Friday, November 14, 2008

Sunnah Orang Berjuang

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih bela
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan RasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Itulah sunnah berjuang ke jalan Allah

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Antara yang fana atau syurga



Oleh itu usahlah kalian bersediah sekiranya mendapat kesusahan kerana itu sunnah seorang pejuang. Setiap ujian yang datang itu perlu kita menerimanya dengan berlapang dada kerana ianya untuk menyucikan jiwa kita yang masih wujud daki-daki kemaksiatan. Jika kita anggap ujian yang menimpa kita itu sangat berat, sedarkah kita bahawa masih terdapat orang yang menerima ujian yang lebih berat lagi namun mereka menerimanya dengan hati yang tenang dengan mengharap pertolongan daripada Allah. Dan ingatlah bahawa ujian dari Allah itu adalah syarat untukmenempah tikit ke Syurga. Ucaplah 'Hasbunallah wa nikmal wakil' ketika kalian berhadapan dengan ujian atau bila mendapat kesusahan, Insya'Allah dengan keihklasan hati yang wujud dari dalam diri kalian... Allah akan memberi pertolongan kepada kalian.

Apa yang penting adalah keyakinan kita kepada Allah bahawa Dia yang berkuasa untuk berbuat apa sahaja. Kesenangan, kesusahan, kematian dan sehgala-galanya adalah datang daripa-Nya. Oleh itu berpegang teguhlah kita kepada tali Allah supaya kita tidah terjatuh kedalam lembah yang membuatkan kita menyesali seumur hidup di Akhirat kelak.

Sekian, sekadar tazkirah buat diri dan saudara.

No comments: