Saturday, November 22, 2008

Kami Sayang Palestin



Selamatkan Bumi Palestin

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada seluruh umat manusia yang mempunyai hati nurani. Sedarkah kalian bahawa bumi Palestin masih lagi di perlakukan sesuka hati oleh binatang-binatang buas yang berupa manusia!. Adakah kalian sedar bahawa manusia-manusia yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman binatang-binatang gila itu yang tidak mengira siapa di depan mereka samada budak kecil yang masih suci, orang tua yang tidak bermanya, perempuan yang lemah apatah lagi pemuda dan remaja Palestin, mereka dibantai, ditangkap dan diseksa dengan kejam, ditembak tampa belas kasihan. Rakyat Palestin yang suci berjuang sehingga mengorbankan diri itu di tuduh dan digelar sebagai pengganas oleh negara besar yang satu kepala dengan binatang-binatang buas itu. Amerika yang dikatakan sebagai polis dunia bertindak untuk melihat sahaja rakyat Palestin dibunuh seolah-olah mereka sedang menonton cerita perang antara tentera yang lengkap bersenjata dengan tentera yang mersenjatakan batu-batu jalanan dan berperisaikan baju kain dan tembok-tombok yang sudah musnah. Malah Amerika merupakan negara kuat yang menyumbang peralatan dan kewangan untuk memastikan kelengkapan perang untuk binatang itu sentiasa cukup dan moden.

Jangan Turut Sama Jadi Binatang

Kita sering mengutuk tindakan kejam si binatang-binatang Israel bila melihat kekejaman yang di alamai oleh rakyat Palestin. Tetapi sedarkah kita sebenarnya kitalah yang menyebabkan tentera Israel bertambah kuat!. Kita yang mengutuk Israel ini setiap hari menyumbang peluru untuk menembusi rakyat Palestin, kita juga telah membantu Israel menukar kereta kebal mereka yang rosak kepada kereta kebal yang baru supaya serangan dapat dilakukan dengan mudah, adakah kita sedar..!! Kita telah meningkatkan ekonomi negara si binatang-binatang buas itu. Sedarlah kalian bahawa satu batang rokok yang dihisap itu bererti satu butir peluru telah menembusi mereka yang tidak berdosa..!! Apa sahaja barangan yang kalian beli yang datang daripada negara-negara yang bersubahat dengan Israel bererti kamu akan mempunyai saham ke atas kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Cukupkah Dengan Hanya Menatap Dengan Bisu

Wahai umat dunia..!! Adakah kalian berpuas hati dan selesa dengan hanya melihat sahaja rakyat Palestin ynag tidak berdosa diperlakukan sesuka hati..?? Orang gila pun akan mengamuk bila hak mereka dicerobohi. Lembu yang tidak mempuyai akal fikiran pun pandai mengejar untuk menanduk sekiranya anak mereka dizalimi. Tetapi apa yang sepatutnya gelaran kepada orang yang tidak mempunyai perasaan terhadap penyeksaan yang dialami oleh insan seperti mereka terutamanya umat Islam kerana kalian adalah saudara-saudara mereka yang di zalimi.

Kepada umat Islam.. Syeikh Ahmad Yasin ada mengatakan "bila mana kami akan diserang, tidakkah kalian mampu untuk berdoa kepada pemuda-pemuda kami, wanita-wanita kami, dan orang-orang tua kami yang akan menjadi bahan bakar untuk melawan zionis Yahudi Laknatullah..". Itulah perkara yang paling mudah untuk dilaksakan. Adakah kalian merasakan semua ini tidak akan disoal di akhirat kelak??

Kepada umat dunia yang cintakan kedamaian dan yang bencikan kezaliman. Ayuh bersama-sama kami untuk melawan kezaliman ini dengan apa cara sekalipun samada serangan melalui penulisan, serangan ekonomi, serangan moral dan pelbagai lagi yang boleh kita sama-sam lakukan. Gunalah peluang dan kemudahan yang ada.







No comments: