Alhamdulillah, syukur kepada Dia yang masih memberi peluang kepada saya dan kalian untuk hidup di atas muka bumi yang hanya sementara ini. Syukur juga di atas nikmat yang dikurniakan kepada kita semua, tidak putus-putus nikmatNya, Terima Kasih Allah..
Sudah lama rasanya tidak bertemu kalian di alam maya ini. Bukan tidak mahu, tetapi akibat kekangan waktu, bukan bermaksud saya menyalahkan waktu, tetapi menunjukkan betapa terbatas dan lemahnya kita selaku hamba kepada Dia.
Semoga kalian sihat. Kepada yang kurang sihat, bersyukurlah kerana Allah ingin memberi kebaikan kepada kalian. Bila Allah ingin memberi kebaikan, maka Dia akan uji kalian. Betapa berungtung mereka yang bersabar apabila didatangi ujian atau musibah. Sebenarnya Allah sangat sayang kepada kita selaku hambaNya.
Saya dan beberapa orang sahabat berpeluang melalui kerja yang memenatkan tetapi sangat menyeronokkan. Ya, Konsert Antara Dunia membekalkan pengalaman baru kepada kami, yang paling penting banyak yang kami belajar di dalam menjayakan program yang saya kira program yang agak besar, apatah lagi melibatkan orang ternama iaitu abang-abang dari RABBANI Records.
Cabaran kepada kami apabila konsert ini diadakan di Stadium Melawati Shah Alam. Kerana memang bermasalah sekiranya kerusi di dalam stadium tidak dipenuhi oleh penonton semasa konsert nanti. Tetapi kerja n penat kami yang kami terima sangat kecil jika dibandingkan dengan MT konsert dan mereka yang seangkatan dengannya. Saya sangat kagum dengan mereka, tidak mengenal erti penat dan jemu. Walaupun ramai dikalangan mereka adalah muslimat, tetapi gerak kerja kadang-kadang mengalahkan muslimin, ini dari hasil pemerhatian saya. Dan mereka lakukan gerak kerja bukan kerana nama dan mahu dibayar, tetapi semata-mata kerana Allah, kerana ingin melihat Islam tersebar luas ke pelusuk dunia.
Konsert ini tidak akan berjaya tanpa bantuan dari Allah. Sangat luar biasa penonton yang hadir pada malam konsert itu berlangsung. Apa yang menarik ialah, konsert pada malam itu sarat dengan pengisian rohani juga pengkobaran semangat Jihad. Kerana bukan sekadar nasyid tetapi pentomin dan sesi muhasabah yang saya kira banyak memberi kesan kepada yang hadir.
Saya pun tidak pernah terbayang akan pentarbiahan yang sebegitu rupa di dalam konsert tersebut. Persembahan Shoutul Harokah memang tepat pada masanya, lagu yang dinyanyikan pengubat dan memberi semangat kepada sahabat-sahabat yang telah berjuang pada siang hari itu. Tahniah GAMIS kerana berani menganjurkan KAD'09 dan terima kasih RABBANI kerana tunjuk ajar yang diberikan. SYUKRAN YA ALLAH.
Moga konsert sebegini diteruskan. Tok Guru sudah menganjurkan di Kelantan, GAMIS telah menganjurkan di Selangor, Insya'Allah ianya akan disusuli oleh negeri yang lain. Moga laungan AllahuAkbar bergema di setiap tempat. Apa yang penting, perlu kuat dan berani dalam memperjuangkan ISLAM.
Koleksi Gambar KAD'09
1 comment:
em mga shbt yg tdk sht itu dberi kebaikan oleh allah. peringatan utk ana.. tahniah krn bjaya jlnkan program dgn baik. ana turut trasa tempias semangat yg bgn spt enta rasa. wlupun ana tdk dpt bsama2. mga Islam megah dpersada dunia.
Post a Comment