Tuesday, March 16, 2010

Rakyat bersama Tok Guru tidak akan tunuk kepada Kezaliman

Memo bantah rampas royalti ke Yang Dipertuan Agung
Harakahdaily

KUALA TERENGGANU, 17 Mac: Puluhan ribu rakyat Terengganu dan Kelantan dijangka akan berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Mahmud 20 Mac ini bagi mempersembahkan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin sempena keberangkatan baginda ke Terengganu.

Ia akan dilaksanakan kira-kira jam 11.45 pagi di lapangan terbang itu, kata pengerusi bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Dr Abdul Halim Bin Yusof dan Mohamad Fauzi Bin Abu Samah dalam satu kenyataan media mereka.

Bagi meraikan rombongan rakyat Kelantan ke Terengganu untuk acara persembahan memorandum, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah bersetuju untuk melepaskan konvoi 200 buah kereta rakyat Kelantan di Bukit Yong, Pasir Puteh, pada jam 7.30 pagi, 20 Mac ini.

Sebelum itu, Gegar akan menganjurkan Dialog dan Solat Hajat Perdana Royalti Rakyat Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 18 Mac 2010, di Terengganu Ekuestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Majlis akan bermula dengan solat hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah pada jam 7.30 malam dan dialog akan diadakan selepas solat Isyak di Resort TER.

Program ini dikira antara kemuncak bantahan rakyat Terengganu dan Kelantan terhadap rampasan royalti minyak milik mereka oleh kerajaan pusat. Sebelum ini, mereka berhimpun di Stadium Sultan Mohamad Kota Bharu. Kini, program bersama pula diadakan di Terengganu.

Harakahdaily difahamkan, banyak program pada tarikh yang sama yang diaturkan sebelum ini dibatalkan untuk membolehkan semua rakyat Terengganu menyertai majlis ini. Malam tadi, seorang pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan kuliah Maghrib beliau di Masjid Batu Enam pada 18 Mac ini telah dibatalkan untuk membolehkan orang ramai berkumpul di TER pada malam itu.

Berikut adalah kenyataan penuh Gegar mengenainya:

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ingin sekali menegaskan bahawa matlamat utama GEGAR ialah mendapatkan hak bayaran tunai atau royalti kepada kerajaan dan rakyat negeri berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.

Sehingga matlamat ini tercapai, GEGAR akan terus menganjurkan berbagai kempen dan usaha bagi menyemarakkan dan menggerakkan sokongan padu rakyat.

Sehubungan ini, GEGAR telah merangka berberapa siri penerangan. Terdekat, GEGAR akan menganjurkan Dialog dan Solat Hajat Perdana Royalti Rakyat Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada 18 Mac 2010, di Terengganu Ekuestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Majlis akan bermula dengan solat hajat di Masjid Tengku Tengah Zaharah pada jam 7.30 malam dan dialog akan diadakan selepas solat Isyak di Resort TER.

Dan, dua hari selepas itu, pada 20 Mac, GEGAR akan mempersembahkan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin sempena keberangkatn baginda DYMM ke Terengganu. Persembahan ini dijangka pada jam 11.45 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. GEGAR menyeru rakyat Terengganu dan Kelantan hadir ke acara-acara ini.

KONVOI RAKYAT KELANTAN PERSEMBAHKAN MEMORANDUM KEPADA YDPA

Bagi meraikan rombongan rakyat Kelantan ke Terengganu untuk acara persembahan memorandum, YAB Menteri Besar Kelantan telah bersetuju untuk melepaskan konvoi 200 buah kereta di Bukit Yong, Pasir Puteh, pada jam 7.30 pagi, 20 Mac 2010.

Rakyat Kelantan dijemput menyertai konvoi ini dengan mengibarkan bendera negeri Kelantan dan berpakaian baju berwarna merah sempena warna bendera negeri Kelantan.

Kibaran bendera Kelantan ini juga bersempena menyambut Hari Keputeraan DYMM Sultan Kelantan yang akan menjelang dan bagi menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada DYMM al-Sultan. GEGAR menjangkakan lebih 10 000 rakyat akan bersama dalam program ini.

Sementara itu, GEGAR mengingatkan rakyat bahawa pada bulan Mac ini genaplah 10 tahun Negeri Terengganu dinafikan hak royalti oleh Kerajaan Pusat.

GEGAR dengan ini menegaskan lagi bahawa royalti adalah hak rakyat berdasarkan kepada undang-undang, fakta dan sejarah dan kerajaan Persekutuan mesti menghentikan ketidakadilan ini.

Sebaliknya, kezaliman kini telah dilanjutkan pula kepada rakyat dan Negeri Kelantan dengan menafikan bayaran royalti dengan beralasan Akta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969. Walhal, ordinan ini telah dimansuhkan. Akta Ordinan Darurat 1969 ini tiada kena mengena dengan tanggungjawab PETRONAS untuk membayar kepada negeri.

Hanya Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) yang boleh diguna pakai kerana Seksyen 13 Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979 telah pun memansuhkan Ordinan Darurat 1969 seperti Perkara 13 dalam Akta 216 : Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1979:

13. (1) Ordinan (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat, 1969 adalah dengan ini dimansuhkan.

Penafian hak negeri ini membuktikan semangat federalisme yang dimeterai sejak kemerdekaan negara telah dinodai oleh Kerajaan Persekutuan walhal dalam amalan federalisme, negeri mempunyai hak mentadbir urus hal-hal yang di bawah bidang kuasa negeri. Melalui hak dan perhubungan yang jelas, baik dan terjamin inilah pembangunan untuk kepentingan rakyat dapat diusahakan dengan berkesan.

GEGAR percaya usaha menuntut hak rakyat ini akan terus berkobar bukan sahaja dari GEGAR tetapi dari seluruh rakyat sepertimana sokongan yang telah dibuktikan melalui Himpunan 100,000 Rakyat Menuntut Royalti pada 28 Januari 2010 lalu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan.

GEGAR akan terus komited dalam perjuangan murni ini bersama rakyat jelata menuntut hak royalti.

“ROYALTI HAK RAKYAT”


Terima kasih.

Dr Abdul Halim Bin Yusof
Mohamad Fauzi Bin Abu Samah
Pengerusi Bersama, Gerakan Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR)

Wednesday, February 10, 2010

Kesenangan itu...

Assalamu'alaikum.. Buat teman-teman, moga sentiasa berada di dalam redha Ar-Rahim. Terlebih dahulu saya ingin mohon maaf kepada teman-teman kerana sudah agak lama tidak bersua di alam maya ini melalui penulisan untuk perkongsian idea kerdil yang dimiliki. Boleh saja saya beralasan sibuk, tetapi setiap daripada kita mempunyai waktu yang sama iaitu 24 jam. Jadi tak perlulah beralasan, cuba belajar untuk tidak beralasan.

Tahniah juga saya ucapkan kepada teman-teman yang tidak jemu-jemu di dalam perkongsian idea yang telah disampaikan melalui blog masing-masing. Mohon dari Allah supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang riak dan munafik dalam berkata-kata, Na'uzubillah.

Dengan ruang waktu yang terbatas ini ingin saya berbicara soal kehidupan kita hari ini. Saya yakin ada dikalangan teman-teman yang pernah mengalaminya apa yang ingin saya sebut pada kali ini, soal ujian hidup.

Kita tidak boleh lari dari ujian atau rintangan dalam kehidupan, setiap dari kita akan melaluinya cuma mungkin ada yang belum lagi diuji. Ujian ini biasa juga teman-teman menyebutnya mehnah dan tribulasi atau ranjau kehidupan. Perkara pertama yang saya mahu nyatakan.. Ujian, rintangan, mahnah dan tribulasi itu semua datang daripada Allah. Ujian itu merupakan tarbiah dari Allah dan mereka aktivis dakwah juga pejuang Islam pasti akan diuji. Allah telah sebut dalam Al-Quran..

Aliff lam mim. Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa "kami telah beriman" dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka Allah mengetahui orang-orang ynag benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Al-Angkabut : 1-3)

Jadi ayat di atas sudah cukup untuk kita menerima hakikat bahawa Allah akan menguji kita dan kenapa kita diuji. Soalnya disini bagaimana bentuk dan rupa ujian itu?

Untuk kita lebih jelas, bukalah kitab-kitab sirah, hadis dan tafsir Al-quran. Banyak diceritakan tentang ujian-ujian yang Allah datangkan kepada hambanya. Lihatlah bagaimana Nabi dan para sahabat diuji dalam usaha menyebarkan ajaran Allah. Hinggakan ada yang dibuang daerah, dipenjara dan dibunuh. Ingat, orang yang paling dasyat diuji ialah para Nabi kita.


"Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi kemudian yang paling baik selepasnya, kemudian orang yang paling baik selepas itu."

Dengan ujian-ujian yang berat dan dasyat seperti itu, para aktivis dakwah akan mepersiapkan diri untuk menghadapinya. Alhamdulillah, ada yang mampu menghadapinya dan sebenarnya mereka yang mampu hanya sedikit.

Tetapi yang lebih menakutkan saya dan mungkin teman-teman ialah bila Allah uji kita dengan kesengan, kemewahan, pangkat dan harta. Masya'allah.. takut sangat, takut tak mampu hadapinya dan akan hanyut dengan semua itu.

Kadang-kadang kita keliru kesenangan yang datang, adakah itu balasan dari Allah atas pengorbanan yang telah kita lakukan untuk Islam atau ianya suatu ujian. Ramai yang gugur dan kalah dengan ujian ini. Mungkin ianya peluang dan kemudahan untuk gerak kerja Islam tetapi bila sudah lama kelamaan lain pula yang berlaku, kesenangan yang dipikul Islam disepak-sepak

Peganglah jawatan yang penting supaya dengan kuasa yang ada dapatlah kita melaksanakan syariat Islam dan menyekat segala kebatilan. Carilah kekayaan supaya dengan kekayaan itu memudahkan akan gerak kerja dakwah dan Islam lebih kuat. Tetapi kenapa bila dah pegang jawatan yang tinggi dan bila sudah bergelar jutawan kamu lupakan janji kamu untuk Islam.! Yang sedihnya ada yang mengejar semua itu sehingga mengabaikan kewajipan sebagai orang Islam apatah lagi tanggungjawab sebagai aktivis dakwah. Astaghfirullah..

Bila ditanya, kenapa sudah lama tidak terlibat dengan gerak kerja? Jawabnya, "maaf syekh.. ana sibuk, banyak pulak kerja kena buat".

Saya tidak nafikan, tidak semua seperti itu kerana ada yang pegang jawatan dan bergelar jutawan tetapi masih tetap dalam perjuangan. Tetapi hakikatnya sangat sedikit yang macam ni.

Nak dengar satu cerita tak? Mungkin ada yang dah pernah dengar cerita ini.
Ada seekor monyet telah memanjat satu pokok kelapa yang sangat tinggi. Bila sampai di puncak pokok kelapa itu tiba-tiba datang tiga jenis angin iaitu angin ribut, angin taufan, angin puting beliung. Ketiga-tiga angin tersebut merempuh pokok kelapa itu dan si monyet tidak jatuh apatah lagi diterbangkan kerana ia memeluk dengan sekuat-kuatnya pada pokok kelapa itu. Angin itu berlalu pergi dan si monyet masih selamat berada di puncak pokok kelapa itu.

Tidak lama kemudian, datang satu angin yang sepoi-sepoi bahasa. Fuuh, sangat lembut tiupan angin itu sehingga mengasyikkan. Oleh kerana terlalu asyik, si monyet tidak perasan yang dia sudah melepaskan tangannya dari pokok kelapa. Apa lagi, jatuhlah si monyet itu ke tanah dan ... K, cukup stakat itu ceritanya. Jadi, apa yang teman-teman dapat daripada cerita tadi.?
Yup, kesimpulannya jangan teman-teman jadi monyet.

Bila kita diuji dengan kesusahan dan kepahitan, semakin erat pegangan kita pada Islam, semakin teguh pendirian kita dalam menyatakan kebenaran, bertambah berani kita dalam mempertahankan Islam, semakin tajam dan kreatif pemikiran kita, semakin erat ukhuwah kita dan semakin dekat diri kita dengan Allah.

Dan bila kita diuji dengan kesenangan, kemewahan, pangkat, kekayaan. Semakin kaku kita dalam menyuarakan kebenaran, semakin hilang keberanian kita dalam mempertikaikan kebatilan, semakin tumpul pemikiran kita dalam memikirkan permaslahan ummah, semakin jauh kita dengan sahabat seperjuangan dan semakin longgar hubungan kita dengan Allah.

Tolong, jangan jadi seperti itu. Teman-teman dan saya pun, minta pada Allah supaya kita diberi kakuatan dalam menghadapi ujian ini. Dan ingat Allah, Allah sayang pada kita.


"Sesungguhnya Allah s.w.t., apabila mengasihi satu kaum, dicubanya mereka itu (dengan berbagai cubaan), barang siapa yang rela dengan cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanNya, barang siapa yang benci (marah) maka baginya kemurkaan Allah s.w.t."

Cukuplah untuk kali ini, perkongsian ini untuk memberi peringatan kepada saya dan teman-teman kerana sebahagian besar apa yang saya nyatakan itu benar-benar berlaku. Terima kasih kerana sanggup membacanya. Ma'assalam..

Friday, January 29, 2010

Kelantan berhak dapat royalti minyak

(Gambar: Puluhan ribu hadir mendengar penjelasan Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubung hak Kelantan mendapat royalti minyak) -Foto: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 28 Jan: Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam.

Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.

Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Orang ramai juga dihidangkan dengan tayang klip video oleh Gegar pada sesi pertama anjuran Urusetia Penerangan Negeri Kelantan.

Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Saturday, January 23, 2010

Himpunan Bersama Tok Guru

Klik Gambar Di Atas Untuk Maklumat Lanjut..

Monday, January 18, 2010

Ulama Ikhwanul Muslimin Fatwakan Haram Impor Produk Israel


Amman – Infopalestina: Majlis Ulama Jamaah Ikhwanul Muslimin di Jordania mengeluarkan fatwa haramnya mengimpor produk dari Israel. Sebab, tindakan itu sama saja dengan mengakui eksistensi Israel di Palestina, normalisasi hubungan dan mendukung ekonomi negara Israel.

Dalam salinan fatwa yang diterima oleh Infopalestina kemarin Ahad (17/1), Majlis Ulama IM Jordania menegaskan, kewajiban umat Islam menurut syariat mengharuskan mengenal produk dan barang yang diimpor dari Israel dan disampaikan kepada Komite Anti Normalisasi dengan Israel, melarang beredar dan memberikan penyadaran kepada khayalak tentang kewajiban mereka terhadap masalah ini.

Para ulama IM juga harus memberikan nasihat kepada para pedagang dan pebisnis untuk tidak bermuamalat dan bekerjasama dengan produk-produk itu baik transaksi membeli atau menjual. “harta benda hasil dari perdagangan ini hukumnya haram menurut syariat” tegas fatwa IM.

Mereka menganggap aneg keputusan pemerintah Jordania yang membebaskan bea masuk kepada ribuan produk impor dari Israel. Ulama IM menilai kerjasama perdagangan dengan Israel sama artinya mendukung zionis, musuh bangsa Palestina dan umat Islam, dan mengokohkannya dengan mengorbankan ekonomi nasional negara Arab setempat. (bn-bsyr)

Sunday, December 13, 2009

Suburkan Kembali Ruh Jihad Dalam Jiwa Umat Islam

Selagi mana semangat Jihad tidak ada dalam jiwa kita, selagi itu Islam tidak akan menang dan selagi itu Palestine tidak akan menjadi milik kita.

Kenyataan di atas berdasarkan fakta sejarah:

1- Kedudukan Islam teguh di Madinah ketika mana Nabi Muahammad menjadi pemimpin di negara tersebut. Penduduk Madinah dan para sahabat mendapat tarbiah terus dari Nabi dan dibekalkan semangat juang yang tinggi sehingga dapat mempertahankan Madinah dari ancaman musuh. Sehingga Kota Makkah dapat dibuka dan dikuasai oleh orang
Islam.

2- Islam dapat ber
kembang ke negara-negara besar iaitu Rom dan Farsi kerana tentera Islam mampu berhadapan dan menewaskan tentera negara tersebut pada zaman Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar.

3- Sultan Salahuddin Al-Ayubi dapat merebut kembali Jurusalem dari cengkaman tentera Salib pada tahun 1193.

4- Pembukaan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya pada 29 Mei 1453.





Umat Islam perlu memiliki Ruh seperti mereka. Jangan sampai musuh islam terus menyutik racun perosak ke dalam tubuh badan kita melalui hiburan, gaya hidup, dan makanan. Kita kesuntukan masa, kesedaran perlu diberi segera kepada mereka yang masih terlena dengan mainan musuh-musuh Islam. Ayuh! Bangkitlah wahai umat Islam!!!

"Mempersiapkan Umat Menghadapi Era Imprealisme Baru"



Sempena kunjungan Dr. Wahbah al-Zuhaili ke Malaysia maka SHURA akan mengadakan pada 23 December 2009 ini di Bangunan Perpustakaan negeri Selangor suatu program penting iaitu "Persidangan Meja Bulat Pimpinan NGO Islam.

Dr Wahbah akan membentangkan kertas kerja penting bertajuk: "Mempersiapkan Umat Menghadapi Era Imprealisme Baru"