Monday, August 11, 2008

Tiada keganasan dalam Islam

Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di dunia ini. Setiap penganut akan menyatakan kebaikan agama masing-masing. Tetapi apa yang berlaku hari ini ialah agama Islam dipandang serong oleh sebilangan besar masyarakat dunia. Pelbagai perspektif yang negatif telah diletakkan oleh mereka terhadap Islam. Mereka menuduh Islam ini tidak adil, Islam agama yang ganas, dan bermacam lagi termasuklah tuduhan-tuduhan dan tanggapan buruk terhadap Nabi S.A.W. dan juga Allah S.W.T. Kebanyakan mereka yang memandang serong terhadap Islam disebabkan terpengaruh dengan hasutan-hasutan atau si pereka cerita yang bukan-bukan terhadap Islam. Apatah lagi bila si pereka cerita karut ini daripada negara-negara besar yang mempunyai pengaruh yang kuat.



Mereka tidak sepatutnya menilai Islam dengan hanya melihat terhadap seorang individu atau pun satu mazhab sahaja sebaliknya perlu lihat kepada keseluruhan yang terdapat dalam Islam sebelum menilainya. Penulis mengalu-alukan kepada mereka yang sangsi terhadap Islam supaya mengkaji apa itu Islam yang sebenarnya, fahami betul-betul apa yang tertulis di dalam kitab suci al-Quran dan nilai dengan apa yang berlaku di sekeliling, lihat dan fikir dengan bencana dan keajaiban yang berlaku di seluruh pelusuk dunia. Jika semua ini dikaji dan diteliti tentu akan perolehi jawapannya, akan tahu sejauh manakah kebenaran yang dibawa oleh Nabi S.A.W., Al-Quran, dan Allah S.W.T.
Kepada umat Islam yang cintakan Agamanya.. Sedarlah kalian bahawa Islam sedang dipijak-pijak oleh mereka yang sentiasa mahu Islam ini tumbang. Jangan hanya berpeluk tubuh, jangan selesa dangan kesenangan yang dipinjamkan, jangan hanya menuntut ilmu untuk kepentingan dunia sahaja tanpa menghiraukan keadaan Islam sekarang...!!! Bersama-samalah kita untuk memartabatkan kesucian Islam di mata dunia, Bersama kita membersihkan nama Islam yang telah pun dikotori oleh musuh-mush Islam. Jangan sampai kita menambahkan kotoran itu dengan perbuatan kita. Sesungguhnya kemenangan akan diperolehi sekiranya kita semua bersatu hati, tenaga, fikiran, dan segalanya demi mempertehankan dan seterusnya menegakkan Islam di muka bumi ini. Yakinilah dengan pertolonagan Allah..!!

No comments: