada orang yang mahu mengambil pelajaran?

Kaum 'Ad pun telah mendustakan maka betapa dasyatnya azab-Ku dan peringatan-Ku!

Sesungguhnya kami telah menghembuskan angin yang sangat kencang kepada mereka pada hari nahas yang terus menerus,

yang membuat manusia bergelimpangan, mereka bagaikan pohon-pohon kurma yang tumbang dengan akar-akarnya.

Maka betapa dasyatnya azab-Ku dan peringatan-Ku!

Dan sungguh telah kami mudahkan al-Qur'an untuk peringatan, maka adkah orang yang mahu mengabil pelajaran?

Kamu Samud pun telah mendustakan peringatan itu.

maka mereka berkata, "Bagaimana kita akan mengikuti seorang manusia (biasa) di antara kita? Sungguh, kalau begitu kita benar-benar telah sesat dan gila.

Apakah wahyu itu diturunkan kepadanya di antara kita ? Pastilah dia (Saleh) seorang yang sangat pendusta (dan ) sombong."

Kelak mereka akan mengetahui siapa yang sebenarnya sangat pendusta (dan) sombong itu.

Sesungguhnya kami akan mengirimkan unta betina sebagai cobaan bagi mereka, maka tunggulah mereka dan bersabarlah (Saleh).

Dan beritahulah kepada mereka bahawa air itu dibagi di antara mereka (dengan unta betina itu); setiap orang berhak mendapat giliran minum.

Maka mereka memanggil kawannya, lalu dia menangkap (unta itu) dan memotongnya.

Maka betapa dasyatnya azab-Ku dan peringatan-Ku!

Kami kirimkan atas mereka satu suara yang keras mengguntur, maka jadilah mereka batang-batang kering yang lapuk.

Dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Qur'an untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil peringatan?

Kaum Lut pun telah mendustakan peringatan itu.

Sesungguhnya kami mengirimkan kepada mereka badai yang membawa batu-batu (yang menimpa mereka), kecuali keluarga Luth. Kami selamatkan mereka sebelum fajar menyingsing,
sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah kami memberi balasan kepada orang yang bersyukur.

Dan sungguh, dia (Luth) telah memperingatkan mereka akan hukuman Kami, tetapi mereka mendustakan peringatan-Ku.
Dan sungguh, mereka telah membujuknya (agar mereka menyerahkan) tamunya kepadanya (kepada mereka), lalu Kami butakan mata mereka, maka rasakanlah azab-Ku dan peringatan-Ku!

Dan sungguh, pada esok harinya mereka benar-benar ditimpa azab yang tetap.

Maka rasakanlah azab-Ku dan peringatan-Ku!

Dan sungguh, telah Kami mudahkan Al-Qur'an untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?

Dan sungguh, peringatan telah datang kepada keluarga Fir'aun.

Mereka mendustakan mukjizat-mukjizat Kami semuanya, maka kami azab mereka dengan azab dari Yang Mahaperkasa, Mahakuasa.

Apakah orang-orang kafir dilinkunganmu (kaum musyrikin) lebih baik dari mereka, ataukah kamu telah mempunyai jaminan kebebasan (dari azab) dalam kitab-kitab terdahulu?

Atau mereka mengatakan, "Kami ini golongan yang bersatu yang pasti menang."

Golongahn itu pasti akan dikalahkan dan mereka akan mundur kebelakang.

Bahkan hari kiamat itulah hari yang dijanjikankepada mereka dan hari kiamat itu lebih dasyat dan lebih pahit.

Sungguh, orang-orang yang berdosa berada dalam kesesatan (di dunia) dan akan berada dalam neraka (di akhirat).

Pada hari mereka diseret ke neraka pada wajahnya. (Dikatakan kepada mereka), "Rasakanlah sentuhan api neraka."

Sungguh, Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran.

Dan perintah Kami hanyalah dengan satu perkataan seperti kejapan mata.

Dan sungguh, telah Kami binasakan orang yang serupa dengan kamu (kekafirannya). Maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?

Dan segala sesuatu yang telah mereka perbuat tercatat dalam buku-buku catatan.

Dan segala (sesuatu) yang kecil mahupun yang besar (sesungguhnya) tertulis.

Sungguh, orang-orang yang bertakwa berada di taman-taman dan sungai-sungai,

di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang M.ahakuasa.



Al-Qamar,
Surah ke-54,
55 ayat. Makkiyyah

Saturday, April 18, 2009

Jangan Pandang Mudah Bab Solat..


Assalamu'ailaikum...
Alhamdulillah, Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Saya sempat bersama dalam satu kuliah Maghrib yang diadakan disalah sebuah surau di kawasan Gombak. Ustaz pada malam itu menghuraikan tafsir al-Quran daripada Surah An-Nisa' ayat 23. Ayat tersebut berkaitan dengan solat. Agak menarik huraiannya sehinggakan saya kusyuk sekali mendengarnya. Saya akan cuba berkongsi apa yang saya dapat dalam kuliah pada malam itu.

Solat itu amat penting bagi orang yang berakal, ianya rukun yang ke-2 daripada 5 dalam rukun Islam. Solat itu tiang agama, siapa yang mengerjakannya bererti dia telah mendirikan agama manakala siapa yang tidak solat bererti dia telah meruntuhkan agamanya, iaitu agama Islam. Betapa teruknya orang yang meruntuhkan agamanya sendiri.

Sekarang ini, orang yang tidak solat mengejek-ejek orang yang bersolat. Mereka yang mengejek ini tidak merasa malu melakukan sedemikian rupa kerana mereka tergolong dalam kelompok mejoriti atau kumpulan yang ramai. Kalau dalam pilihanraya, yang mejoriti itu diterima dan menang, tetapi dalam Islam tidak semestinya yang mejoriti itu kuat dan betul malah kita perlu berada dalam kelompok minoriti, golongan yang sedikit.

Solat itu doa, dengan ini bila kita bersolat bererti kita sedang berdoa kepada Allah. Saya pernah terbaca satu majalah yang menyatakan sekiranya kamu hendak dengar bicara Allah, bacalah al-Quran dan sekiranya kamu hendak berbicara dengan Allah, solatlah dengan khusyuk. Jadi, Solat itu merupakan perhubungan kita dengan Allah.

Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Pada zaman Rasulullah, pejuang-pejuang agama Allah sedikit pun tidak takut kepada mata pedang musuh. Apa yang menyebabkan mereka begitu berani sekali, malah berlumba untuk mati dalam peperangan yang disertai? Inilah kekuatan orang yang khusyuk dalam solat mereka. Solat itu juga zikir, didalam solat kita mengulang-ulang pujian kita kepada Allah.

Pernahkah kita dengar istilah berjihad dalan solat? Mungkin tidak ramai yang pernah mendengarnya, dalam solat juga sebenarnya kita sedang berperang dengan iblis yang sentiasa berusaha untuk merosakkan solat kita. Iblis dan syaitan suka menyerang orang yang solat daripada orang yang tidak solat. Nak tahu kenapa? Kerana orang yang tidak solat itu 2 x 5 dengan depa (syaitan dan iblis).

Solat juga perlu kepada persediaan, jangan buat sambil lewa saja dan jangan emergency selalu (masbuk). Solat itu berat bagi orang yang belum merasai nikmat solat, oleh itu macam-macam alasan yang diberi kain kotor la, tiada seluar panjang, belum mandi la, ada-ada saja lasan meraka. Mungkin di dunia boleh lagi beralasan, tetapi adakah kita boleh beralasan bila depan Allah di akhirat kelah, cuba la kalau hendak rasa penampar Allah.

Ada ladu dulu-dulu yang mungkin terkena dengan kita, liriknya berbunyi:

Zohor kesibukan,
Asar kejalanan,
Maghrib keletihan,
Isyak ketiduran,
Subuh kesiangan.

Satu kisah, seorang hamba Allah yang tertinggal solat berjamaah dengan tidak sengaja, dengan kata lain hamba Allah ini solat berseorangan. Dia berasa sangat bersalah, sehinggakan dia menaiki ke puncak bukit kemudian bajunya ditanggal. Hamba Allah tersebut bergolek turun ke kaki bukit dengan cara membalik-balikan badannya sehinggakan badannya dipenuhi luka-luka dan darah lalu dia berkata " rasalah wahai nafsu!!". Betapa hebat iman yang ada padanya, adakah kita bolh sampai ketahap itu?

Apa yang menyedihkan hari ini adalah betapa masih ramai masyarakat kita khususnya di Malaysia ini yang tidak bersolat, tidak kira golongan remaja mahu pun mereka yang bergelar mak bapa. Jadi, siapa lagi yang akan mengajak mereka untuk sama-sama mendirikan agama kalau bukan kita.

Buat kalian para pembaca dan diri yang menulis.. Tiada panggilan yang lebih penting selain daripada panggilan "Hayya 'Alas Solah", kerana ia adalah panggilan Ilahi, Tuhan sekalian alam.

Wallahu A'lam...

Tuesday, April 14, 2009

Tok Guru Dekat Di Hati..

Alhamdulillah, Selawat dan salam ke atas junjungan Besar nabi kita Muhammad, keluarga Baginda, dan para sahabat baginda. Buat kalian para pembaca, semoga sentiasa berada dalam rahmat Ilahi. Insya'Allah.

Syukur saya panjatkan kepada Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk mencoretkan kata-kata hasil dari buah fikiran yang dikurniakan Allah yang Maha Hebat ke atas sekalian makhluk. Dengan penulisan ini dapatlah saya berkongsi pandangan bersama kalian. Moga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk terus menulis kerana bukan untuk riak ataupun untuk dikatakan hebat tetapi tidak lain hanya untuk memuliakan Islam.

Semakin hari, samakin ramai yang menyalurkan pandangan dan kritikan mereka melalui alam maya yang semakin luas penggunaannya. Keraan kelebihan dan kemudahan yang banyak akan diperolehi kepada mereka yang tidak mensia-siakan peluang. Peluang ini juga tidak dilepaskan oleh seorang yang bergelar ulama' yang disegani ramai khususnya di Tanah Air kita iaitu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat atau panggilan yang lebih selesa di bibir masyarakat ialah Tok Guru.

Tahniah Tok Guru! Mungkin ucapan itu nampak biasa tetapi sebenarnya ia adalah satu penghargaan yang besar melalui ucapan saya yang mungkin sukar untuk diterjemahkan di atas penulisan. Dengan adanya blogtokguru.com dapat mengubati rindu saya kepada tok guru yang jauh di mata saya, kalau saya di Kelantan mungkin boleh melihat wajahnya secara live pada pagi Juamaat sewaktu beliau memberi tazkirah.

Saya bangga dengan kegigihan yang ditunjukkan oleh Tok Guru, walaupun beliau di sekat dan dihalang oleh media elektronik milik BN untuk beliau berbicara panjang khususnya dalam dakwah Islam mahupun isu semasa. Namun dengan semangat yang melebihi semangat orang muda yang ada pada beliau sehingga berjaya memiliki laman web sendiri. Syabas saya ucapkan!!

Saya yakin bahawa perkongsian oleh beliau banyak memberikan manfaat kepada kita semua.

Wednesday, April 8, 2009

Tahniah.. Kemenangan Berpihak Kepada Islam dan Penyokong Islam

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah di atas kemenangan yang telah dikurniakan kepada PAS di Bukit Gantang.

Tahniah saya ucapkan kepada mereka dari pimpinan hingga ke akar umbi yang telah bertungkus lumus dalam memastikan kemengan itu berpihak kepada Parti Islam Se-Malaysia.

Walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, namun dengan kesabaran dan berkat doa mereka para alim Ulama, maka Allah memberi kemenangan kepada mereka.

Janji Allah pasti berlaku. Firman Allah dalam al-Quran, " Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap) menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun. Tetapi barang siapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik."
(Surah An-Nur, 24:55)

Tahniah juga buat PKR yang telah menang di Bukit Selambau dengan izin Allah. Walaupun calon di Bukit Selambau ini dari kaum India, namun ianya tidak menjadi penghalang buat kaum lain untuk menyumbang tenaga demi meraih kemenangan.

Begitu juga apa yang berlaku di Bukit Gantang, kaum yang bukan beragama Islam dapat bersama memberi sokongan kepada Dato' Seri Nizar. Apa yang menyeronokkan ialah orang PAS bertakbir mereka juga bertakbir.

Rakyat lebih mempercayai Pakatan Rakyat (PR) daripada UMNO. Walau siapa pun calon UMNO itu, rakyat yang sedar dan masih berpijak di bumi yang nyata tetap akan menolaknya kerana UMNO tidak boleh diharap. Oleh itu, nasihat saya kepada mereka yang bakal terpaksa menjadi calon UMNO perlu fikir-fikirkan, rakyat yang sedar tidak akan memilih kamu.

Dan akhirnya, tahniah jugalah buat UMNO kerana telah menang di Batang Ai kerana sedar mereka akan kalah di 2 bukit. Walau apa pun UMNO perlu bersyukur kerana masih ada masyarakat yang prihatin dan simpati terhadapnya. Namun ianya mungkin hanya buat sementara waktu. Insya'Allah, suatu hari nanti masyarakat ini tergolong dalam kalangan orang yang sedar.

Allah Maha Adil, dan setiap yang berlaku ada hikmah di sebalik kejadian.

Mencapai kemenangan lebih mudah daripada mengisi kemenangan.

Moga Islam terus di sanjung.

Thursday, March 12, 2009

Tahniah! Kejayaanmu Menaikkan Nama Islam


-KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan. Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini. -


Kalau sebelum ini Siti Fatimah Mukhtar yang mendapat 17 A1 dalam peperiksaan 2006. Bagaimanapun dalam laporan akhbar harian pada waktu itu tidak disebut langsung kejayaan cemerlang pelajar sekolah agama di bawah kendalian Yayasan Islam Kelantan (Yik). Pada peperiksaan kali ini, seorang lagi pelajar di sekolah yang sama membuktikan kejayaannya belajar di sekolah aliran agama.

Perkara yang baik ini sepatutnya di war-warkan keseluruh negara kerana kita berbangga di atas kejayaan anak Melayu yang beragama Islam. Mereka ini patut dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar di negara ini. Sistem pembelajaran yang berjalan di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Perempuan ini perlu ditiru oleh sekolah-sekolah di Malaysia. Seorang anak itu baik sekiranya keluarganya menerapkan akhlak yang baik, manakala pelajar itu berjaya dan cemerlang sekiranya sekolah dan guru-gurunya adalah cemerlang.

Masyarakat perlu tahu apa rahsia kejayaan mereka, bagaimana mereka belajar di sekolah, apa yang mereka lakukan di luar waktu sekolah, bagaimana sistem di sekolah mereka, dan banyak lagi perkara yang perlu dilihat dan dikaji sekiranya mahu anak-anak kita dan generasi akan datang mendapat kejayaan seperti mereka.

Apa yang penting adalah mereka ini bukan berjaya dari segi akademik semata-mata, tetapi mereka juga pastinya cemerlang dari sudut akhlak Islamnya. Walaupun seseorang itu cemerlang akademiknya, dapat 30 A1 sekalipun tetapi akhlaknya tiada, maka kejayaan itu tiada maknanya. Akhlak itu lebih penting dari kecerdikan dan kepintaran. Orang yang pintar dan tidak mempunyai akhlak Islamiah akan menipu mereka yang bodoh dan kurang bijak tetapi sekiranya seseorang itu mempunyai akhlak dan tidak mempunyai kepintaran maka dia akan disenangi oleh masyarakat, ini satu contoh mudah jika dibandingkan dalam dua situasi tadi.

Yang cantiknya ialah pintar dan berakhlak. Mereka ini bukan sahaja pintar dari segi pemikirannya tetapi dalam masa yang sama mereka mempunyai akhlak yang mulia. Oleh itu, sebagai ibu dan bapa, tentu sekali mahu melihat anak-anak kita bukan hanya berjaya di dunia semata-mata tetapi kejayaan di akhirat kelak lebih utama. Mereka yang menghantar anak-anak ke sekolah ugama perlu bersyukur kerana mereka telah berusaha untuk melihat anak-anak mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Jangan pandang serong dan remeh terhadap sekolah ugama, memang tidak dapat dinafikan terdapat pelajar-pelajar di sekolah ugama yang terbabit dengan kes-kes jenanyah. Tetapi kita perlu ingat bahawa di sekolah ugama juga mempunyai pelajar yang pelbagai watak. Walaupun terdapat kes-kes yang sebegini namun bilangannya amat sedikit jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah biasa yang jauh lebih banyak kes-kes yang membabitkan jenanyah dan keruntuhan akhlak yang membimbangkan kita semua.

Tahniah saya ucapkan kepada Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal dan pelajar-pelajar yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Teruskan usaha kalian, tenaga kalian diperlukan di masa hadapan untuk memimpin masyarakat dan negara. Moga kalian berjaya di dunia dan akhirat. Insya'Allah, Amien..

Saturday, March 7, 2009

Si Anjing Merah Suruhan Sang Pemerintah

Pada tarikh 7 Mac 2009, satu lagi hari yang bersejarah buat rakyat Malaysia. Pada hari tersebut rakyat telah membuktikan ketidak sokongan dan bantahan mereka terhadap pelaksanaan PPSMI dengan turun beramai-ramai berarak dari tiga loksi iaitu Masjid Negara, Sogo, dan Pasar Seni ke Istana Negara. Labih 100,000 manusia termasuk kanak-kanak, remaja sekolah, mahasiswa, ibu bapa dan orang tua yang perpakaian putih memenuhi jalan raya dari dari Masjid Negara hingga berdekatan pintu pagar Istana Negara.

Belum sempat Sultan melihat wajah harapan rakyat jelatanya, pasukan polis yang dikatakan bertugas ntuk menjaga keselamatan negara termasuk rakyat Malaysia telah bertukar menjadi si anjing merah yang lapar bersedia untuk bergomol dengan mangsanya. Si anjing ini tanpa rasa perikemanusian melayan rakyat dengan tembakan gas pemedih mata. Mungkin mereka lupa atau buat-buat lupa bahawa gaji yang mereka dapat itu dibayar oleh rakyat yang mereka perlakukan seperti binatang itu.

Teriakan lantang Takbir dan laungan AllahuAkbar disambut menguatkan semangat rakyat. Tembakan gas pemedih mata semakin banyak dilepaskan dan terus mengasak tidak mengira orang tua, wanita mahupun kanak-kanak yang dalam dakapan ibu bapa mereka. Suasana skeliling dipenuhi asap putih yang berbisa menyebabkan orang ramai terpaksa bertepiaran kerana tidak tahan dengan asap yang menusuk masuk kerongga tekak dan mata sehingga muka mereka merasakan bagai hendak terbakar. Kanak-kanak menangis akibat terkena gas tersebut sambil muka mereka di lap dengan kain basah oleh ibu bapa mereka termasuk orang ramai yang turut membantu.

Walaupun dalam keadaan mata yang berair akibat kepedihan yang tidak tertahan, rongga tekak yang memaksa mereka batuk dan muntah tidak melumpuhkan semanagt untuk mara kehadapan sambil melaungkan kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasululah. Mereka memanjat bukitkerana jalan dibawah telah dipenuhi asap tabal yang berbisa. Polis yang berada di situ melihat orang ramai tanpa rasa sedikit pun simpati dariada raut wajah mereka. Seorang mak cik yang tidak tahan melihat dua orang anaknya yang salah seorang daripadanya adalah kanak-kanak kurang upaya memarahi polis yang mengawal di situ, tetapi tindakan mak cik itu ibarat mencurah air ke daun keladi sehingga orang lain terpaksa menenangkan mak cik itu kerana perbuatan itu hanyalah sia-sia pada masa itu. Belum pun hilang rasa marah dan kepedihan yang dihadapi oleh orang ramai, tembakan daripada si anjing merah kedengaran lalu gas pemedih mata meluru ke segenap tempat di tengah tengan orang ramai yang berjalan. Gas pemedih mata yang meluncur deras mengenai orang ramai yang tidak dapat menjangga kehadiran peluru gas yang dilepaskan oleh anjing merah yang semakin menggila melihat gelagat mangsanya.

Anak-anak muda termasuk mahasiswa ada yang mempunyai semangat juang yang tinggi bertindak membalingkan semula gas-gas berbisa kepada anjing-anjing merah yang lapar. Keberanian mereka menaikkan lagi semangat orang ramai yang menyaksikannya. Laungan AllahuAkbar bergema di segenap kawasan yang sedang di hujani gas pemedih mata. Ada dikalangan orang ramai yang pengsan kerana dak sempat mengelak dari semburan gas yang jatuh dihadapan mereka. Orang ramai yang melihat mereka terus berkejar untuk menyelamatkan mereka yang tidak berdaya lagi untuk berjalan keluar dari kepungan asap tebal yang memagarinya. Tembakan anjing-anjing merah itu ada juga yang mengenai sekumpulan pasukan polis yang berada bertentangan dengan mereka, orang ramai terus melaungkan AllahuAkbar apabila melihat kejadian tersebut.

Tembakan masih diteruskan walaupun semakin ramai yang rebah akibat tidak tahan denagn gas berbisa. Seorang pakcik yang pengsang dan sedang dirawat terpaksa diangkat untuk lari daripada gas yang secara tiba-tiba jatuh disebelahnya. Pada hari tersebut, dapat dilihat bagaimana hilangnya rasa hormat orang ramai terhadap pasukan polis yang bertindak di atas arahan sang pemerintah yang pengecut. Sumpahan demi sumpahan daripada orang ramai dilepaskan ke atas pasukan yang kononnya mnjaga keselamatan kerana tidak tahan melihat orang tua dan kanak-kanak menjadi mangsa. Suasana tidak ubah seperti yang berlaku di Palestin, cuma yang membezakan adalah peluru hidup dan gas pemedih mata.

Perkara yang sama turut berlaku di Masjid Negara, si anjing merah yang bukan sahaja tidak punyai belas kasihan malah sedikit pun ada rasa hormat terhadap rumah Allah. Si anjing-anjing dengan bangganya mengotori kawasan masjid dengan semburan air longkak dan mengenai sesiapa sahaja yang berada di situ. Orang ramai beranggapan bahawa mereka akan selamat bila berada di rumah Allah tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Si anjing merah belum puas dengan hanya melepaskan air, mereka turut melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah masjid. Orang ramai terpaksa berlari masuk kedalam masjid sehingga terdapat jam masjid yang pecah akibat terkena tembakan si anjing-anjing yang bertindak sebaik sahaja loceng di bunyikan oleh si bapak anjing-anjing itu. Tempakan mereka di balas dengan objek-objek seperti batu, botol, dan apa sahaja termasuk penutup tong sampah. Siapa yang boleh sabar bila tengok rumah Allah di kotori sedemikian?

Si anjing merah mula berhenti daripada terus mengasak orang ramai apabila puas menzalimi mangsanya. orang ramai yang terdiri daripada muda-mudi termasuk mahasiswa bersedia di pintu pagar untuk menyabut serangan daripada anjing-anjig merah yang masih berkeliaran dihadapan Masjig Negara. Si anjing-anjing tersenyum riang apabila para muda mudi mengutuk dan memaki hamun mereka yang bersedia untuk di bawa pulang. Pemergian mereka di balas dengan baligan batu bata yang mengenai lori nais merah yang dipenuhi dengan anjing-anjing yang kekenyangan.

Ada sahaja polis yang melalui dihapan mereka, cemuhan dan sorakan dilepaskan oleh orang ramai yang berada di kawasan Masjid Negara. Betapa hinanya mereka yang memekai pakaian seragam polis. Tindakan pihak polis pada hari tersebut menyebabkan rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pihak polis diraja Malaysia.

Rakyat sudah bangun, anak muda sudah sedar, mahasiswa sudah bangkit. Mereka bersedia melawan kezaliman yang di lakukan sang pemerintah yang zalim. Walaupun terpaksa ketitisan darah terakhir sekali pun, mereka tidak gentar menghadapinya.

Thursday, March 5, 2009

Golongan Muda Memikul Tanggungjawab Besar

Golongan muda jangan sekadar menjadi pemerhati pada 7 mac ini kerana isu PPSMI bukan sahaja isu golongan sasterawan, ilmuan dan pendidik tetapi isu kita semua rakyat Malaysia termasuk golongan muda. Orang muda memainkan peranan yang penting dalam melakukan perubahan kerana Qardawi menyebut "orang muda ini sangat responsif". Sukarno juga ada menyebut "berikan daku 10 pemuda akan ku gongcangkan dunia". Harun Taib menyebut " kita perlu gabung semangat orang muda dan hikmah orang tua. Kesimpulannya di sini, orang muda perlu kehadapan daripada yang lain jika tidak mahu masa depan generasi sekarang dan akan datang musnah kerana PPSMI. "Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya".

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said juga menyeru anak muda untuk bersama-sama membantah PPSMI dalam satu temuramah "Anak muda perlu lebih ke depan. Kalau dijalanan, saya didepan kalau terjadi apa-apa, saya yang awal akan tumbang. Itu kalau berlaku kekerasan.

Satu hal lagi, anak muda perlu ke depan kerana perjuangan ini melibatkan masa depan mereka. Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda dan ia juga merupakan jati diri sesuatu bangsa, hati nurani sesuatu bangsa. Kalau ia tidak dipertahankan apa lagi yang tinggal untuk anak muda ini.

Kalau anak muda melihat ini sebagai satu perkara yang remeh ianya silap kerana kalau dalam soal bahasa yang melibatkan maruah bangsa sanggup elita kuasa ini perkotak-katikkan, apa lagi dalam soal lain. Jadi saya harap lebih ramai, anak-anak muda yang tampil ke depan berjuang bersama saya dan rakan-rakan untuk melestarikan bahasa ibunda kita demi untuk kita semua juga bukan hanya untuk saya seorang."

Kita perlu sedara bahawa golongan agamawan juga turut bertegas dalam menyatakan bantahan mereka terhadap isu PPSMi ini. Petikan 'Pengisytiharan Muafakat Ulama Membela Martabat Melayu' yang diadakan di Madrasah An-Nur, Pendang :

Maka kami sebagai golongan agama yang prihatin terhadap sebarang hal-ehwal yang ada kaitan dengan kedudukan Islam dan kaum Muslimin di Negara ini, berpendirian,

1.MENOLAK perlaksanaan PPSMI dalam sistem pendidikan Negara,

2.MEMBANTAH penerusan perlaksanaan PPSMI kerana ia menjejaskan kedudukan bahasa Melayu yang sudah diangkat martabatnya sebagai bahasa ilmu dan sekaligus bahasa Islam,

3.MENEGASKAN bahawa dalil agama untuk mengembalikan pengajaran sains dan Matematik kepada bahasa Melayu sangat kuat kami sandarkan kepada nas-nas naqli berikut:

-Menggunakan bahasa yang dapat menerangkan dan memahamkan konsep dan falsafah kebenaran adalah matlamat utama kenapa Al-Quran menggunakan bahasa ibunda Arab sebagai pengantar untuk menjelaskan makna dan intisari ajaran Islam kepada bangsa Arab.

-Bahawa bahasa yang tidak tercemar dengan makna dan faham yang terlepas dari konsep ketauhidan Allah dan membolehkan mesej asas Islam mengenai Ketuhanan disampaikan adalah punca kenapa Al Quran memileh bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Lantaran itu Bahasa Melayu yang telah sarat melalui proses Islamisasi adalah bahasa yang paling wajar dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara untuk menjayakan proses pembinaan tamadun islam dalam masyarakat Malaysia.

Manakala bahasa Melayu yang sarat dengan konsep Islam dari Al Quran diketepikan penggunaannya dalam pengembangan ilmu ,maka kesan sekularisasi bahasa yang telah berlaku dalam sejarah pengembangan bahasa inggeris yang sangat dipengaruhi oleh sejarah sekularisasi agama Kristian akan mempunyai impak kepada masyarakat Melayu islam di Negara ini.

4.MENDESAK supaya perlaksanaan PPSMI hendaklah diberhentikan dan penggunaan bahasa Melayu kembali digunakan sebagai bahasa pengantar dalam semua matapelajaran kecuali dalam pengajaran bahasa yang lain , di seluruh institusi pendidikan di semua peringkat .

5.MENUNTUT agar kerajaan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk membentuk tamadun tinggi dalam masyarakat, sementara memberi ruang untuk pelajar mempelajari pelbagai bahasa lain untuk meningkatkan keupayaan menguasai pelbagai ilmu dari sumber bahasa yang lain,

6.MENDESAK agar tulisan jawi kembali diperkasakan dalam sistem pendidikan Negara termasuk mengalakkan urusan rasmi menggunakan tulisan jawi sebagai identiti negara,

7.MENEGASKAN bahawa pengajaran bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan kaedah dan pendekatannya, namun bukan dengan cara mengenepikan bahasa Melayu sebagai pengantar matapelajaran seperti yang dilaksanakan dalam PPSMI masakini,

8.MENGGESA supaya penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar hendaklah diperundangkan dan dikuatkuasakan dalam semua sektor Negara semada awam mahupun swasta.

9.MENEGASKAN bahawa pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak boleh berdaleh dengan alasan pencapaiaan UPSR , PMR mahupun SPM untuk menjadi asas untuk meneruskan atau memberhentikan perlaksanaan PPSMI,

10.MENDESAK supaya pihak kerajaan tidak menggunakan dalil mencapai kemajuan bertaraf dunia sebagai alasan untuk meneruskan PPSMI kerana hujah ini sudah muktamad ditolak oleh perbandingan dan bukti dengan pelbagai Negara lain yang tidak mengutamakan bahasa Inggeris untuk mencapai kemajuan sesuata bangsa dan Negara.

11.MENGESA agar seluruh warga pendidik dan waris pelajar-pelajar disemua institusi pendidikan Negara agar bersama bersatu untuk membantah perlaksanaan PPSMI

Begitu juga petikan ucapan daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM):

"Sebagai golongan anak muda yang berada pada zaman ketidaktentuan dasar pendidikan negara, kita harus sedar bahawa dasar PPSMI ini tidak boleh dipandang remeh memandangkan dasar ini menyentuh isu pendidikan negara dan pendidikan secara tidak langsung akan melibatkan generasi pelajar.

Maka, dasar seperti ini sebenarnya yang akan menentukan corak dan identiti generasi masyarakat Malaysia pada masa akan datang.

Dalam pada itu, dasar ini juga dilihat akan mengorbankan puluhan ribu anak-anak pelajar luar bandar memandangkan mereka berada dalam suasana yang jauh dari kemudahan untuk memperoleh pendidikan di peringkat asas lebih-lebih lagi dalam soal Bahasa Inggeris.

Berdasarkan situasi tersebut kita dapat melihat bahawa PPSMI ini adalah satu bentuk diskriminasi yang hanya menguntungkan segolongan elit di bandar-bandar saja.

Wajarkah kita berbangga dengan kejayaan segelintir rakyat ke peringkat tertinggi tetapi dalam masa yang sama kita menggagalkan masa depan majoriti besar anak-anak marhein di kampong-kampung?

Kesan dari dasar PPSMI ini tidak akan dirasai oleh generasi pemimpin hari ini, sebaliknya bebanannya akan ditanggung oleh kita sebagai generasi masa hadapan.

Maka, perjuangan untuk menolak dasar PPSMI ini merupakan tanggungjawab yang wajib digalas oleh seluruh anak muda yang sayangkan masa depan identiti rakyat dan negara Malaysia.

Maka, sebagai gerakan pelajar yang membawa idealisme anak muda, adalah wajib bagi kita untuk berjuang menjayakan agenda 7 Mac ini.

Biar kali ini kita mencatat sejarah dengan menjadi golongan yang bertanggungjawab mencorak masa depan Malaysia berbanding menjadi golongan yang tidak membuat apa-apa sehingga akhirnya dicaci oleh generasi akan datang."

Petikan-petikan ini jelas menunjukkan bahawa anak muda termasuk yang bergelar mahasiswa perlu berani untuk menyatakan pendirian selaku rakyat yang berintelektual tinggi dalam membela nasib rakyat yang ditindas. Justeru, adakah kita rela meneruskan tugas selaku mahasiswa dengan memberi tumpuan pada belajar di kampus semata-mata sedangkan rakyat yang miskin di luar sana sedang ditimpa masalah dan mempunyai halangan untuk meneruskan pembelajaran apatah lagi menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi seperti mana kita sekarang ini. Semuanya terserah kepada kalian samada sekadar berpeluk tubuh atau turun bersama-sama masyarakat memperjuangkan nasib rakyat untuk membantah PPSMI.

Elok juga dihimbau peristiwa "api dan air mata", pada hari Jumaat, 3 Mac 1967, 42 tahun lalu, di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, apabila hampir 2,000 orang daripada 120 NGO berkumpul, "duduk berhimpit-himpit, berdiri berjejal-jejal, di pintu masuk bersesak-sesak, di anak tangga jengah-menjengah, yang di bawah berpusu-pusu".

Tujuan mereka di Balai Budaya itu hampir sama dengan himpunan 7 Mac 2009 bagi menuntut mansuhkan PPSMI. Dahulu, mereka menentang Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan yang sedang diperdebatkan di Parlimen, yang sebenarnya melemahkan lagi kedudukan bahasa Melayu.

Apa yang menarik ialah catatan bagaimana selepas ucapan berapi-api Syed Nasir Ismail, seorang pemuda, Wan Ahmad Nasir melompat naik ke pentas lalu mengambil alat pembesar suara di meja pengerusi dan berteriak: "... dengan ini, saya rampas majlis ini, kami tidak mahu bercakap lagi, semangat kami cukup dibakar, mari berarak ke Parlimen ..."

Usman Awang merakamkan detik-detik bersejarah 3 Mac 1967 itu dalam bait-bait puisinya:

Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata

Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
'Berarak ke Parlimen, aku di muka'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berkata
'Bakar Perlembagaan 152'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang pemuda berteriak
'Ayuh, mari kita berarak'

Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar
'Dada kami sedia dibakar'

Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA

Kita tunggu puisi terkini himpunan 7 Mac.

"Jadilah Pemuda Yang Berani Kerana Kamu Harapan Negara"

“Berikan aku 300 katibah, yang mana rohnya sarat dengan iman dan taqwa, dadanya padat dengan ilmu dan thaqafah, jasadnya terlatih dengan latihan, maka ketika itu jika kamu mengajak aku untuk meneroka angkasa lepas, menembusi bumi tujuh petala, menghancurkan kepala penjajah, aku sanggup”.

Golongan muda jangan sekadar menjadi pemerhati pada 7 mac ini kerana isu PPSMI bukan sahaja isu golongan sasterawan, ilmuan dan pendidik tetapi isu kita semua rakyat Malaysia termasuk golongan muda. Orang muda memainkan peranan yang penting dalam melakukan perubahan kerana Qardawi menyebut "orang muda ini sangat responsif". Sukarno juga ada menyebut "berikan daku 10 pemuda akan ku gongcangkan dunia". Harun Taib menyebut " kita perlu gabung semangat orang muda dan hikmah orang tua. Kesimpulannya di sini, orang muda perlu kehadapan daripada yang lain jika tidak mahu masa depan generasi sekarang dan akan datang musnah kerana PPSMI. "Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya".

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said juga menyeru anak muda untuk bersama-sama membantah PPSMI dalam satu temuramah "Anak muda perlu lebih ke depan. Kalau dijalanan, saya didepan kalau terjadi apa-apa, saya yang awal akan tumbang. Itu kalau berlaku kekerasan.

Satu hal lagi, anak muda perlu ke depan kerana perjuangan ini melibatkan masa depan mereka. Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda dan ia juga merupakan jati diri sesuatu bangsa, hati nurani sesuatu bangsa. Kalau ia tidak dipertahankan apa lagi yang tinggal untuk anak muda ini.

Kalau anak muda melihat ini sebagai satu perkara yang remeh ianya silap kerana kalau dalam soal bahasa yang melibatkan maruah bangsa sanggup elita kuasa ini perkotak-katikkan, apa lagi dalam soal lain. Jadi saya harap lebih ramai, anak-anak muda yang tampil ke depan berjuang bersama saya dan rakan-rakan untuk melestarikan bahasa ibunda kita demi untuk kita semua juga bukan hanya untuk saya seorang."

Kita perlu sedara bahawa golongan agamawan juga turut bertegas dalam menyatakan bantahan mereka terhadap isu PPSMi ini. Petikan 'Pengisytiharan Muafakat Ulama Membela Martabat Melayu' yang diadakan di Madrasah An-Nur, Pendang :

Maka kami sebagai golongan agama yang prihatin terhadap sebarang hal-ehwal yang ada kaitan dengan kedudukan Islam dan kaum Muslimin di Negara ini, berpendirian,

1.MENOLAK perlaksanaan PPSMI dalam sistem pendidikan Negara,

2.MEMBANTAH penerusan perlaksanaan PPSMI kerana ia menjejaskan kedudukan bahasa Melayu yang sudah diangkat martabatnya sebagai bahasa ilmu dan sekaligus bahasa Islam,

3.MENEGASKAN bahawa dalil agama untuk mengembalikan pengajaran sains dan Matematik kepada bahasa Melayu sangat kuat kami sandarkan kepada nas-nas naqli berikut:

-Menggunakan bahasa yang dapat menerangkan dan memahamkan konsep dan falsafah kebenaran adalah matlamat utama kenapa Al-Quran menggunakan bahasa ibunda Arab sebagai pengantar untuk menjelaskan makna dan intisari ajaran Islam kepada bangsa Arab.

"Dan demikianlah Kami wahyukan Al Quran kepadamu dalam bahasa Arab , agar engkau memberi peringatan kepada penduduk ibukota (Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) di sekelilingnya serta memberi peringatan tentang Hari berkumpul (Qiamat) yang tidak diragukan adanya . Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka ". (Asy-Syura: 7)

-Bahawa bahasa yang tidak tercemar dengan makna dan faham yang terlepas dari konsep ketauhidan Allah dan membolehkan mesej asas Islam mengenai Ketuhanan disampaikan adalah punca kenapa Al Quran memileh bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Lantaran itu Bahasa Melayu yang telah sarat melalui proses Islamisasi adalah bahasa yang paling wajar dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara untuk menjayakan proses pembinaan tamadun islam dalam masyarakat Malaysia.

Manakala bahasa Melayu yang sarat dengan konsep Islam dari Al Quran diketepikan penggunaannya dalam pengembangan ilmu ,maka kesan sekularisasi bahasa yang telah berlaku dalam sejarah pengembangan bahasa inggeris yang sangat dipengaruhi oleh sejarah sekularisasi agama Kristian akan mempunyai impak kepada masyarakat Melayu islam di Negara ini.

4.MENDESAK supaya perlaksanaan PPSMI hendaklah diberhentikan dan penggunaan bahasa Melayu kembali digunakan sebagai bahasa pengantar dalam semua matapelajaran kecuali dalam pengajaran bahasa yang lain , di seluruh institusi pendidikan di semua peringkat .

5.MENUNTUT agar kerajaan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk membentuk tamadun tinggi dalam masyarakat, sementara memberi ruang untuk pelajar mempelajari pelbagai bahasa lain untuk meningkatkan keupayaan menguasai pelbagai ilmu dari sumber bahasa yang lain,

6.MENDESAK agar tulisan jawi kembali diperkasakan dalam sistem pendidikan Negara termasuk mengalakkan urusan rasmi menggunakan tulisan jawi sebagai identiti negara,

7.MENEGASKAN bahawa pengajaran bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan kaedah dan pendekatannya, namun bukan dengan cara mengenepikan bahasa Melayu sebagai pengantar matapelajaran seperti yang dilaksanakan dalam PPSMI masakini,

8.MENGGESA supaya penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar hendaklah diperundangkan dan dikuatkuasakan dalam semua sektor Negara semada awam mahupun swasta.

9.MENEGASKAN bahawa pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak boleh berdaleh dengan alasan pencapaiaan UPSR , PMR mahupun SPM untuk menjadi asas untuk meneruskan atau memberhentikan perlaksanaan PPSMI,

10.MENDESAK supaya pihak kerajaan tidak menggunakan dalil mencapai kemajuan bertaraf dunia sebagai alasan untuk meneruskan PPSMI kerana hujah ini sudah muktamad ditolak oleh perbandingan dan bukti dengan pelbagai Negara lain yang tidak mengutamakan bahasa Inggeris untuk mencapai kemajuan sesuata bangsa dan Negara.

11.MENGESA agar seluruh warga pendidik dan waris pelajar-pelajar disemua institusi pendidikan Negara agar bersama bersatu untuk membantah perlaksanaan PPSMI

Begitu juga petikan ucapan daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM):

"Sebagai golongan anak muda yang berada pada zaman ketidaktentuan dasar pendidikan negara, kita harus sedar bahawa dasar PPSMI ini tidak boleh dipandang remeh memandangkan dasar ini menyentuh isu pendidikan negara dan pendidikan secara tidak langsung akan melibatkan generasi pelajar.

Maka, dasar seperti ini sebenarnya yang akan menentukan corak dan identiti generasi masyarakat Malaysia pada masa akan datang.

Dalam pada itu, dasar ini juga dilihat akan mengorbankan puluhan ribu anak-anak pelajar luar bandar memandangkan mereka berada dalam suasana yang jauh dari kemudahan untuk memperoleh pendidikan di peringkat asas lebih-lebih lagi dalam soal Bahasa Inggeris.

Berdasarkan situasi tersebut kita dapat melihat bahawa PPSMI ini adalah satu bentuk diskriminasi yang hanya menguntungkan segolongan elit di bandar-bandar saja.

Wajarkah kita berbangga dengan kejayaan segelintir rakyat ke peringkat tertinggi tetapi dalam masa yang sama kita menggagalkan masa depan majoriti besar anak-anak marhein di kampong-kampung?

Kesan dari dasar PPSMI ini tidak akan dirasai oleh generasi pemimpin hari ini, sebaliknya bebanannya akan ditanggung oleh kita sebagai generasi masa hadapan.

Maka, perjuangan untuk menolak dasar PPSMI ini merupakan tanggungjawab yang wajib digalas oleh seluruh anak muda yang sayangkan masa depan identiti rakyat dan negara Malaysia.

Maka, sebagai gerakan pelajar yang membawa idealisme anak muda, adalah wajib bagi kita untuk berjuang menjayakan agenda 7 Mac ini.

Biar kali ini kita mencatat sejarah dengan menjadi golongan yang bertanggungjawab mencorak masa depan Malaysia berbanding menjadi golongan yang tidak membuat apa-apa sehingga akhirnya dicaci oleh generasi akan datang."

Petikan-petikan ini jelas menunjukkan bahawa anak muda termasuk yang bergelar mahasiswa perlu berani untuk menyatakan pendirian selaku rakyat yang berintelektual tinggi dalam membela nasib rakyat yang ditindas. Justeru, adakah kita rela meneruskan tugas selaku mahasiswa dengan memberi tumpuan pada belajar di kampus semata-mata sedangkan rakyat yang miskin di luar sana sedang ditimpa masalah dan mempunyai halangan untuk meneruskan pembelajaran apatah lagi menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi seperti mana kita sekarang ini. Semuanya terserah kepada kalian samada sekadar berpeluk tubuh atau turun bersama-sama masyarakat memperjuangkan nasib rakyat untuk membantah PPSMI.

Elok juga dihimbau peristiwa "api dan air mata", pada hari Jumaat, 3 Mac 1967, 42 tahun lalu, di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, apabila hampir 2,000 orang daripada 120 NGO berkumpul, "duduk berhimpit-himpit, berdiri berjejal-jejal, di pintu masuk bersesak-sesak, di anak tangga jengah-menjengah, yang di bawah berpusu-pusu".

Tujuan mereka di Balai Budaya itu hampir sama dengan himpunan 7 Mac 2009 bagi menuntut mansuhkan PPSMI. Dahulu, mereka menentang Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan yang sedang diperdebatkan di Parlimen, yang sebenarnya melemahkan lagi kedudukan bahasa Melayu.

Apa yang menarik ialah catatan bagaimana selepas ucapan berapi-api Syed Nasir Ismail, seorang pemuda, Wan Ahmad Nasir melompat naik ke pentas lalu mengambil alat pembesar suara di meja pengerusi dan berteriak: "... dengan ini, saya rampas majlis ini, kami tidak mahu bercakap lagi, semangat kami cukup dibakar, mari berarak ke Parlimen ..."

Usman Awang merakamkan detik-detik bersejarah 3 Mac 1967 itu dalam bait-bait puisinya:

Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata

Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
'Berarak ke Parlimen, aku di muka'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berkata
'Bakar Perlembagaan 152'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang pemuda berteriak
'Ayuh, mari kita berarak'

Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar
'Dada kami sedia dibakar'

Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA

Kita tunggu puisi terkini himpunan 7 Mac.

"Jadilah Pemuda Yang Berani Kerana Kamu Harapan Negara"

“Berikan aku 300 katibah, yang mana rohnya sarat dengan iman dan taqwa, dadanya padat dengan ilmu dan thaqafah, jasadnya terlatih dengan latihan, maka ketika itu jika kamu mengajak aku untuk meneroka angkasa lepas, menembusi bumi tujuh petala, menghancurkan kepala penjajah, aku sanggup”.