Sejak PRU-12 berlangsung kita lihat pentas politik negara sentiasa panas dan rancak beraksi tidak seperti tahun-tahun sebelum ini yang punyai waktu surut dan tenang. Tetapi ianyanya berbeza dengan apa yang berlaku sekarang ini apabila pentas politik berombak dan terus bergelora tanpa henti. Selepas 'Batalion Parti' yang digelar Pakatan Rakyat atau lebih gelemor dengan PR ini menguasai di 5 buah negeri di semenangjung Malaysia. Kemudian pertempuran yang terjadi di Permatang Pauh melihatkan PR sekali lagi menewaskan pasukan yang di anggap kuat sebelum ini iaitu Barisan Nasional atau lebih popular dengan BN menimbulkan persoalan di kalangan orang ramai dan parti politik adakah kemengan ini disebabkan pengaruh Anuar Ibrahim atau rakayat hanya melepaskan geram kepada BN atau pun sokongan kepada Pakatan Rakyat yang yang kian diminati ramai??
Persoalan tersebut terjawab apabila berlangsungnya PRK P036 di Kuala Terengganu. Pilihan raya ini jelas menunjukkan apabila sekali lagi Betalion PR menumpaskan BN dengan kekalahan yang amat memalukan setelah BN kerugian berjuta-juta digunakan untuk memastikan P036 menjadi milik mereka. Di sini sekali lagi BN terpaksa berputih mata. Tetapi mereka (BN) tidak putus asa dan mereka tidak menegnal erti malu serta insaf dengan apa yang terjadi.
Tidak lama selepas itu, pentas politik Tanah Air sekali lagi bergoncang apabila 2 orang ecxo PR mengambil kepusan untuk melompat parti menyebabakan jumlah kerusi kedua-dua parti adalah sama. Apa yang berlaku ialah Menteri Besar Perak di lucutkan jawatannya sebagai Menteri Besar yang dilakukan oleh sultan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pelucutan jawatan MB itu tiada sebab-sebab yang munasabah dan sebab-sebab yang boleh diterima oleh akal. Ini adalah suatu perangcangan yang paling teruk dilakukan apabila pihak yang ingin menjatuhkan PR menjadikan Sultan sebagai mangsa untuk mereka (BN) berselindung.
Bapaku pernah memberitahuku sewaktu aku masih budak hingusan bahawa UMNO memang jahat dan aku memahaminya apabila meratapi wajah-wajah penduduk Memali termasuk Ulamak yang digelar Hj. ibrahim Libya di bunuh oleh pasukan polis yang diarah oleh Musa Hitam pada zaman pemerintahan Mahathir. Pada kali ini pimpinanUMNO semakin hilang maruah apabila sanggup mempermainkan sultan dan rakyat. Inilah yang dikatakan perjuangan membela nasib orang melayu. Ini belum lagi bicara soal PPSMI, kes pembunuhan warga Monggolia, rasuah, jenanyah yang menjadi-jadi dan banyak lagi yang semakin memeningkan rakyat yang memikirkan menteri-menteri seperti ini.
Akhirnya, bila nak pilih pemimpin.. pilihlah yang akan membawa kebaikan kepada negara dan rakyat mahupun di dunia juga di akhirat kelak. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang kalian fikirkan.
No comments:
Post a Comment