
Ketika mana bumi Gaza sedang dicabuli dan diserang dengan dasyatnya oleh Zionis Israel sehingga ribuan penduduknya terkorban dan menderita kerana kekurangan ubat-ubatan. Ketika mana Rakyat merintih merayu meminta bantuan daripada mereka yang mempunyai rasa simpati untuk menghulurkan pelbagai bentuk bantuan untuk mereka walaupun hanya sekadar berdoa. Ketika mana seluruh ahli gerakan Islam sedang berusaha untuk membangkitkan kesedaran mereka masih leka dengan duniawi yang penuh dengan keseronokan dan tipu daya.

Kalau sebelum ini Avril Laving telah di datangkan ke Malaysia kononnya untuk meghiburkan anak-anak muda walaupun dibantah oleh badan-badan NGO dan Mahasiswa termasuk parti politik PAS kerana ianya diadakan sehari sebelum menjelangnya bulan Ramadhan dan Malaysia akan menyambut hari Kemerdekaan yang penuh bersejarah namun konsert tersebut tetap di teruskan.

Dan kini ia berulang lagi dengan situasi yang seakan-akan sama kalau dahulunya konsert ini diadakan ketika mana masyarakat Islam sedang menanti-nanti dan bersedia untuk menyambut bulan Ramadhan yang peuh kemuliaan dan kini masyarakat Islam sedang bersedih, marah dan beci dengan apa yang terjadi kepada umat Islam di Gaza. Ini jelas menunjukkan satu perancangan musuh Islam untuk merosakkan masyarakat Islam terutamanya golongan muda. Perkara ini ramai dikalangan kita tidak sedari, mereka yang memusuhi Islam sudah lama membuat perancangan ini untuk melemahkan umat Islam supaya umat Islam yang ada melupakan apa yang terjadi tehadap saudara-saudara meraka di Gaza dan melemahkan semangat jihad yang sepatutnya ada dalam diri orang Islam, dalam masa yang sama untuk merosakkan generasi-generasi yang akan memimpin negara kelak.

Wahai umat Islam sedarlah kalian, jangan sesekali mengikuti hawa nafsumu yang sentiasa megajak ke arah keseronokan. Selamatkan anak muda kalian dari terus di suntuk dengan racun hiburan. Ayuh kita membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang terlibat dengan konsert untuk merosakkan masyarakat di negara kita ini.
Kami cintakan Agama, Ummah, Tanah Air.
No comments:
Post a Comment