Thursday, March 12, 2009

Tahniah! Kejayaanmu Menaikkan Nama Islam

-KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan. Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini. -

Kalau sebelum ini Siti Fatimah Mukhtar yang mendapat 17 A1 dalam peperiksaan 2006. Bagaimanapun dalam laporan akhbar harian pada waktu itu tidak disebut langsung kejayaan cemerlang pelajar sekolah agama di bawah kendalian Yayasan Islam Kelantan (Yik). Pada peperiksaan kali ini, seorang lagi pelajar di sekolah yang sama membuktikan kejayaannya belajar di sekolah aliran agama.

Perkara yang baik ini sepatutnya di war-warkan keseluruh negara kerana kita berbangga di atas kejayaan anak Melayu yang beragama Islam. Mereka ini patut dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar di negara ini. Sistem pembelajaran yang berjalan di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Perempuan ini perlu ditiru oleh sekolah-sekolah di Malaysia. Seorang anak itu baik sekiranya keluarganya menerapkan akhlak yang baik, manakala pelajar itu berjaya dan cemerlang sekiranya sekolah dan guru-gurunya adalah cemerlang.

Masyarakat perlu tahu apa rahsia kejayaan mereka, bagaimana mereka belajar di sekolah, apa yang mereka lakukan di luar waktu sekolah, bagaimana sistem di sekolah mereka, dan banyak lagi perkara yang perlu dilihat dan dikaji sekiranya mahu anak-anak kita dan generasi akan datang mendapat kejayaan seperti mereka.

Apa yang penting adalah mereka ini bukan berjaya dari segi akademik semata-mata, tetapi mereka juga pastinya cemerlang dari sudut akhlak Islamnya. Walaupun seseorang itu cemerlang akademiknya, dapat 30 A1 sekalipun tetapi akhlaknya tiada, maka kejayaan itu tiada maknanya. Akhlak itu lebih penting dari kecerdikan dan kepintaran. Orang yang pintar dan tidak mempunyai akhlak Islamiah akan menipu mereka yang bodoh dan kurang bijak tetapi sekiranya seseorang itu mempunyai akhlak dan tidak mempunyai kepintaran maka dia akan disenangi oleh masyarakat, ini satu contoh mudah jika dibandingkan dalam dua situasi tadi.

Yang cantiknya ialah pintar dan berakhlak. Mereka ini bukan sahaja pintar dari segi pemikirannya tetapi dalam masa yang sama mereka mempunyai akhlak yang mulia. Oleh itu, sebagai ibu dan bapa, tentu sekali mahu melihat anak-anak kita bukan hanya berjaya di dunia semata-mata tetapi kejayaan di akhirat kelak lebih utama. Mereka yang menghantar anak-anak ke sekolah ugama perlu bersyukur kerana mereka telah berusaha untuk melihat anak-anak mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Jangan pandang serong dan remeh terhadap sekolah ugama, memang tidak dapat dinafikan terdapat pelajar-pelajar di sekolah ugama yang terbabit dengan kes-kes jenanyah. Tetapi kita perlu ingat bahawa di sekolah ugama juga mempunyai pelajar yang pelbagai watak. Walaupun terdapat kes-kes yang sebegini namun bilangannya amat sedikit jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah biasa yang jauh lebih banyak kes-kes yang membabitkan jenanyah dan keruntuhan akhlak yang membimbangkan kita semua.

Tahniah saya ucapkan kepada Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal dan pelajar-pelajar yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Teruskan usaha kalian, tenaga kalian diperlukan di masa hadapan untuk memimpin masyarakat dan negara. Moga kalian berjaya di dunia dan akhirat. Insya'Allah, Amien..

Saturday, March 7, 2009

Si Anjing Merah Suruhan Sang Pemerintah

Pada tarikh 7 Mac 2009, satu lagi hari yang bersejarah buat rakyat Malaysia. Pada hari tersebut rakyat telah membuktikan ketidak sokongan dan bantahan mereka terhadap pelaksanaan PPSMI dengan turun beramai-ramai berarak dari tiga loksi iaitu Masjid Negara, Sogo, dan Pasar Seni ke Istana Negara. Labih 100,000 manusia termasuk kanak-kanak, remaja sekolah, mahasiswa, ibu bapa dan orang tua yang perpakaian putih memenuhi jalan raya dari dari Masjid Negara hingga berdekatan pintu pagar Istana Negara.

Belum sempat Sultan melihat wajah harapan rakyat jelatanya, pasukan polis yang dikatakan bertugas ntuk menjaga keselamatan negara termasuk rakyat Malaysia telah bertukar menjadi si anjing merah yang lapar bersedia untuk bergomol dengan mangsanya. Si anjing ini tanpa rasa perikemanusian melayan rakyat dengan tembakan gas pemedih mata. Mungkin mereka lupa atau buat-buat lupa bahawa gaji yang mereka dapat itu dibayar oleh rakyat yang mereka perlakukan seperti binatang itu.

Teriakan lantang Takbir dan laungan AllahuAkbar disambut menguatkan semangat rakyat. Tembakan gas pemedih mata semakin banyak dilepaskan dan terus mengasak tidak mengira orang tua, wanita mahupun kanak-kanak yang dalam dakapan ibu bapa mereka. Suasana skeliling dipenuhi asap putih yang berbisa menyebabkan orang ramai terpaksa bertepiaran kerana tidak tahan dengan asap yang menusuk masuk kerongga tekak dan mata sehingga muka mereka merasakan bagai hendak terbakar. Kanak-kanak menangis akibat terkena gas tersebut sambil muka mereka di lap dengan kain basah oleh ibu bapa mereka termasuk orang ramai yang turut membantu.

Walaupun dalam keadaan mata yang berair akibat kepedihan yang tidak tertahan, rongga tekak yang memaksa mereka batuk dan muntah tidak melumpuhkan semanagt untuk mara kehadapan sambil melaungkan kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasululah. Mereka memanjat bukitkerana jalan dibawah telah dipenuhi asap tabal yang berbisa. Polis yang berada di situ melihat orang ramai tanpa rasa sedikit pun simpati dariada raut wajah mereka. Seorang mak cik yang tidak tahan melihat dua orang anaknya yang salah seorang daripadanya adalah kanak-kanak kurang upaya memarahi polis yang mengawal di situ, tetapi tindakan mak cik itu ibarat mencurah air ke daun keladi sehingga orang lain terpaksa menenangkan mak cik itu kerana perbuatan itu hanyalah sia-sia pada masa itu. Belum pun hilang rasa marah dan kepedihan yang dihadapi oleh orang ramai, tembakan daripada si anjing merah kedengaran lalu gas pemedih mata meluru ke segenap tempat di tengah tengan orang ramai yang berjalan. Gas pemedih mata yang meluncur deras mengenai orang ramai yang tidak dapat menjangga kehadiran peluru gas yang dilepaskan oleh anjing merah yang semakin menggila melihat gelagat mangsanya.

Anak-anak muda termasuk mahasiswa ada yang mempunyai semangat juang yang tinggi bertindak membalingkan semula gas-gas berbisa kepada anjing-anjing merah yang lapar. Keberanian mereka menaikkan lagi semangat orang ramai yang menyaksikannya. Laungan AllahuAkbar bergema di segenap kawasan yang sedang di hujani gas pemedih mata. Ada dikalangan orang ramai yang pengsan kerana dak sempat mengelak dari semburan gas yang jatuh dihadapan mereka. Orang ramai yang melihat mereka terus berkejar untuk menyelamatkan mereka yang tidak berdaya lagi untuk berjalan keluar dari kepungan asap tebal yang memagarinya. Tembakan anjing-anjing merah itu ada juga yang mengenai sekumpulan pasukan polis yang berada bertentangan dengan mereka, orang ramai terus melaungkan AllahuAkbar apabila melihat kejadian tersebut.

Tembakan masih diteruskan walaupun semakin ramai yang rebah akibat tidak tahan denagn gas berbisa. Seorang pakcik yang pengsang dan sedang dirawat terpaksa diangkat untuk lari daripada gas yang secara tiba-tiba jatuh disebelahnya. Pada hari tersebut, dapat dilihat bagaimana hilangnya rasa hormat orang ramai terhadap pasukan polis yang bertindak di atas arahan sang pemerintah yang pengecut. Sumpahan demi sumpahan daripada orang ramai dilepaskan ke atas pasukan yang kononnya mnjaga keselamatan kerana tidak tahan melihat orang tua dan kanak-kanak menjadi mangsa. Suasana tidak ubah seperti yang berlaku di Palestin, cuma yang membezakan adalah peluru hidup dan gas pemedih mata.

Perkara yang sama turut berlaku di Masjid Negara, si anjing merah yang bukan sahaja tidak punyai belas kasihan malah sedikit pun ada rasa hormat terhadap rumah Allah. Si anjing-anjing dengan bangganya mengotori kawasan masjid dengan semburan air longkak dan mengenai sesiapa sahaja yang berada di situ. Orang ramai beranggapan bahawa mereka akan selamat bila berada di rumah Allah tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Si anjing merah belum puas dengan hanya melepaskan air, mereka turut melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah masjid. Orang ramai terpaksa berlari masuk kedalam masjid sehingga terdapat jam masjid yang pecah akibat terkena tembakan si anjing-anjing yang bertindak sebaik sahaja loceng di bunyikan oleh si bapak anjing-anjing itu. Tempakan mereka di balas dengan objek-objek seperti batu, botol, dan apa sahaja termasuk penutup tong sampah. Siapa yang boleh sabar bila tengok rumah Allah di kotori sedemikian?

Si anjing merah mula berhenti daripada terus mengasak orang ramai apabila puas menzalimi mangsanya. orang ramai yang terdiri daripada muda-mudi termasuk mahasiswa bersedia di pintu pagar untuk menyabut serangan daripada anjing-anjig merah yang masih berkeliaran dihadapan Masjig Negara. Si anjing-anjing tersenyum riang apabila para muda mudi mengutuk dan memaki hamun mereka yang bersedia untuk di bawa pulang. Pemergian mereka di balas dengan baligan batu bata yang mengenai lori nais merah yang dipenuhi dengan anjing-anjing yang kekenyangan.

Ada sahaja polis yang melalui dihapan mereka, cemuhan dan sorakan dilepaskan oleh orang ramai yang berada di kawasan Masjid Negara. Betapa hinanya mereka yang memekai pakaian seragam polis. Tindakan pihak polis pada hari tersebut menyebabkan rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pihak polis diraja Malaysia.

Rakyat sudah bangun, anak muda sudah sedar, mahasiswa sudah bangkit. Mereka bersedia melawan kezaliman yang di lakukan sang pemerintah yang zalim. Walaupun terpaksa ketitisan darah terakhir sekali pun, mereka tidak gentar menghadapinya.

Thursday, March 5, 2009

Golongan Muda Memikul Tanggungjawab Besar

Golongan muda jangan sekadar menjadi pemerhati pada 7 mac ini kerana isu PPSMI bukan sahaja isu golongan sasterawan, ilmuan dan pendidik tetapi isu kita semua rakyat Malaysia termasuk golongan muda. Orang muda memainkan peranan yang penting dalam melakukan perubahan kerana Qardawi menyebut "orang muda ini sangat responsif". Sukarno juga ada menyebut "berikan daku 10 pemuda akan ku gongcangkan dunia". Harun Taib menyebut " kita perlu gabung semangat orang muda dan hikmah orang tua. Kesimpulannya di sini, orang muda perlu kehadapan daripada yang lain jika tidak mahu masa depan generasi sekarang dan akan datang musnah kerana PPSMI. "Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya".

Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said juga menyeru anak muda untuk bersama-sama membantah PPSMI dalam satu temuramah "Anak muda perlu lebih ke depan. Kalau dijalanan, saya didepan kalau terjadi apa-apa, saya yang awal akan tumbang. Itu kalau berlaku kekerasan.

Satu hal lagi, anak muda perlu ke depan kerana perjuangan ini melibatkan masa depan mereka. Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda dan ia juga merupakan jati diri sesuatu bangsa, hati nurani sesuatu bangsa. Kalau ia tidak dipertahankan apa lagi yang tinggal untuk anak muda ini.

Kalau anak muda melihat ini sebagai satu perkara yang remeh ianya silap kerana kalau dalam soal bahasa yang melibatkan maruah bangsa sanggup elita kuasa ini perkotak-katikkan, apa lagi dalam soal lain. Jadi saya harap lebih ramai, anak-anak muda yang tampil ke depan berjuang bersama saya dan rakan-rakan untuk melestarikan bahasa ibunda kita demi untuk kita semua juga bukan hanya untuk saya seorang."

Kita perlu sedara bahawa golongan agamawan juga turut bertegas dalam menyatakan bantahan mereka terhadap isu PPSMi ini. Petikan 'Pengisytiharan Muafakat Ulama Membela Martabat Melayu' yang diadakan di Madrasah An-Nur, Pendang :

Maka kami sebagai golongan agama yang prihatin terhadap sebarang hal-ehwal yang ada kaitan dengan kedudukan Islam dan kaum Muslimin di Negara ini, berpendirian,

1.MENOLAK perlaksanaan PPSMI dalam sistem pendidikan Negara,

2.MEMBANTAH penerusan perlaksanaan PPSMI kerana ia menjejaskan kedudukan bahasa Melayu yang sudah diangkat martabatnya sebagai bahasa ilmu dan sekaligus bahasa Islam,

3.MENEGASKAN bahawa dalil agama untuk mengembalikan pengajaran sains dan Matematik kepada bahasa Melayu sangat kuat kami sandarkan kepada nas-nas naqli berikut:

-Menggunakan bahasa yang dapat menerangkan dan memahamkan konsep dan falsafah kebenaran adalah matlamat utama kenapa Al-Quran menggunakan bahasa ibunda Arab sebagai pengantar untuk menjelaskan makna dan intisari ajaran Islam kepada bangsa Arab.

-Bahawa bahasa yang tidak tercemar dengan makna dan faham yang terlepas dari konsep ketauhidan Allah dan membolehkan mesej asas Islam mengenai Ketuhanan disampaikan adalah punca kenapa Al Quran memileh bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Lantaran itu Bahasa Melayu yang telah sarat melalui proses Islamisasi adalah bahasa yang paling wajar dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan Negara untuk menjayakan proses pembinaan tamadun islam dalam masyarakat Malaysia.

Manakala bahasa Melayu yang sarat dengan konsep Islam dari Al Quran diketepikan penggunaannya dalam pengembangan ilmu ,maka kesan sekularisasi bahasa yang telah berlaku dalam sejarah pengembangan bahasa inggeris yang sangat dipengaruhi oleh sejarah sekularisasi agama Kristian akan mempunyai impak kepada masyarakat Melayu islam di Negara ini.

4.MENDESAK supaya perlaksanaan PPSMI hendaklah diberhentikan dan penggunaan bahasa Melayu kembali digunakan sebagai bahasa pengantar dalam semua matapelajaran kecuali dalam pengajaran bahasa yang lain , di seluruh institusi pendidikan di semua peringkat .

5.MENUNTUT agar kerajaan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk membentuk tamadun tinggi dalam masyarakat, sementara memberi ruang untuk pelajar mempelajari pelbagai bahasa lain untuk meningkatkan keupayaan menguasai pelbagai ilmu dari sumber bahasa yang lain,

6.MENDESAK agar tulisan jawi kembali diperkasakan dalam sistem pendidikan Negara termasuk mengalakkan urusan rasmi menggunakan tulisan jawi sebagai identiti negara,

7.MENEGASKAN bahawa pengajaran bahasa Inggeris perlu dipertingkatkan kaedah dan pendekatannya, namun bukan dengan cara mengenepikan bahasa Melayu sebagai pengantar matapelajaran seperti yang dilaksanakan dalam PPSMI masakini,

8.MENGGESA supaya penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar hendaklah diperundangkan dan dikuatkuasakan dalam semua sektor Negara semada awam mahupun swasta.

9.MENEGASKAN bahawa pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak boleh berdaleh dengan alasan pencapaiaan UPSR , PMR mahupun SPM untuk menjadi asas untuk meneruskan atau memberhentikan perlaksanaan PPSMI,

10.MENDESAK supaya pihak kerajaan tidak menggunakan dalil mencapai kemajuan bertaraf dunia sebagai alasan untuk meneruskan PPSMI kerana hujah ini sudah muktamad ditolak oleh perbandingan dan bukti dengan pelbagai Negara lain yang tidak mengutamakan bahasa Inggeris untuk mencapai kemajuan sesuata bangsa dan Negara.

11.MENGESA agar seluruh warga pendidik dan waris pelajar-pelajar disemua institusi pendidikan Negara agar bersama bersatu untuk membantah perlaksanaan PPSMI

Begitu juga petikan ucapan daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM):

"Sebagai golongan anak muda yang berada pada zaman ketidaktentuan dasar pendidikan negara, kita harus sedar bahawa dasar PPSMI ini tidak boleh dipandang remeh memandangkan dasar ini menyentuh isu pendidikan negara dan pendidikan secara tidak langsung akan melibatkan generasi pelajar.

Maka, dasar seperti ini sebenarnya yang akan menentukan corak dan identiti generasi masyarakat Malaysia pada masa akan datang.

Dalam pada itu, dasar ini juga dilihat akan mengorbankan puluhan ribu anak-anak pelajar luar bandar memandangkan mereka berada dalam suasana yang jauh dari kemudahan untuk memperoleh pendidikan di peringkat asas lebih-lebih lagi dalam soal Bahasa Inggeris.

Berdasarkan situasi tersebut kita dapat melihat bahawa PPSMI ini adalah satu bentuk diskriminasi yang hanya menguntungkan segolongan elit di bandar-bandar saja.

Wajarkah kita berbangga dengan kejayaan segelintir rakyat ke peringkat tertinggi tetapi dalam masa yang sama kita menggagalkan masa depan majoriti besar anak-anak marhein di kampong-kampung?

Kesan dari dasar PPSMI ini tidak akan dirasai oleh generasi pemimpin hari ini, sebaliknya bebanannya akan ditanggung oleh kita sebagai generasi masa hadapan.

Maka, perjuangan untuk menolak dasar PPSMI ini merupakan tanggungjawab yang wajib digalas oleh seluruh anak muda yang sayangkan masa depan identiti rakyat dan negara Malaysia.

Maka, sebagai gerakan pelajar yang membawa idealisme anak muda, adalah wajib bagi kita untuk berjuang menjayakan agenda 7 Mac ini.

Biar kali ini kita mencatat sejarah dengan menjadi golongan yang bertanggungjawab mencorak masa depan Malaysia berbanding menjadi golongan yang tidak membuat apa-apa sehingga akhirnya dicaci oleh generasi akan datang."

Petikan-petikan ini jelas menunjukkan bahawa anak muda termasuk yang bergelar mahasiswa perlu berani untuk menyatakan pendirian selaku rakyat yang berintelektual tinggi dalam membela nasib rakyat yang ditindas. Justeru, adakah kita rela meneruskan tugas selaku mahasiswa dengan memberi tumpuan pada belajar di kampus semata-mata sedangkan rakyat yang miskin di luar sana sedang ditimpa masalah dan mempunyai halangan untuk meneruskan pembelajaran apatah lagi menyambung pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi seperti mana kita sekarang ini. Semuanya terserah kepada kalian samada sekadar berpeluk tubuh atau turun bersama-sama masyarakat memperjuangkan nasib rakyat untuk membantah PPSMI.

Elok juga dihimbau peristiwa "api dan air mata", pada hari Jumaat, 3 Mac 1967, 42 tahun lalu, di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, apabila hampir 2,000 orang daripada 120 NGO berkumpul, "duduk berhimpit-himpit, berdiri berjejal-jejal, di pintu masuk bersesak-sesak, di anak tangga jengah-menjengah, yang di bawah berpusu-pusu".

Tujuan mereka di Balai Budaya itu hampir sama dengan himpunan 7 Mac 2009 bagi menuntut mansuhkan PPSMI. Dahulu, mereka menentang Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan yang sedang diperdebatkan di Parlimen, yang sebenarnya melemahkan lagi kedudukan bahasa Melayu.

Apa yang menarik ialah catatan bagaimana selepas ucapan berapi-api Syed Nasir Ismail, seorang pemuda, Wan Ahmad Nasir melompat naik ke pentas lalu mengambil alat pembesar suara di meja pengerusi dan berteriak: "... dengan ini, saya rampas majlis ini, kami tidak mahu bercakap lagi, semangat kami cukup dibakar, mari berarak ke Parlimen ..."

Usman Awang merakamkan detik-detik bersejarah 3 Mac 1967 itu dalam bait-bait puisinya:

Malam itu di Balai Budaya
Api dan Air Mata

Malam itu di Balai Budaya
Seorang guru tua berbicara
'Berarak ke Parlimen, aku di muka'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang peguam muda berkata
'Bakar Perlembagaan 152'

Malam itu di Balai Budaya
Seorang pemuda berteriak
'Ayuh, mari kita berarak'

Malam itu di Balai Budaya
Para pelajar berikrar
'Dada kami sedia dibakar'

Malam itulah juga
Parlimen jadi pertanda
Memenggal leher BAHASA

Kita tunggu puisi terkini himpunan 7 Mac.

"Jadilah Pemuda Yang Berani Kerana Kamu Harapan Negara"

“Berikan aku 300 katibah, yang mana rohnya sarat dengan iman dan taqwa, dadanya padat dengan ilmu dan thaqafah, jasadnya terlatih dengan latihan, maka ketika itu jika kamu mengajak aku untuk meneroka angkasa lepas, menembusi bumi tujuh petala, menghancurkan kepala penjajah, aku sanggup”.

"Dan demikianlah Kami wahyukan Al Quran kepadamu dalam bahasa Arab , agar engkau memberi peringatan kepada penduduk ibukota (Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) di sekelilingnya serta memberi peringatan tentang Hari berkumpul (Qiamat) yang tidak diragukan adanya . Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka ". (Asy-Syura: 7)