Friday, January 2, 2009

Meneruskan Perjuangan Rasulullah..

Himpunan aman membantah kekejaman zionis perlu diteruskan untuk menyatakan bahawa rakyat Palestin bukan keseorangan dalam mempertahankan Aqidah Islam. Bermula himpunan yang telah diadakan pada 30 Disember 2008 yang mana telah menggabungkan badan-badan NGO dan pertubuhan Islam telah berjaya mengumpul orang seramai lebih 500 orang yang hadir ke perhimpunana tersebut termasuk satu rombongan dari Negeri Kedah.

Dan Intifadha ini berterusan apabila kita lihat pada 2 Januari 2008 menyaksikan lebih ramai badan-badan ngo serta pertubuhan yang mengadakan perhimpunan ini iaitu di Masjid Negara setelah selesai solat jumaat dan hajat. Juga negeri yang mengadakan Intifadha menentang kezaliman Zionis terhadap bumi Gaza juga ialah gabungan badan NGO dan Pewrtubuhan di Kedah dan Pahang. Kampus-kampus juga tidak hanya berdiam diri tetapa turut bersama dengan gerakan Islam yang lain seperti UIA dan UTM, Skudai.

No comments: