Thursday, March 5, 2009

Golongan Muda Memikul Tanggungjawab Besar

Golongan muda jangan sekadar menjadi pemerhati pada 7 mac ini kerana isu PPSMI bukan sahaja isu golongan sasterawan, ilmuan dan pendidik tetapi isu kita semua rakyat Malaysia termasuk golongan muda. Orang muda memainkan peranan yang penting dalam melakukan perubahan kerana Qardawi menyebut "orang muda ini sangat responsif". Sukarno juga ada menyebut "berikan daku 10 pemuda akan ku gongcangkan dunia". Harun Taib menyebut " kita perlu gabung semangat orang muda dan hikmah orang tua. Kesimpulannya di sini, orang muda perlu kehadapan daripada yang lain jika tidak mahu masa depan generasi sekarang dan akan datang musnah kerana PPSMI. "Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya".

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said juga menyeru anak muda untuk bersama-sama membantah PPSMI dalam satu temuramah "Anak muda perlu lebih ke depan. Kalau dijalanan, saya didepan kalau terjadi apa-apa, saya yang awal akan tumbang. Itu kalau berlaku kekerasan.

Satu hal lagi, anak muda perlu ke depan kerana perjuangan ini melibatkan masa depan mereka. Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda dan ia juga merupakan jati diri sesuatu bangsa, hati nurani sesuatu bangsa. Kalau ia tidak dipertahankan apa lagi yang tinggal untuk anak muda ini.

Kalau anak muda melihat ini sebagai satu perkara yang remeh ianya silap kerana kalau dalam soal bahasa yang melibatkan maruah bangsa sanggup elita kuasa ini perkotak-katikkan, apa lagi dalam soal lain. Jadi saya harap lebih ramai, anak-anak muda yang tampil ke depan berjuang bersama saya dan rakan-rakan untuk melestarikan bahasa ibunda kita demi untuk kita semua juga bukan hanya untuk saya seorang."

Kita perlu sedara bahawa golongan agamawan juga turut bertegas dalam menyatakan bantahan mereka terhadap isu PPSMi ini. Petikan 'Pengisytiharan Muafakat Ulama Membela Martabat Melayu' yang diadakan di Madrasah An-Nur, Pendang :

Maka kami sebagai golongan agama yang prihatin terhadap sebarang hal-ehwal yang ada kaitan dengan kedudukan Islam dan kaum Muslimin di Negara ini, berpendirian,

1.MENOLAK perlaksanaan PPSMI dalam sistem pendidikan Negara,

2.MEMBANTAH penerusan perlaksanaan PPSMI kerana ia menjejaskan kedudukan bahasa Melayu yang sudah diangkat martabatnya sebagai bahasa ilmu dan sekaligus bahasa Islam,

3.MENEGASKAN bahawa dalil agama untuk mengembalikan pengajaran sains dan Matematik kepada bahasa Melayu sangat kuat kami sandarkan kepada nas-nas naqli berikut:

-Menggunakan bahasa yang dapat menerangkan dan memahamkan konsep dan falsafah kebenaran adalah matlamat utama kenapa Al-Quran menggunakan bahasa ibunda Arab sebagai pengantar untuk menjelaskan makna dan intisari ajaran Islam kepada bangsa Arab.

-Bahawa bahasa yang tidak tercemar dengan makna dan faham yang terlepas dari konsep ketauhidan Allah dan membolehkan mesej asas Islam mengenai Ketuhanan disampaikan adalah punca kenapa Al Quran memileh bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Lantaran itu Bahasa Melayu yang telah sarat melalui proses Islamisasi adalah bahasa yang paling wajar dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara untuk menjayakan proses pembinaan tamadun islam dalam masyarakat Malaysia.

Manakala bahasa Melayu yang sarat dengan konsep Islam dari Al Quran diketepikan penggunaannya dalam pengembangan ilmu ,maka kesan sekularisasi bahasa yang telah berlaku dalam sejarah pengembangan bahasa inggeris yang sangat dipengaruhi oleh sejarah sekularisasi agama Kristian akan mempunyai impak kepada masyarakat Melayu islam di Negara ini.

4.MENDESAK supaya perlaksanaan PPSMI hendaklah diberhentikan dan penggunaan bahasa Melayu kembali digunakan sebagai bahasa pengantar dalam semua matapelajaran kecuali dalam pengajaran bahasa yang lain , di seluruh institusi pendidikan di semua peringkat .

5.MENUNTUT agar kerajaan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk membentuk tamadun tinggi dalam masyarakat, sementara memberi ruang untuk pelajar mempelajari pelbagai bahasa lain untuk meningkatkan keupayaan menguasai pelbagai ilmu dari sumber bahasa yang lain,

6.MENDESAK agar tulisan jawi kembali diperkasakan dalam sistem pendidikan Negara termasuk mengalakkan urusan rasmi menggunakan tulisan jawi sebagai identiti negara,

7.MENEGASKAN bahawa pengajaran bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan kaedah dan pendekatannya, namun bukan dengan cara mengenepikan bahasa Melayu sebagai pengantar matapelajaran seperti yang dilaksanakan dalam PPSMI masakini,

8.MENGGESA supaya penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar hendaklah diperundangkan dan dikuatkuasakan dalam semua sektor Negara semada awam mahupun swasta.

9.MENEGASKAN bahawa pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak boleh berdaleh dengan alasan pencapaiaan UPSR , PMR mahupun SPM untuk menjadi asas untuk meneruskan atau memberhentikan perlaksanaan PPSMI,

10.MENDESAK supaya pihak kerajaan tidak menggunakan dalil mencapai kemajuan bertaraf dunia sebagai alasan untuk meneruskan PPSMI kerana hujah ini sudah muktamad ditolak oleh perbandingan dan bukti dengan pelbagai Negara lain yang tidak mengutamakan bahasa Inggeris untuk mencapai kemajuan sesuata bangsa dan Negara.

11.MENGESA agar seluruh warga pendidik dan waris pelajar-pelajar disemua institusi pendidikan Negara agar bersama bersatu untuk membantah perlaksanaan PPSMI

Begitu juga petikan ucapan daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM):

"Sebagai golongan anak muda yang berada pada zaman ketidaktentuan dasar pendidikan negara, kita harus sedar bahawa dasar PPSMI ini tidak boleh dipandang remeh memandangkan dasar ini menyentuh isu pendidikan negara dan pendidikan secara tidak langsung akan melibatkan generasi pelajar.

Maka, dasar seperti ini sebenarnya yang akan menentukan corak dan identiti generasi masyarakat Malaysia pada masa akan datang.

Dalam pada itu, dasar ini juga dilihat akan mengorbankan puluhan ribu anak-anak pelajar luar bandar memandangkan mereka berada dalam suasana yang jauh dari kemudahan untuk memperoleh pendidikan di peringkat asas lebih-lebih lagi dalam soal Bahasa Inggeris.

Berdasarkan situasi tersebut kita dapat melihat bahawa PPSMI ini adalah satu bentuk diskriminasi yang hanya menguntungkan segolongan elit di bandar-bandar saja.

Wajarkah kita berbangga dengan kejayaan segelintir rakyat ke peringkat tertinggi tetapi dalam masa yang sama kita menggagalkan masa depan majoriti besar anak-anak marhein di kampong-kampung?

Kesan dari dasar PPSMI ini tidak akan dirasai oleh generasi pemimpin hari ini, sebaliknya bebanannya akan ditanggung oleh kita sebagai generasi masa hadapan.

Maka, perjuangan untuk menolak dasar PPSMI ini merupakan tanggungjawab yang wajib digalas oleh seluruh anak muda yang sayangkan masa depan identiti rakyat dan negara Malaysia.

Maka, sebagai gerakan pelajar yang membawa idealisme anak muda, adalah wajib bagi kita untuk berjuang menjayakan agenda 7 Mac ini.

Biar kali ini kita mencatat sejarah dengan menjadi golongan yang bertanggungjawab mencorak masa depan Malaysia berbanding menjadi golongan yang tidak membuat apa-apa sehingga akhirnya dicaci oleh generasi akan datang."

Petikan-petikan ini jelas menunjukkan bahawa anak muda termasuk yang bergelar mahasiswa perlu berani untuk menyatakan pendirian selaku rakyat yang berintelektual tinggi dalam membela nasib rakyat yang ditindas. Justeru, adakah kita rela meneruskan tugas selaku mahasiswa dengan memberi tumpuan pada belajar di kampus semata-mata sedangkan rakyat yang miskin di luar sana sedang ditimpa masalah dan mempunyai halangan untuk meneruskan pembelajaran apatah lagi menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi seperti mana kita sekarang ini. Semuanya terserah kepada kalian samada sekadar berpeluk tubuh atau turun bersama-sama masyarakat memperjuangkan nasib rakyat untuk membantah PPSMI.

Elok juga dihimbau peristiwa "api dan air mata", pada hari Jumaat, 3 Mac 1967, 42 tahun lalu, di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, apabila hampir 2,000 orang daripada 120 NGO berkumpul, "duduk berhimpit-himpit, berdiri berjejal-jejal, di pintu masuk bersesak-sesak, di anak tangga jengah-menjengah, yang di bawah berpusu-pusu".

Tujuan mereka di Balai Budaya itu hampir sama dengan himpunan 7 Mac 2009 bagi menuntut mansuhkan PPSMI. Dahulu, mereka menentang Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan yang sedang diperdebatkan di Parlimen, yang sebenarnya melemahkan lagi kedudukan bahasa Melayu.

Apa yang menarik ialah catatan bagaimana selepas ucapan berapi-api Syed Nasir Ismail, seorang pemuda, Wan Ahmad Nasir melompat naik ke pentas lalu mengambil alat pembesar suara di meja pengerusi dan berteriak: "... dengan ini, saya rampas majlis ini, kami tidak mahu bercakap lagi, semangat kami cukup dibakar, mari berarak ke Parlimen ..."

Usman Awang merakamkan detik-detik bersejarah 3 Mac 1967 itu dalam bait-bait puisinya:

Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata

Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
'Berarak ke Parlimen, aku di muka'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berkata
'Bakar Perlembagaan 152'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang pemuda berteriak
'Ayuh, mari kita berarak'

Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar
'Dada kami sedia dibakar'

Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA

Kita tunggu puisi terkini himpunan 7 Mac.

"Jadilah Pemuda Yang Berani Kerana Kamu Harapan Negara"

“Berikan aku 300 katibah, yang mana rohnya sarat dengan iman dan taqwa, dadanya padat dengan ilmu dan thaqafah, jasadnya terlatih dengan latihan, maka ketika itu jika kamu mengajak aku untuk meneroka angkasa lepas, menembusi bumi tujuh petala, menghancurkan kepala penjajah, aku sanggup”.

"Dan demikianlah Kami wahyukan Al Quran kepadamu dalam bahasa Arab , agar engkau memberi peringatan kepada penduduk ibukota (Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) di sekelilingnya serta memberi peringatan tentang Hari berkumpul (Qiamat) yang tidak diragukan adanya . Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka ". (Asy-Syura: 7)

No comments: